*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kempen pemilihan Umno bahagian:
ADUN Beranang acu pistol kepada penduduk Hulu Langat

HULU LANGAT-Pertembungan dalam pemilihan Umno bahagian Hulu Langat menjadi
semakin memuncak apabila calon yang dikatakan akan menentang Ketua Umno
bahagian, dalam satu majlis kempen telah mengacukan pistol kepada seorang
penduduk setempat.

Penduduk berkenaan telahpun membuat laporan polis berikutan peristiwa itu.
Bagaimanapun tidak dipastikan apakah beliau merupakan penyokong kuat ketua
bahagian, yang juga adalah Timbalan Menteri Besar Selangor.

Tinjauan rambang mendapati calon yang mengacukan pistol itu adalah Ahli Dewan
Undangan Negeri Beranang, yang giat mengatur kempen sejak awal lagi untuk
menjatuhkan ketua bahagian.

Peristiwa ini mendapat perhatian meluas masyarakat setempat. Kami akan
mendedahkan secara lebih lanjut insiden yang menarik ini, dari masa ke semasa.

Penyokong-penyokong ADUN Beranang itu dikatakan sedang sibuk mengatur
perancangan untuk merayu penduduk yang diacu pistol itu untuk menarik balik 
laporan
polis yang dibuatnya.

Sumbangan:Detikdaily


______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke