*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TU DIA AIH!! 600 ORANG DAH MATI.....GILA PUNYA KERJA!!


JAKARTA 26 Feb. - Pemerintah Indonesia hari ini mula melakukan
tindakan drastik dalam usaha menamatkan konflik pergaduhan antara
kaum Madura dan Dayak di Sampit, Kalimantan Tengah yang kini
mula merebak ke daerah-daerah berdekatan terutamanya di
Palangkaraya.

Presiden Abdurrahman Wahid yang kini berada di Kaherah
mengarahkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menghantar pasukan
elitnya iaitu Komando Pasukan Khusus (Koppasus) dan Komando
Strategik Angkatan Darat (Kostrad) ke wilayah berkenaan untuk
mengawal keadaan.

Menteri Penyelaras Politik, Sosial dan Keselamatan, Susilo Bambang
Yudhoyono mengesahkan hampir 4,000 anggota TNI telah dihantar ke
wilayah itu yang dilanda konflik sejak sembilan hari lalu.

Menurut Ketua Polis Negara, Jeneral S.Bimantoro, pasukan itu
terpaksa meminta bantuan TNI bagi menghentikan konflik di
Kalimantan Tengah kerana suasana sekarang seolah-olah tidak dapat
dikawal lagi.

``Saya telah menghubungi Panglima TNI, Laksamana Widodo A.S
meminta mereka menghantar pasukan untuk menjaga daerah genting
seperti Palangkaraya dan Pangkalan Bun,'' katanya kepada wartawan
di sini.

Bimantoro mengakui suasana di Kalimantan Tengah kini cukup
menegangkan sehingga menyulitkan pasukan keselamatan mengawal
keadaan, apatah lagi dengan kedudukan daerah-daerah kecil di
wilayah itu yang terletak jauh antara satu sama lain.

Sejak lewat petang semalam, daerah Palangkaraya yang terletak
kira-kira 220 kilometer dari Sampit turut dilanda konflik berkenaan
menyebabkan beratus-ratus buah rumah milik orang Madura
dimusnahkan.

Menurut laporan agensi berita Antara, aktiviti harian di daerah
tersebut, lumpuh sama sekali setelah orang ramai membuat
keputusan tidak keluar rumah dan pejabat pendidikan daerah
mengarah semua sekolah ditutup selama tiga hari.

Dalam serangan yang dilakukan di daerah itu, beratus-ratus orang
kaum Dayak yang lengkap bersenjata melakukan serangan ke atas
kediaman dan kedai-kedai orang Madura di bandar Palangkaraya
yang dianggap sebagai ibu kota Kalimantan Tengah.

Kaum Dayak berkeliaran di tengah-tengah bandar dengan membawa
senjata tajam untuk memburu orang Madura yang setakat ini hampir
5,000 orang telah melarikan diri ke dalam hutan.

Seorang tokoh tempatan memberitahu agensi berita tersebut,
sebanyak 15,000 penduduk Madura yang tinggal di bandar berkenaan
telah melarikan diri.

``Bagaimanapun, kita yakin mereka akan menghadapi masalah untuk
melepaskan diri kerana keseluruhan daerah ini telah dikepung oleh
kaum Dayak,'' kata tokoh tersebut.

Satu rombongan wartawan tempatan yang sedang dalam perjalanan
ke Palangkaraya dari Sampit memberitahu bahawa mereka menemui
berpuluh-puluh mayat tanpa kepala di sepanjang jalan.

Setakat ini jumlah mereka yang terkorban sepanjang konflik selama
sembilan hari itu sudah mencecah hampir 600 orang dan jumlah ini
tidak termasuk mayat-mayat yang belum diangkut dari
kawasan-kawasan konflik.


______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke