*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum ya Cikgu kaah,
Sekali lagi, saya tak nampak pun saudara kaah tulis
nama Rasulullah s.a.w. dalam penulisan saudara.Walhal
dalam apa hal sekali pun, model kita sebagai orang
yang Islam yang beriman ialah Nabi Muhammad s.a.w.
yakni kekasih ALLAH SWT.

Tapi kali ini yang kita dengar ialah si laknatullah
Mahathir Iskandar al-kutty @ si Anaconda.Macamana kita
nak kata eloknya perangainya, kalau orang itu
terang-terang menghina hukum hudud yakni hukum
daripada al-Quran??….Sebab bila orang itu tinggalkan
hukum daripada al-Quran, maka Rasulullah s.a.w. sebut
bahwa orang itu sesat.Kalau itulah nilaian dari
Rasulullah s.a.w., maka begitu jugalah nilaian kita
terhadap orang yang menolak hukum ALLAH SWT. 
Lalu bagaimana mungkin boleh bersatu-padu dalam
keadaan  dia sebagai seorang pemimpin yang
meninggalkan al-Quran???....Ya la, memang kena
bersatu-padu pun.Tapi bersatu-padu yang macamana yang
kamu maksudkan, wahai kaah?….Adakah bersatu-padu
dengan membiarkan arak/judi??….Adakah bersatu-padu
dengan membiarkan orang yang terang-terang mengganggu
pegawai kerajaan (Datuk Syafie) daripada melaksanakan
tugasnya, yakni untuk mendakwa si Anaconda di bawah
akta rasuah 1972??? 
...Demi ALLAH, saya nak bagitau bahwa kita benci akan
perpecahan, kita tidak suka Melayu bermasam muka  dan
kita mahu Melayu bersatu daripada utara sampai ke
Johor.Tetapi kamu mestilah mengerti bahwa
bersatu-padunya kami adalah atas dasar Islam, yakni
satu-satunya agama yang diikhtiraf oleh ALLAH SWT dan
diajar kepada oleh junjungan kami Rasulullah s.a.w.

Wassalam.

          
--- ka ah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ... sambungan
> 
> DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA
> PENYAYANG, MAHA PENGHUKUM LAGI MAHA PENGAZAB
> 
> 
> Seruan Solat Jumaat
> 
> Kedudukan dan Maruah Bangsa Melayu di Malaysia
> Dewasa
> ini
> 
> 
> Walaupun Perdana Menterinya dengan semangat yang
> berkobar-kobar menyeru bangsanya supaya sedar,
> bangkit
> dan bangun dari tidur, dari mimpi, dari lena dan
> lalai, dari jahil supaya bersatu padu, hidup dalam
> kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan keselamatan
> tetapi malangnya rakyat yang berbangsa Melayu di
> Malaysia ini masih lena dibuai mimpi yang kalut. 
> Mereka Orang Melayu tidak dapat mendengar, memerhati
> dan memikir serta memahaminya, tujuan dan maksud
> seruan Dato Sri Dr Mahathir tersebut, yang tersirat
> disebalik seruan beliau itu.  Orang Melayu tidak
> perlu
> benci kepada Dato Sri Dr Mahathir, sebaliknya orang
> Melayu itu perlu menegor dan memberi peringatan dan
> nasihat dengan cara bersopan dan bermaruah. 
> 
> Jika sekiranya ujud sesuatu kesilapan atau kelemahan
> dan kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri
> itu.
>  Oleh kerana beliau bukan Tuhan, ia adalah manusia
> biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 
> Orang Melayu hanya perlu benci terhadap sikap
> kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan terhadap Tuhan
> pada diri seseorang itu.  Oleh kerana sifat tersebut
> dibenci oleh Allah.   Tidak kira siapa pun yang
> melakukannya perbuatan tersebut,  walau diri sendiri
> sekalipun.  Sikap tersebut patut dibenci oleh Orang
> Melayu oleh kerana mereka beragama Islam.  Kita
> mesti
> ingat sikap Iblis terhadap Nabi Adam yang dilantik
> Tuhan menjadi khalifah dimuka bumi ini.
> 
> 
> Kita Orang Melayu mempunyai Rukun Negara, supaya
> rakyat hidup didalam rukun damai, tetapi malangnya
> Rukun Negara itu tidak langsung diamalkan oleh
> Orang-orang Melayu.  Kita Orang Melayu yang beragama
> Islam sepatutnya percaya terhadap ayat-ayat Tuhan
> dan
> perintah-Nya yaitu Orang-orang Islam itu bersaudara,
> maka hendaklah kamu menyayangi saudara kamu
> sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri, itu
> adalah ayat-ayat Tuhan dan perintah-Nya.  Tetapi
> malangnya Orang-orang Melayu tidak percaya akan
> ayat-ayat itu dan tidak taat akan perintah Tuhan
> tersebut, maka benarlah Orang Melayu itu indah kabar
> dari rupa, sayangnya Orang Melayu suka menipu diri
> sendiri.  Begitu juga Orang Melayu suka menjadi
> talam
> dua muka, gunting dalam lipatan, musuh dalam
> selimut,
> musang berbulu ayam, api didalam sekam, harapkan
> pagar
> pagar memakan padi, harapkan sokong sokong membawa
> rebah.  Begitulah jika diberi amanah dan kepercayaan
> kepada Bangsa Melayu oleh Ulil Amri atau Ketua
> Negara.
>  Bila mereka diberi pangkat macam sikudung mendapat
> cincin.
> 
> bersambung...
> 
> =====
> APABILA DATANG YANG HAK 
>   MAKA HILANGLAH YANG BATIL.
> 
> Yang benar,
> 
> Kahar  A. Jalal
> Utusan  Tuhan
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
> http://personal.mail.yahoo.com/


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke