*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hadi boleh didakwa jika amanat punca perpecahan

KUALA LUMPUR 26 Mac - Timbalan Presiden Pas, Abdul Hadi
Awang boleh didakwa di mahkamah sekiranya `Amanat Haji Hadi'
yang dikeluarkannya itu didapati bertentangan dengan agama dan
telah memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim berkata,
undang-undang negara ini membenarkan seseorang itu didakwa jika
didapati bertanggungjawab menyebabkan perpecahan di kalangan
rakyat.

Bagaimanapun, menurutnya, terserah kepada pihak pendakwa untuk
menentukan sama ada Menteri Besar Terengganu itu perlu didakwa
atau sebaliknya.

``Saya tidak mempunyai kuasa untuk meminta pihak pendakwa
supaya mengemukakan pendakwaan. Bagaimanapun setelah
meneliti (Amanat Haji Hadi), saya rasa apa yang dinyatakan oleh
beliau itu adalah sesuatu yang berat,'' katanya ketika dihubungi di
sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan UMNO supaya Pas menolak
secara rasmi Amanat Haji Hadi yang dikatakan menjadi punca
kepada kejadian mengkafirkan ahli UMNO oleh pengikut parti
tersebut.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak
meminta Pas menolak secara rasmi Amanat Haji Hadi yang
menurutnya menjadi punca kepada kejadian mengkafirkan ahli
UMNO oleh pengikut parti tersebut.

``Pas perlu menunjukkan keikhlasan bahawa mereka tidak pernah
mengkafirkan UMNO dengan mengeluarkan kenyataan rasmi
menolak amanat tersebut,'' tegas Najib.

Mengulas lanjut, Rais berpendapat, Amanat Haji Hadi itu jika tidak
ditarik balik oleh Pas, adalah sesuatu yang bahaya kepada
perpaduan ummah.

``Bagaimanapun, ia (Amanat Haji Hadi) hanyalah kenyataan politik
Pas yang sepatutnya tidak diambil peduli oleh umat Islam di negara
ini,'' katanya.

Rais berkata, keputusan Majlis Raja-Raja bukanlah sesuatu yang
baru kerana perundangan negara telah memperuntukkan tindakan
dikenakan terhadap mereka yang menyelewengkan agama.

Jelasnya, undang-undang awam dan undang-undang jenayah di
negara ini telah menetapkan mana-mana pihak yang
menyalahgunakan agama tidak kira agama apa sekalipun boleh
dihukum di bawah Seksyen 298A kanun keseksaan.

``Dari segi undang-undang, keputusan Majlis Raja-Raja itu tidak baru
tetapi dari segi relevansi fatwa, ia baru diumumkan,'' katanya.

Beliau menambah, kabinet dua bulan lalu telahpun meluluskan
penyelarasan prosedur jenayah dan undang-undang jenayah syariah.

Bagaimanapun, jelasnya, ia masih belum berkuat kuasa kerana
belum diluluskan oleh Parlimen serta Dewan Undangan Negeri.

Katanya, beberapa peruntukan termasuk penyelewengan akidah
telah dimasukkan dalam beberapa pindaan yang dibuat terhadap
undang-undang syariah tersebut.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "B M" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke