*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded>>>>>>>>>>>>>>


SOALAN  PARLIMEN UNTUK AHLI-AHLI PARLIMEN BA

Saya bukanlah wakil rakyat tetapi saya telah merangka sebanyak 20 soalan di 
bawah untuk wakil-wakil rakyat Barisan Alternatif mengemukakannya di sidang 
Parlimen nanti. Soalan-soalan yang saya rangka ini adalah hasil daripada 
pemerhatian, analisis dan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber tertentu 
di dalam jabatan-jabatan Kerajaan. Tujuan saya merangka soalan-soalan untuk 
Sessi Dewan Rakyat ini adalah untuk memudahkan kerja wakil-wakil BA di Parlimen 
nanti. Saya tahu ada segelintir wakil-wakil kita yang malas membuat 'homework' 
untuk sidang Parlimen. Ini suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan dan tiada 
siapa pun yang harus melenting dengan kenyataan saya ini. Saya bukanlah marah 
kepada mereka sebab mungkin mereka ketiadaan idea dan 'point' untuk bercakap di 
Parlimen.

Jadi,  saya serahkan 20 soalan yang sangat relevan ini kepada mana-mana 27 orang 

wakil BA di Parlimen untuk
dikemukakan semasa sidang berlangsung.  Kalau Ustaz Fadzil rasa nak ambil, 
ambillah. Kalau Mat Sabu rasa nak
bercakap, bercakaplah. Kalau Mahfuz rasa menarik jugak soalan-soalan saya ni, 
persilakanlah. Perjuangan ini
untuk rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi.  Kalau wakil-wakil BA kekurangan 

'point' untuk bertanya di
Parlimen, saya sedia membantu. Jadi, cubalah tengok-tengokkan soalan-soalan saya 

di bawah ini.  Saya rasa
masih belum pernah soalan-soalan ini dikemukakan dalam sidang-sidang Parlimen 
sebelum ini.


1. Minta penjelasan Mahathir berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan untuk 
perpindahan jabatan-jabatan
kerajaan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya dan berapa buahkah kementerian dan 
jabatan yang telah beroperasi di
sana semenjak Putrajaya dijadikan Pusat Pentadbiran  Kerajaan Persekutuan.

2. Minta penjelasan Mahathir  berapakah kos yang terpaksa ditanggung oleh 
Kerajaan untuk memberi subsidi
pengangkutan kepada kakitangan kerajaan yang terpaksa berulang alik dari KL ke 
Putrajaya semenjak mula-mula
berpindah ke sana sehingga subsidi tersebut diberhentikan.

3. Minta penjelasan Mahathir berapakah kos yang terpaksa ditanggung oleh setiap 
kakitangan kerajaan yang
berkerja di Putrajaya yang berulang alik dari KL, terutama sekali untuk 
perbelanjaan petrol, tol dan tambang bas.
Adakah kerajaan bercadang untuk mengecualikan bayaran tol kepada kakitangannya 
yang berulang alik setiap
hari ke Putrajaya demi meringankan beban kewangan mereka selama tempoh mereka 
berkhidmat di sana. Jika
tiada cadangan sedemikian, apakah alternatif yang boleh difikirkan oleh Kerajaan 

untuk meringankan beban
kewangan terutama bagi kakitangan yang berpendapatan rendah yang memilih untuk 
tidak menghuni di kuarters
kerana telah memiliki rumah sendiri.

4. Minta penjelasan Mahathir apakah kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang 

akibat perpindahan ke
Putrajaya terhadap aspek sosio - ekonomi terutama kepada pemilik-pemilik 
bangunan swasta  di Kuala Lumpur
yang dahulunya disewa bangunan mereka oleh jabatan-jabatan kerajaan. Berapakah 
kadar pasaran semasa
sekarang bagi sewa bangunan-bangunan swasta di KL kesan signifikan perpindahan 
ke Putrajaya itu. Ini kerana
banyak bangunan swasta di KL kini kosong kerana ketiadaan penyewa berkapasiti 
besar sebagaimana
pejabat-pejabat kerajaan yang sanggup menyewa bangunan-bangunan mereka.

5. Minta penjelasan Mahathir berapakah kos yang terpaksa dikeluarkan oleh 
kerajaan untuk menanggung
perbelanjaan pegawai-pegawai yang terpaksa menghadiri mesyuarat di 
jabatan-jabatan tertentu di Putrajaya
sedangkan pejabat mereka masih berada di KL. Antara kos yang ketara ialah 
petrol, tol dan masa yang terpaksa
dihabiskan untuk perjalanan sampai ke sana.

6. Minta penjelasan Mahathir berapakah kos sampingan yang terpaksa ditanggung 
oleh setiap orang ketua
keluarga penghuni kuarters Putrajaya untuk berulang alik ke bandar-bandar  
berdekatan seperti Kajang dan
Puchong bagi membeli keperluan harian mereka seperti ikan, sayur dan sebagainya 
akibat ketiadaan kemudahan
asas seperti pasar, gerai dan bengkel membaiki kenderaan di Putrajaya. Apakah 
langkah-langkah segera yang
akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kesulitan penghuni-penghuni kuarters 
tersebut.

7. Minta penjelasan Menteri Kesihatan,  apakah langkah-langkah proaktif yang 
akan diambil oleh Kementerian
Kesihatan untuk mengurangkan masa menunggu orangramai yang datang untuk menemui 
doktor di  Jabatan
Pesakit Luar HKL. Ini kerana pesakit-pesakit yang datang terpaksa melalui tiga 
tahap penungguan iaitu di kaunter
daftar kad, di hadapan bilik pemeriksaan doktor dan di kaunter mengambil ubat. 
Mereka terpaksa menunggu
sehingga 2 - 3 jam hanya untuk diperiksa selama tidak sampai 5 minit oleh 
doktor.

8. Minta penjelasan Menteri Kesihatan, benarkah kerajaan bercadang untuk 
mengkorporatkan hospital-hospital
milik kerajaan tidak berapa lama lagi dan mewujudkan Tabung Insuran Kesihatan 
Negara dimana setiap rakyat
yang ingin ke hospital kerajaan dimestikan mencarum di Tabung tersebut untuk 
membolehkan mereka
mendapatkan rawatan.

9. Minta penjelasan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan 
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, apakah langkah-langkah tegas yang sedang dan telah dirangka oleh 
kerajaan untuk membendung gejala
sosial budaya gay dan lesbianisme yang melanda dan merebak begitu cepat terutama 

sekali di KL seperti di
kawasan Bukit Bintang dan KLCC. Adakah kerajaan sedar bahawa budaya tersebut 
telah membiak begitu subur
sekarang ini terutama di dua kawasan yang dinyatakan itu.

10. Minta penjelasan Menteri Kewangan benarkah kabar angin yang mengatakan 
bahawa wang kertas satu
ringgit telah dicetak tanpa sandaran rezab emas dan ini bererti wang tersebut 
tiada nilai seperti mana wang
Jepun dahulu.

11. Minta penjelasan Menteri Pendidikan, adakah pihak-pihak tertentu telah cuba 
mengeksploitasi  dan mencari
untung daripada kalangan ibubapa pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan 
peperiksaan SPM dan
STPM dengan menjual borang-borang permohonan ke universiti sebelum keputusan 
rasmi dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan sedangkan ianya pasti  mengecewakan ibubapa dan pelajar yang 

gagal memperolehi
keputusan yang baik dan menjadi suatu pembaziran kepada mereka dan terpaksa 
menanggung kerugian begitu
sahaja kerana tidak layak pun untuk memohon ke universiti. Adakah kerajaan 
bercadang untuk mengembalikan
prosedur ini seperti mana dahulu dimana borang-borang permohonan ke universiti  
hanya akan diedarkan
selepas keputusan rasmi peperiksaan dikeluarkan supaya tidak membebankan rakyat 
yang berpendapatan kecil.

12. Minta penjelasan Menteri Pendidikan, adakah kerajaan bercadang untuk 
memperkenalkan semula skim
pemberian biasiswa untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti 
tempatan sepertimana yang telah
dibuat di zaman kerajaan 3 PM sebelum ini.  Apakah rasional kerajaan memansuhkan 

skim pemberian biasiswa
dan menggantikannya dengan skim pinjaman kepada pelajar-pelajar universiti 
walhal ketika negara masih
berasaskan pertanian dahulu kerajaan mampu untuk memberikan biasiswa kepada para 

pelajar universiti tetapi
di zaman negara kita yang sudah berasaskan perindustrian kini,  skim biasiswa 
telah dihapuskan.

13.  Minta  penjelasan Menteri Kerjaraya, adakah kerajaan sedar bahawa mutu dan 
tahap Lebuhraya
KL-Seremban terutama di Sungai Besi masih terlalu jauh dari memuaskan dan amat 
tidak setimpal dengan
bayaran tol yang dikenakan kerana pemandu kenderaan terpaksa menghadapi 
kesesakan yang amat teruk ekoran
sempitnya lebuhraya tersebut. Apakah langkah-langkah drastik kerajaan untuk 
mengatasi perkara ini dan adakah
kerajaan bercadang untuk mengurangkan kadar tol di laluan tersebut kesan masalah 

yang dialami oleh pengguna
di lebuhraya  itu.

14. Minta penjelasan Menteri Kerjaraya, adakah kerajaan bercadang untuk 
mewujudkan lembaga bekalan air
sendiri bagi Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengelakkan 
kesan kenaikan drastik yang
dibuat oleh kerajaan Selangor bagi tariff air seperti baru-baru ini supaya 
penduduk di kedua buah Wilayah
Persekutuan tersebut tidak terlibat dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan 
Negeri Selangor ?

15. Minta penjelasan Menteri Dalam Negeri, adakah kerajaan bercadang untuk 
memperkenalkan Kor Agama di
dalam pasukan polis sepertimana  Kor Agama di dalam angkatan tentera demi 
memastikan tanggungjawab
anggota polis yang beragama Islam melaksanakan tugas mereka dengan penuh 
kesedaran dan keinsafan. Ini
kerana ramai anggota polis yang cuai dalam menunaikan perkara asas dalam Islam 
seperti sembahyang 5 waktu
dan solat Jumaat berbanding dengan anggota tentera, mungkin kerana kurangnya 
kesedaran agama dan
kesibukan tugas  mereka.

16. Minta penjelasan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, adakah kerajaan 
tidak bercadang untuk meminta
pihak Telekom Malaysia menurunkan kadar tariff bayaran laluan penggunaan 
internet sebanyak 1.5 sen seminit
yang dikenakan (jika dicampur caj penggunaan internet 1.0 sen menjadi 2.5 sen 
seminit) demi menggalakkan
lebih ramai lagi rakyat menggunakan kemudahan internet dan meluaskan tahap 
pengetahuan IT mereka ? Ini
kerana jika dibandingkan dengan negara-negara maju, kadar yang dikenakan oleh 
Telekom tersebut masih tinggi
dan membebankan bagi golongan tertentu seperti pelajar.

17. Minta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kerajaan sedar 
bahawa dasar pengambilan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ke dalam perkhidmatan awam yang dilaksanakan 

sekarang, iaitu dengan
memberi keutamaan 100 % kepada calon-calon lepasan bidang sains dan IT telah 
menjejaskan dengan teruknya
(menutup rapat) peluang calon-calon dari bidang yang lain untuk memasuki skim 
perkhidmatan tersebut. Apakah
skima yang digunapakai oleh JPA dalam mendiskriminasikan perkara ini dan berapa 
peratuskah keperluan
kerajaan di bidang sains dan IT dari segi jumlah tenaga PTD yang diperlukan itu. 

Berapa peratuskah pelatih PTD
yang berhenti semasa sedang berkursus selama 9 bulan di INTAN semenjak 10 tahun 
yang lalu dan apakah
langkah-langkah yang telah diambil untuk membendungnya?

18. Minta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kerajaan telah 
membuat suatu kajian terperinci
mengenai kesan-kesan positif dan negatif daripada pengenalan sistem waktu kerja 
secara berperingkat yang
telah diperkenalkan 3 tahun lepas di jabatan-jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. 
Adakah kerajaan sedar bahawa
pengenalan sistem tersebut telah menjejaskan keberkesanan sistem kerja di 
jabatan kerajaan kerana ada Ketua
Jabatan yang terpaksa menunggu pegawai atau pembantunya tiba ke pejabat terlebih 

dahulu sebelum dapat
mengadakan mesyuarat ataupun menulis surat dan terpaksa "kehilangan" mereka 
selepas jam 4.00 petang
kerana waktu masuk yang berbeza.

19. Minta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kerajaan 
bercadang untuk memperkenalkan
waktu kerja 5 hari seminggu dalam masa yang terdekat ini kerana kajian pihak 
tertentu mendapati cuti Sabtu
Pertama dan Ketiga yang diperkenalkan oleh kerajaan telah membantu meningkatkan 
ekonomi dan perlancongan
domestik dengan ketara. Minta jumlah dan peratusan peningkatan hasil pelancongan 

domestik selepas
pengenalan cuti Sabtu pertama dan ketiga tersebut.

20. Minta penjelasan Menteri Perusahaan Utama/Menteri Pertanian, adakah kerajaan 

mempunyai perancangan
untuk memperkenalkan program penanaman alternatif yang mendatangkan pulangan 
lumayan yang cepat kepada
para peneroka getah dan kelapa sawit, seperti tanaman pokok stan agar dapat 
membantu para peneroka ketika
musim kejatuhan harga komoditi tersebut. Jika ada, setakat manakah kemajuan yang 

telah dicapai dan jika tiada,
apakah langkah alternatif yang telah diambil untuk membantu para peneroka dalam 
jangka panjang.

SELAMAT BERJUANG UNTUK RAKYAT !

Cucu Datuk Bahaman
2 Mac 2001



______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke