*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
W'kum,

Di Pulau Pinang, sudah menjadi satu secret yang bukan secret lagi tentang 
dendam kesumat yang tak pernah berkesudahan antara penama yang dinyatakan di 
bawah dan mereka-mereka yang menyokong atau pernah menyokong Datuk Seri Anwar 
Ibrahim dulu; gila punya politik....sampaikan ada kilang2 Melayu yang pernah 
menjadi kebanggaan anak bangsa di Pulau Pinang ini tertutup dengan sendirinya 
selepas kes DSAI.....hinggakan ratusan orang hilang pekerjaan, semuanya kerana 
sabotaj politik atas alasan pemilik kilang itu ada kaitan dengan DSAI; saya 
bukan apa, kesian tengok dua tiga orang pekerja2 kilang tu yg sampai hari ini 
masih merangkak2 nak membina kembali kerjaya depa....

UMNO punya politik nie gila sikit; dia bukan kira periuk nasik kawan; sekali 
dia naik atas, sapa2 yg bukan satu klik dia, habis kena cantas. So, sapa-sapa 
yg anak menakan ka sepupu ka, sapa2 ka nak kerja mana-mana kompeni yang ada 
link dengan puak2 politikus UMNO nie, baik tak payah lah kot; nanti bila link 
yg dok atas tu, jatuh, hangpa pun turut bedebub jatuh...

Contoh paling dekat ialah si Ziela Jalil; dalam Pancaindera Utusan Malaysia 
dua tiga minggu lepas, saya ada terbaca keluhan Ziela Jalil mengenai bisness 
Production Housenya begitu terjejas teruk sejak "DUA TAHUN" lalu....

Ringkas ceritanya, dalam UMNO memang macam tu; sekali dia naik atas; dia akan 
pastikan dengan segala jentera yg ada, musuh2 politiknya akan terus jatuh 
kalau dah jatuh, dan terus dok di Penjara Sungai Buloh kalau dah termasuk ke 
dalam Penjara Sungai Buloh....

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


From: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]> 
To:  "a_kasbi" <[EMAIL PROTECTED]> 
Subject: {Iqrak} Fwd: H-Net* ISU SEMASA: Pertemuan PAS/UMNO

       
Assalamu`alaikum 
Ini ada satu respon dari seorang sahabat tapi dia mau identiti dia 
dirahsiakan.


Assalamualaikum.

Pak Lah tak suka berjayanya Pertemuan PAS/UMNO kerana beliau bimbang kiranya 
tuntutan PAS berkaitan dengan isu DSAI diterima oleh Dr. Mahathir dan Dr. 
Mahathir yang sifatnya sudah tua, mungkin insaf dengan kesedaran di atas 
kesilapannya menyingkirkan DSAI dan sedar betapa besar dosanya kerana tuduhan 
DSAI meliwat dari segi agama, dan dia pun dah ingat usianya tak panjang; maka
mungkin Dr. mahathir menerima semula DSAI sebagaimana semula, melantiknya
sebagai TPM. Jatuh terduduklah Pak Lah jika DSAI kembali menjadi TPM.
Untuk itu, Pak Lah terpaksa cari jalan, jangan berjayanya pertemuan
PAS/UMNO sebab PAS mahukan isu DSAI ini mesti dibincangkan, seolah-olahnya PAS
bagaikan mendesak supaya Dr. Mahathir dalam pertemuan dengan pihak PAS
nanti memaafkan DSAI jika mahukan Umat Melayu kembali bersatu. Ini yang Pak 
Lah
jadi panik, dan cari jalan supaya gagalnya pertemuan PAS/UMNO.

Wassalam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke