Syed Salleh Syed Salim wrote:

Bismillahirrahmanirahim
Assalammu'alaikum,

Saudara Abd Rahman, siapakah dia ulama besar yang saudara buat rujukan mengatakan Ihya merbahaya , boleh berikan biografinya?

Biografi nya tiada dengan saya sekarang ni  Mungin lain kali.
 

Saudara , adakah ada kenyataan 2 didalam Ihya yang yang bercanggah dengan pokok2 asas ajaran Islam AlQuran dan Hadis Sahih yang menyebabkan pemikiran
dan hujah Imam Ghazali ditolak secara total, jika ada sila berikan contoh.

saudara, persoalan -persoalan tentang hadis daif dan palsu ini memang sudah dibahaskan sekian lama oleh ulama2 , tetapi saya berpendapat beliau(Imam Ghazali)  sebagai orang yang berilmu tentu tahu akan dosa menyebarkan sesuatu yang diketahui bukan dari nabi dan pasti beliau berasa yakin tentang hadis 2 tersebut sebelum menuliskannya didalam kitab beliau. Sememangnya ada hadis2 yang dikatakan daif oleh orang tertentu (tetapi dikatakan hasan oleh ulama2 lain!) kerana bertentangan dengan akal dan fikiran manusia terutamanya hadis2 tentang kelebihan beramal sesuatu amalan, tetapi Allah maha Kuasa dan Dia mampu menyempurnakannya mengikut Iradah Nya.

Saya berpendapat pemikiran tentang persoalan 2 cabang(furu')  yang terlalu memakan masa perlu di janakan untuk memikirkan masalah 2 besar yang dihadapi oleh Umat Islam masa kini seperti penyatuan umat menghadapi Israel dan kuncu2nya, masalah 2 memulihkan masyarakat yang teruk dilanda kejatuhan moral muda mudi, masalah bagaimana hendak meningkatkan penyebaran Islam didalam masyarakat dan usaha untuk meningkatkan iman dan amal2 umat Islam didalam setiap aspek /peringkat masyarakat di MAlaysia dan dunia ini amnya.

Bukan begitu?
 

Abdul Rahman wrote:

Assalamualaikum,

    Tulisan ini bertujuan untuk menyatkaan peri penting sikap hati2 di dalam mengambil kitab Al Ihya Ulumudeeen sebagai rujukan.  Ia adalah kata2 Ulama besar seperti yang dinyatakan di bawah:

Ibn al-Jawzee (d.597H) berkata dalam al-Muntazim (9/169-170):

" Dia (Al Ghazali) mula menulis Kitabnya Al Ihya semasa di Al Quds dan menghabiskannya di Damsyik.  Walaubagaimanapun, dia menulis kitab tersebut dengan cara kefahaman SUFI dan meninggalkan kaedah2 yang ditunjukkan oleh Ilmu Fiqh.  Sungguhnya, sebab yang menjadikannya dia ( Al Ghazalee) untuk meninggalkan kaedah2 Ilmu Feqh adalah kerana rapatnya hubungan beliau dengan orang2 Sufi dan beliau mengambil syarat2 mereka sebagai panduan.  Dia telah menggunakan banyak hadeeth2 palsu dan daeef di dalam Al Ihyaa dan ini kerana kedaifan beliau di dalam ilmu RIWAYAH, supaya beliau dapat membentangkan hadeeth2 tersebut untuk dipastikan kebenaran tetapi beliau mengumpulkan hadeeth tersebut seperti mencari kayu di waktu malam.

Ibn al-Jawzee dalam Minhaaj al-Qaasideen (p.3)

" KEtahuilah bahwa Kitab Al Ihya Ulumudeen mengandungi bahaya yang hanya diketahui oleh ulama2, dan bahaya yang paling kecil adalah ianya mengandungi hadeeth yang tiada asas ataupun hadeeth2 palsu dan hadeeth2 yang hanya boleh dikesan sampai kepada sahabat yang dikatakan (oleh Al Ghazali) sebagai dari NAbi SAW sendiri, dan benar ia meriwayatkannya sebagaimana dia (Al Ghazali) menjumpainya bukan beliau yang menciptanya; dan adalah ditegah untuk mengamalkan hadeeth palsu ataupun untuk menerimanya dengan alasan2 yang dibuat2. Bagaimana boleh disokong (amalan) bersolat pagi dan malam sedangkan Nabi SAW tidak pernah mengatakan lansung berkenaan dengannya???. Bagaimana boleh seseorang membenarkan pendengarannya dikuasai oleh cakap2 SUFI yang mana dia (AL Ghazali) telah mengumpulkan (cakap2 itu) dan menyokong tindakan untuk diamalkan (cakap2 Sufi tersebut) sehinggakan ianya boleh dikira sebagai sah"

Adh-Dhahabee dalam Siyar A’lam an-Nubalaa (19/339):

" Al Ihya pula, ia mengandungi sejumlah besar hadeeth2 yang tiada asas.  Ia adalah satu kitab yang baik sekiranya di dalamnya tiada maklumat tentang adab, jalan serta cara kesufian para filosof dan sufi yang sesat"
Taaj ad-Deen as-Subkee (m.771H) menulis dalam Tabaqaat ash-Shaafi’iyyah (4/127):

" Berkenaan dengan kritikan bahwa terdapat hadeeth2 yang tiada asas dalam
Al Ihya. adalah satu maklumat yang umum bahwa Al Ghazalee tidak mempunyai
kepakaran di dalamnya ( Ilmu Hadeeth), dan kebanyakan dari riwayat2 dalam
Al Ihya bertaburan di dalam buku2 Fiqh dan Tasawuf..."

Wallahualam.
 
 
 




Kirim email ke