*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Saya memang sokong sekiranya penulis yang bernama Akbar Ali ini diambil tindakan terhadapnya kerana telah banyak artikel beliau yang sememangnya terang-terang menghina Islam. Dulu memang saya melanggan The Sun tapi sekarang tidak lagi. Beliau banyak menulis mengikut lojik dan berpandukan keadaan moden sekarang. Siapakah Akbar Ali sebenarnya??????? firdaus ibrahim wrote: > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > > Hina Islam dalam akhbar: PUK minta Jawi bertindak > Oleh Roy Rasul > > KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah > (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian > Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam > Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua > artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai > 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, > mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi > agama Islam di negara ini. > > Timbalan Yang Dipertua PUK, Haji Nia'mat Yusuf, yang > mengetuai rombongan PUK ke sini berkata, dua artikel > yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' > yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for > Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, > menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan > mempertikaikan syariat Islam. > > Beliau berkata, perbuatan tersebut boleh diambil > tindakan di bawah Seksyen 7, 8 dan 9, Akta Kesalahan > Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. > > Katanya, dalam artikel 'Now, the mufti blame Hindi > film' penulis dikatakan seolah-olah memperlekeh dan > menghina pemakaian serban yang dipakai oleh orang > Islam, khususnya para mufti yang berkuasa mengeluarkan > fatwa di negara ini. > > "Penulis menganggap para mufti yang memakai serban > adalah orang bodoh dan tidak dapat berfikir dengan > baik," katanya berhubung artikel tersebut. > > Katanya, PUK beranggapan kenyataan itu menghina sunnah > Rasulullah. Manakala dalam artikel 'Death for > Apostates Unjust' pula, penulis mendakwa hukuman bunuh > kepada orang Islam yang murtad tidak ada dalam syariat > Islam, bahkan penulis menyifatkan hukuman tersebut > adalah zalim. > > Menurut Haji Nia'mat, kedua-dua artikel itu sangat > berbahaya kepada akidah umat Islam dan boleh > menimbulkan kemarahan masyarakat Islam. > > "Oleh sebab itu PUK menggesa pihak berkuasa mengambil > tindakan, berasaskan peruntukan Undang-undang Jenayah > Syariah bagi memenuhi tanggungjawab untuk > mempertahankan kesucian Islam," jelasnya. > > Beliau juga kesal dengan tindakan media kini yang > tidak menapis berita-berita yang disiarkan, > terutamanya yang melibatkan isu agama. > > "Masalahnya, pihak media lebih membiarkan orang yang > tidak profesional dalam bidang agama, menulis mengenai > agama. Siapa saja boleh ulas. > > "Sedangkan ia perlu dirujuk pada wahyu dan hadis," > tegas beliau ketika ditemui di Pejabat Jawi di Jalan > Ipoh, di sini. > > Mengulas perkara sama, Setiusaha Persatuan Ulama > Malaysia Bahagian Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad > Fadzlah Mohd Salleh, yang mewakili Persatuan Ulama > Malaysia dalam rombongan tersebut, berkata PUM turut > memberi sokongan atas tindakan PUK itu. > > Katanya inisiatif yang dibuat oleh PUK adalah untuk > mempertahankan institusi agama agar tidak > dipersendakan dengan sewenang-wenangnya. > > "Jangan ingat PUM berdiam diri, kami juga ada hak > untuk bertindak," tegasnya. > > Menurut Setiausaha PUK, Ahmad Tarmizi Sulaiman, > rombongan PUK seramai enam orang itu membuat laporan > tersebut kepada Ketua Bahagian Pendakwaan Jawi, Aziz > bin Mashuri. > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices. > http://auctions.yahoo.com/ > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > > Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Zallaha Pandak" <[EMAIL PROTECTED]>