*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum..
Saya ada terima satu e-mail dari seorang sahabat.
Apabila saya cerita mengenai Arqam, pasti ada yang
memberi komen bahawa buat apa sebut-sebut
lagi, bukan ke dah diharamkan...Sedih memang sedih
sebab kita jadi orang yang terasing..Sekarang
ni pun, bila saya kata saya tak sokong mana-mana
perjuangan politikpun, saya dikatakan berada
dalam kedudukan bahaya..sebab atas pagar..Saya rasa
bukan masalah atas pagar atau apa, tetapi
saya tidak percaya dengan perjuangan yang berlandaskan
politik semasa atau dengan kata lainnya
politik kuasa. Islam tidak akan berjaya ditegakkan
sekiranya landasan kearah menegakkannya tidak
benar-benar menuruti landasan Islam yang sebenar.
Jadilah seperti sekarang, tuduh-menuduh siapa
lebih Islam daripada siapa, fitnah menfitnah..Dan
sesuatu yang paling saya kesali dan ingin
benar-benar saya tanya pada pemimpin-pemimpin Islam
sekarang (golongan-golongan yang terdidik
dengan agama) mengapa apabila Arqam diharamkan
sedangkan ramai yang teraniaya masuk ISA,
tak ada seorangpun yang bangun untuk menegakkan
keadilan, sedangkan kes saudara Anwar
Ibrahim menjadi satu isu yang sungguh hebat. Apakah
ini menunjukkan bahawa jika tiada
kepentingan politik atau kepentingan diri sendiri,
maka perkara itu boleh diambil mudah begitu
sahaja? Apakah ini yang dikatakan pemimpin
Islam?...Saya tahu siapalah saya untuk bertanya soalan
seperti ini..Ilmu agama amat cetek..Paling tidakpun
mereka akan jawab, bukan ke Arqam dah
diharamkan, Pusat Islam kata, suratkhabar
kata...Tetapi siapa sekarang yang tidak percayakan
Pusat Islam, Hamid Othman, suratkhabar, TV
...merekalah juga...Bukankah ini menunjukkan ada
keanehan di sini?...Atas dasar apakah keanehan ini
berlaku?..Mereka sajalah yang dapat
menjawabnya...
Tetapi saya sangat hormat dengan Arqam dan
ahli-ahlinya yang terdidik dengan baik..Mereka
tidak melawan dengan melulu..kalau tidak mungkin akan
berlaku lagi peristiwa seperti
Memali.. Itulah bezanya perjuangan Arqam dan
ahli-ahlinya..dan disitulah saya nampak indahnya
perjuangan mereka..walaupun saya tahu berat mata
memandang, lagi berat bahu memikul..Di situlah
saya nampak, ikhlasnya perjuangan mereka.. Semalam
semasa sambutan Maal Hijrah, saya
terdengar petikan ucapan daripada tokoh Maal Hijrah
1422, bahawa perjuangan Arqam menjadi
bahan penyelidikan dan beliau selalu ditanya mengenai
perkembangannya di dalam seminar-seminar
di luar negara oleh umat-umat Islam di serata
dunia..Saya tak tahu apa motif beliau (Pengarah IKIM)
menceritakan hal tersebut...tetapi ini menunjukkan
bahawa perjuangan Arqam mendapat
pengiktirafan di mata dunia. Ia bukan perjuangan local
tetapi universal....Ada satu penyelidikan yang
sedang dilakukan bertajuk Melayu Baru oleh sarjana
Barat kata beliau..
Sila beri pandangan saudara tentang e-mail ini..
Wassalam
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
http://personal.mail.yahoo.com/?.refer=text
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: marmar satu <[EMAIL PROTECTED]>