*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


------------------------------------------------------------
Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 
------------------------------------------------------------
Time/Date    : 1:40:51 PM 27/3/2001 Tue 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode         : plain/text 
------------------------------------------------------------
Extra message from sender: 
Selamat Tahun Baru 1422 
------------------------------------------------------------

  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 27/3/2001 pm 

Regim Mahathir Mencemar Demokrasi Dan Menghina Agama
by Amin Sapiro   
 
Amin Sapiro (tafakur di awal Muharam ini) 
 
[Mahathir sanggup memburukkan apa sahaja untuk menjajah 
menggila. Pemimpin Umno sendiri tidak ketinggalan menjadi  
mangsa pengaiban, inikan pula pembangkang. Semua timbalannya 
dibunuh dengan perkataan dan gambaran sehingga ramai  yang  
begitu terdiam serta tidak terlawan sampai sekarang.  Dia 
mahu hanya semua kuasa berpusat kepada dirinya seorang. 
Rombakkan kabinet lepas mengaibkan semua ahli Umno kerana 
seorang baru(a) diangkatnya terbang tanpa mengisi borang. 
Tercemarlah demokrasi terang-terangan tetapi malangnya 
tiada sesiapapun yang menentang. 
 
Bukan sahaja seseorang individu menjadi mangsa pengaiban, 
malah bangsa melayu sendiri diperlekehkannya acap kali  
begitu juga ugama yang mereka anuti. Dia menulis buku  
cacat-celanya orang melayu agar dapat diperkudakan sepanjang  
waktu. Kini dia mahu mencemar minda golongan muda dan kaum  
terpelajar (yang tentunya akan mengundi nanti) dengan pemikiran 
sewelnya sebagai sukatan pelajaran. Kini tiga ularmaknya 
sedang merancang untuk melakukan pelbagai kemusnahan.....  
dan isu perpaduan serta penguguran nama islam itu hanyalah 
baru satu dua permulaan. 
- Editor] 
 
 
 
REGIM MAHATHIR MENCEMAR DEMOKRASI DAN MENGHINA AGAMA 
 
KHABARNYA, kekeruhan di Kg. Medan dan kawasan sekitarnya sudah 
reda. Polis kata: Keadaan sudah kembali normal. Dilaporkan tak ada 
apa-apa kejadian yang mencurigakan. Penduduk setempat sudah kembali 
berkeliaran mencari makan - menjalani hiudp biasa seharian. 
 
Alhamdulillah! Syukur - kalau YA..! Rakyat seluruh negara tanpa mengira 
kaum dan fahaman politik tidak suka sebarang pergaduhan. Rakyat mahu 
hidup aman. Peristiwa 13 Mei, sudah lama - mahu dilupakan. Tak ada 
faedah kepada sesiapa sebarang kekacauan yang menyebabkan nayawa 
dan hartabenda jadi korban. Sia-sia saja, kan? 
 
Tapi khabarnya 1000 orang anggota polis masih ditempatkan di sekitar Kg. 
Medan. Kalau macam tu, susah sikit nak percaya keadaan dah kembali 
aman. Yang dikatakan aman bila orang bercampur gaul macam 
ceramah-ceramah BA di tanah lapang. Mereka saling bersalaman 
wakalaupun tak kenal secara peribadi. Tetapi perasaan dan silaturahim 
tersemat dalam dada tanpa mengira darjat dan keterampilan. Itu baru 
dikatakan 'aman' se aman-amannya. Bolehkah UMNO/BN tunjukan bukti 
cara demikian? 
 
Mahathir Cenderung Nak berDEMO..! 
 
Kerap dituduhan oleh Mahathir dan pemimpin UMNO, kununnya 
penyokong BA suka buat demo. Diperhinakan pula dengan perkataan 
'jalanan'. Entah apa maksudnya perkataan itu, satu orang manusia pun 
tak tau?!! 
 
Yang nampak hanyalah Mahathir yang sebok merayap keluar negeri. 
Bercakap sana sini. Buat tuduhan melulu membusukkan nama musuh 
politiknya. Mencerca orang Melayu sebagai kaum yang tidak berusaha 
(makan tidor?) - menunggu subsidi.  
 
Tidakkah itu demo Mahathir paling mahal yang dipertanggungkan kosnya 
kepada kita sebagai rakyat? Dia sekeluarga menggunakan Global Express 
berharga RM200 juta, dengan kos penerabanngan berjuta-juta - termasuk 
sewa hotel dan pelbagai perbelanjaan kera'ian yang besar-besar dan 
mahal? 
 
Apa Mahathir buat? Kalau dah muak enjoy sakan di lokasi pelancongan 
dan 'hide-out'nya di Jamaica, Argentina atau Cuba, Mahathir akan 
bercakap di PBB pula. Apa yang dia kata tak lain dan tak bukan bertujuan 
menjelekkan agama Islam sebagai agama 'kuno' yang dianuti orang 
Melayu.  
 
Mahathir jugalah pemimpin negara ini yang memburuk-burukkan parti 
Pembangkang seperti PAS yang berprinsipkan Islam sebagai 
fundamentalis. Mahathir kata, penyokong PAS campak Radio dan TV ke 
dalam sungai. Pernah Mahathir kata di PBB dihadapan ribuan delegasi se 
dunia, 'What will happen if this fundamentalist leaders of a political party 
sucah as PAS were to rule Malaysia - a multi-racial nation??'. 
 
Kalau betul tak apa. Tapi Mahathir berbohong memburukkan Islam di 
Malaysia. Seolah-olah, Mahathir mahu Islam di Malaysia mengikut cara 
beliau yang datang dari Krala dan melantik beliau sebagai 'nabi' yang di 
restui oleh UMNO..!! 
 
'Anwarphobia' Menyerang Mahathir 
 
Sebut fasal Anwar, bagi Mahathir nama pemimpin rakyat yang berkarisma 
itu adalah 'taboo'. Memang nampak, Mahathir sedang mengalamai 
penyakit jiwa berjenama 'Anwarphobia'. Kemarahan beliau akan meledak 
secara tiba-tiba jika nama Anwar disebut oleh sesiapa. Yang pernah kena 
tempias kemarahannya adalah pemberita dan penulis-penulis dari majalah 
antarabangsa seperti TIME, FEER dan AsiaWeek. Penulis laman reformasi 
pun didendami beliau juga. 
 
Sewaktu gambar Mahathir tersebar di muka depan dalam satu majalah 
antarabangsa, beliau digambarkan bermuka macam 'Orang NYANYOK'. 
Mahathir hantar Menteri Luarnya keliling dunia menyeranah semua orang.  
 
Membisinglah puak ini macam nak rak dunia ini. Kuncu-kuncu dan hamba 
suruhan Mahathir memberi pelbagai alasan dan tafsiran yang tak masuk 
akal. Sampai ada antara 'si Bahlol' yang tumpul minda dari puak itu 
berkata, 'Orang asing nak tumbangkan kerajaan Malaysia dengan 
memaparkan gambar PM dan Presiden macam dah sewel'.  
 
Hihihih? beghapa punya teghuk tafsiran pemimpin Kerajaan UMNO/BN 
nih, kan? Seolah-olah, kalau Mahathir dah sewel, sinonimlah Regimnya 
pun sewel juga. Boleh masuk akal ke? Tidakkah bermakna parti politik 
seperti UMNO/BN yang menjadi penegak regim 'haprak' Diktator 
Mahathir al-MahaFIRAUN itu sebegitu rapoh dan semudah itu mereput? 
Gambar punya pasak, kerajaannya boleh runtuh? Isk..isk?isk?!! 
 
Kiranya, itulah DEMO 'jalanan' dalam erti kata sebenar. Mahathir yang 
mulakan dan para pemimpin 'biol-biol sasau' yang menganggotai Kabinet 
dan Regimnya dipaksa 'melebar-lebarkan' imaginasi menjadi tabir 
'cinemaskop'. Sehingga, dunia sudah boleh baca semua 'writing on the 
wall'.  
 
Soalan yang timbul di hati rakyat sekarang: Tak bolehkah pemimpin dan 
penyokong BA berkumpul menyanggah fitnah dan tohmahan Mahathir, 
menerangkan kepada rakyat dan dunia letak pekara sebenar?  
 
Demokrasi Tercemar  
 
YB Datuk HJ Fadhil Nor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang sebagai 
pemimpin Kerajaan lebih dikenali umum sebagai 'statesmen'. Bukan 
setakat ahli politik seperti yang lazim didefinasikan orang. Begitu juga 
rakan-rakan sejawatnya dalam komponen BA yang lain seperti KeADILan, 
PRM dan DAP.  
 
Mereka punya pelapis muda yang berwibawa dan berkarisma. Bila mereka 
disebut akan hadir memberi ceramah, puluhan ribu rakyat semua kaum 
akan berbondong-bondong hadir tanpa mengira tempat dan suasana. 
Waima dalam hujan atau atas padang yang lecah-becak; mereka sanggup 
meredah tanpa mengira seksa. Mereka tak pernah mengharap apa-apa 
selain dari maklumat yang disampailkan yang nilai seperti sebahara emas.  
 
Berbanding dengan rapat umum yang diadakan oleh pemimpin UMNO 
(khususnya Mahathir), rakyat dipaksa datang dengan pelbagai ugutan. 
Kerapkali mereka diumpan dengan jamuan besar-besaran. Jika tidak, 
mereka akan diRASUAH dengan bungkusan nasi dan se kotak air limau 
Yeo Hap Seng. Mereka diberi ganjaran RM10 sebagai pengganti hari 
mereka menangguhkan kerja. Tugas mereka hanya satu saja, iaitu 
'BERTEPUK-SORAk' sekuat hati dan melaungkan 'HIDOP MAHATAHIR' hingga  
serak suara..!! 
 
Kalau ditanya, apa Mahathir cakap selama 2 jam itu, mereka akan jawab, 
'Hisyyy'..Pi ke depa laaa? kami bukan nak dengaq apa si sewel hangkoi 
tu dok kata?! Kami mai sebab kena paksa.. Kerbau kami di bendang mati 
lapaq. Kami dok tinggai bajak melekat dibelakang kerbau - sebab 'KEBAU 
BESAQ' yang sekoq ni lagi power..!!? Tergelak juga dengarkan alasan 
mereka yang hadhir itu. Tak sangka Mahathir dijenamakan oleh orang 
Kedah ni sebagai 'Kerbau besar yang power'? Hihihihi?.!! 
 
Begitulah hakikatnya pencemaran demokrasi dibawah pemerentahan 
Mahathir. Jika dibantah, maka rakyat akan dibelantan, disembur gas 
pemedih mata, atau disembur dengan air kimia beracun. Macamlah rakyat 
dibawah pemerentahan regim ini wajar dibelantan seperti haiwan. Lebih 
teruk lagi mereka disembur air kimia macam 'serangga' musuh perosak 
tanaman saja. Demokrasikah itu' 
 
Ugama Diperhina 
 
Yang terkini, agenda menghaiwan-seranggakan rakyat semakin 
menjadi-jadi. Mangsanya ialah orang Melayu dan agama Islam. Mahathir 
mahu perkataan 'Islam' digugurkan dari semua pertubuhan dan 
persatuan. Tapi tidak begitu terhadap agama-agama lain seperti Buddha, 
Hindu, Kristian, Bahai dan seumpamanya.  
 
Tidak ada alasan lain lagi - Mahathir memang bertujuan untuk 
menghapuskan identiti Islam dari semua budaya orang Melayu yang 
rata-rata beragama Islam. Misalnya, jika orang Melayu mahu menubuhkan 
'Persatuan Penulis-penulis Sastera Islam' untuk mengkaji perkembangan 
sastera Islam, jawapnya: tak boleh gunakan perkataan Islam - TAK 
BOLEH!! Tapi sastera Krisitian: BOLEH!!  
 
Akhirnya, orang Melayu akan kehilangan identiti Islam. Hapus! Kikis! 
Sebaliknya, agama lain akan berkembang dan semua cabang budaya 
mereka makin menghebat. Dengan itu, kegemilangan Islam akan pudar 
seperti apa yang berlaku di negara Kominis seperti Russia, Albania, 
Bulgaria, dll.  
 
Padan jugalah, sembelih ayam pun dah gunakan letrik macam di Russia. 
Hamid Osman kata, 'Cara itu OK'. Pendek kata, lepas ayam kena karan 
letrik, bila ayam itu dah mati kejang jadi bangkai, barulah disembelih. Itu 
pun tetap saja lehernya hingga putus. Kira-kira, Yahudi pun tak buat 
macam tu. Tetapi, dalam pentadbiran regim Mahathir - kita kena ingat 
slogan PM dan Presiden UMNO yang didendangkan di radio dan TV: 
'MALAYSIA BOLEH..!!'. 
 
Pembersihan Umat Islam Cara UMNO 
 
Itu sebab Shahrizat menyediakan satu ruang di Bangsar - kawasan 
parlimen yang diwakilinya, untuk orang-orang Islam mencuci keketoran 
ditubuh dan rohani mereka. Shahrizat menyediakan sesi 'Mandi Buih'. 
Mereka boleh bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan segala 
bangsa tanpa sekatan - tanpa seurat benang, walau sekadar kain lampin 
menutup punggung macam 'Bay Watch'.  
 
Kerana kejayaan Shahrizat itu, Mahathir melantik beliau sebagai Menteri 
Hal Ehwal Wanita - yang betujuan untuk mencanggihkan wanita Melayu 
supaya beradab sopan selari dengan peradaban UMNO/BN. Itulah 
'Melayu Baru' yang bangga-banggakan pemimpin UMNO! 
 
Dusuki Ahmad, ulamak UMNO yang semakin terkenal sejak menjawat 
jawatan Setiausaha Politik Mahathir, telah mencadangkan supaya 
'Pemikiran Mahathir' diajar dan ditela'ah di Pusat Pengajian Tinggi (IPT). 
Jika itu berlaku - orang Melayu akan lebih Yahudi dari Yahudi. Kalau tak 
caya tengoklah nanti..!!  
 
Raja-raja Melayu Dah Sedarkah? 
 
Syukur alhamdulillah!. nampaknya Raja-raja Melayu dah nampak semua 
ini. Kalau tidak, apa nak jadi tak taulah!! Mana tau, entah-entah kita pergi 
makan restoran, di pintunya ditulis 'Restoran Halal' - tapi didepannya 
tergolek-gelentang terbujur dalam grill seekor 'suckling pig' (anak babi 
panggang). Alasannya, haiwan itu disembelih cara 'halal'..!! 
 
Mungkin juga akan terjadi, kalau semua di Malaysia..BOLEH! BOLEH saja; 
satu hari nanti akan ada orang Islam yang dibenarkan berkawin dengan 
kafir tanpa diislamkan terlebih dulu. Kununya, bagi mewujudkan satu 
bangsa Malaysia tanpa membedakan agama yang selama ini diwarwarkan 
oleh regim Mahathir sebagai punca segala masalah dalam negara!!  
 
Jangan pula kita kata 'Tak mungkin terjadi'. Tengok sajalah sekarang, 
tidakkah DS Anwar yang dutuduh dan difitnahkan l*wat, tetapi tidak pula 
dibicarakan oleh mahkamah syariah mengikut undang-undang Islam! 
Sebaliknya beliau dibicarakan mengikut undang-undang sibil warisan 
penjajah 'mat saleh', dengan hakimnya dari seorang beragama kafir. Dan 
saksi terpenting adalah seorang wanita 'penzina'.  
 
Anwar diletakkan dalam kurungan dibawah Akta ISA. Sebelum 
dibicarakan, Anwar dah dibelasah oleh seekor 'bapak anjing' peliharaan 
Mahathir. Itukah cara Islam' Lebih-lebih lagi saksinya adalah sebuah 
Tilam ditebuk 13 liang!! 
 
Hahah! jangan gelak!! Ini semua proses 'islamisasi' di bawah pemerentah 
Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri yang paling berkuasa 
setakat ini.  
 
Fikir Sama-Sama 
 
Di hari baik bulan baik ini, kita baca dalam media UMNO cukup sebuk 
mengadakan pementasan dan acara berdendang di TV. Itu, JAKIM punya 
kerja. Itulah cara menyambut Maal Hijarah cara UMNO. Pemimpin mereka 
menunjukkan kemapuan beragama dengan melakukan kera'ian dengan 
'Rock' yang dinasyidkan. Nampaknya, hiburan ada sikit lebih dari zikir 
dan tahmid yang tak seberapa. 
 
Pemimpin UMNO pula - ada yang menyuruh orang Melayu melupakan 
sengketa dan tegakkan ummah. Ada yang suruh orang Melayu mengubah 
sikap dan amalan. Ada yang faham sikit mengenai Islam lalu menyeru 
orang Melayu menjadikan Hijrah sebagai panduan ke arah hidup 
gemilang.  
 
Tetapi, pemimpin UMNO dalam Kerajaan - apa macam? Ada yang simpan 
betian jalang. Ada yang 'kebas' bini orang. Ada yang 'pakai' adik ipar 
jadi 'spare-tyre'. Cerita simpan dara sunti dah jelak didengar' Tanya 
Shahidan Kassim dan Rahim Tambi Chik taulah ceritanya. 
 
Ketua Polis Negara pula suruh orang-orangnya supaya tingkatan 
profesionalisme. Betul jugalah, sekarang banyak sangat anjing-anjing liar 
berkepala merah menggigit orang. Gila-gila - sampai bogelkan wanita 
Islam sebagai dera. Kununya, nak tengok samada si mangsa ada simpan 
dadah dalam 'kop*k'nya (maaflah - sengaja nak cakap tentang betina 
polis yang sengaja direkrut dari jenis berkarekter 'l#####n' tuh) 
 
Mahathir Dengan Nasihat 'Telunjuk Berkait' 
 
Kita dengar Mahathir menasihatkan pekebun kecil tingkatkan disiplin diri. 
Malangnya, yang tak berdisiplin itu bukan pekebun kecil; tetapi Mahathir 
sendiri. Anak-anaknya, Kroni dan pemimpin pencacai dalam angkatan 
pemimpin regimnya semua berbudaya 'membujur lalu melintang patah'. 
Pantang tengok duit ringgit, berpusing ligat biji mata mereka. 
 
Paling teruk sekali, Najib Tun Razak yang jadi Naib Presiden UMNO 
meminta Pas menolak secara rasmi Amanat Haji Hadi. Kata beliau, 'itulah 
punca kepada kejadian mengkafirkan ahli UMNO oleh pengikut parti 
tersebut.' 
 
Kita pun mau tanya beliau, apa kata kalau Najib dan geng 'penjilat tapak 
kaki Mahathir' tolak Mahatir itu dulu dan 'join' Barisan Alternatif' Apa 
lagi yang nak ditunggu, kan' UMNO dah tak laku bagi orang Melayu. Kata 
pepatah Melayu, 'Ayam tak patok, itik tak sudu'. Adakah pemimpin 
UMNO semua dah jadi tunggol' 
 
Eloklah mereka berhijrah mulai hari ini. Mudah-mudahan akan aman 
negara dan sejahtera semuanya - termasuk pemimpin UMNO. Selagi 
kalian 'mendewa-dewakan' seorang pemimpn sewel yang mengaku 
dirinya sebagai 'MahaFIRAUN', akhirnya kalian akan terjun ke laut 
Kalzum. 
 
 
Amin Sapiro 
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan) 
 





Ref URL: http://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=4066

Code: (K-left) at http://webantu.cjb.net/ 
(c) KM2 and original author(s). You may distribute for non commercial purposes. 
The author(s)/translator(s)/editor(s)/source(s) should be retained. 
Time/Date Generated : 1:40:51 PM 27/3/2001 Tue



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to