*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ --- [EMAIL PROTECTED] wrote: > Reply-to: Dakwah <[EMAIL PROTECTED]> > Date: 27 Mar 2001 05:29:01 -0000 > To: [EMAIL PROTECTED] > From: [EMAIL PROTECTED] > Subject: [DAKWAH] [KM2] TAG MT 64: Menyelami > Lakonan Kejujuran by Harun Rashid (fwd) > > Dakwah - http://dakwah.listbot.com/ > > --------------------------- ListBot Sponsor > -------------------------- > Start Your Own FREE Email List at > http://www.listbot.com/links/joinlb > ---------------------------------------------------------------------- > > > > ------------------------------------------------------------ > Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a > friend > ------------------------------------------------------------ > Time/Date : 1:35:00 PM 27/3/2001 Tue > Sender Name : somebody > Sender Email : [EMAIL PROTECTED] > Mode : plain/text > ------------------------------------------------------------ > Extra message from sender: > Selamat Tahun Baru 1422 > ------------------------------------------------------------ > > > Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM > > Date : 27/3/2001 am > > TAG MT 64: Menyelami Lakonan Kejujuran > by Harun Rashid > > TAG 064 > > [Kerajaan kerapkali berpura jujur untuk menyakinkan > > tindakkannya menggunakan dana negara untuk > menyelamatkan > perniagaan yang lingkup dikoyakkan kroni. Kini ia > sudah > tinggal tulang tetapi dibeli kembali dengan harga > tinggi > walaupun sudah tidak berisi. Sampai kini alasan yang > diberi > gagal memberhenti sangsi. Terpaksalah rakyat mencari > berita > dan alasan sebenar yang lebih meyakinkan lagi. > > Kerajaan juga mahu rakyat mempercayai semua realiti > tragedi > tetapi fakta yang diberi penuh kekurangan dan > tanda-tanya > sehingga makin meresahkan rakyat dibuatnya. Sudah > tentu > rakyat mahu mencari kepastian dan ingin mengkaji > lebih > mendalam demi keselamatan mereka sendiri. Tetapi > itupun > mahu diperangi juga sedangkan ilmu itulah pelita > kehidupan > dan sinar di dalam kelam. > - Editor ] > > > Penterjemah: -MT- > > Kiriman: MGG Pillai > > > Menyelami Lakonan Kejujuran > > (Penetrating The Pretense of Probity) > > > oleh Harun Rashid > > Mach 23, 2001 > > Kita boleh menilai asset (aset) mengikut pelbagai > cara. Ada asset yang > berbentuk nilai kemudahan yang wujud apabila sesuatu > komoditi ataupun > hak, memberikan kemudahan yang berguna. Taksiran > nilai kemudahan itu > bergantung kepada perbandingan terhadap saingan yang > alternatif. > Jawapannya terletak kepada penerimaan apabila ianya > ditawarkan kepada > pasaran yang terbuka. > > Sebuah rumah sebagai contohnya, mempunyai nilai > kemudahan kerana ia > memberikan perlindungan dan keselamatan. Ia boleh > dijual ataupun > disewakan untuk ditaksirkan. Begitu juga dengan > peralatan dan bangunan > komersial yang mempunyai nilai kerana semua itu > adalah satu alat > yang mencetuskan pendapatan. > > Asset juga mempunyai nilai persendirian, yang > bergantung selalunya > kepada sentimen dan boleh ditaksir jauh lebih tinggi > nilainya > daripada harga pasaran. Kadangkala aset persendirian > tidak boleh > dijual-beli dengan harga sembarangan pun. Sebab > utamanya ialah tidak > ada cara sebenar untuk menaksir asset persendirian > yang > mungkin mempunyai nilai sentimental kepada si > penjual. Cuma > terpulang kepadanya sama ada untuk menjual ataupun > membeli apabila > sesuatu tawaran itu menjelma. > > Sesuatu perniagaan itu merupakan satu asset yang > mempunyai nilai > kemudahan berasaskan keupayaannya meraih pendapatan > baik pada kadar > semasa ataupun untuk masa hadapannya. Mungkin juga > asset itu > mempunyai sedikit tanggungan hutang ataupun lebih > dari itu. Ia > mungkin mempunyai asset 'tangible' seperti bangunan > ataupun > peralatan. Nilai sesuatu perniagaan yang sedang > kerugian tentunya > diberi taraf nilai rendah berbanding satu perniagaan > yang sedang > menyumbang kepada keuntungan. Selalunya amat sukar > menjual satu > perniagaan yang dilanda kerugian dengan harga yang > melebehi asset > 'tangible' yang tidak terhalang (unencumbered > tangible assets). > Namun, adalah penting untuk menjualnya pada kadar > yang sedikit > rendah (bawah) daripada nilai penggantian asset itu. > > > Satu kongsisama dalam sesuatu perniagaan adalah > dianggap sebagai > asset juga. Nilai sesuatu perkongsian itu boleh naik > ataupun > menurun disebabkan factor persendirian juga, seperti > kepakaran dan > keindividuan rakan kongsi yang lain. Adalah sukar > selalunya untuk > menjual sesatu perniagaan yang dikongsisama itu > kerana kekurangan > pasaran yang bersedia untuk menerimanya. > > Sesuatu badan korporat awam sebagai perbandingannya, > mempunyai asset > yang dibagi-bagi kepada beberapa bahagian yang > seimbang dan semua > saham itu ditawarkan untuk diniagakan di bursa saham > pada setiap hari > dagangan. Nilai saham itu beralon mengikut sentimen > umum dan > mengikut persepsinya terhadap pendapatan masakini > dan juga masa > hadapan yang boleh menjejaskan nilai dividen > syarikat berkenaan. Di > sinilah kualiti pengurusan itu memainkan satu > peranan yang besar. > Keupayaan untuk menaksir operasi perniagaan dan > keadaan kewangannya > memainkan peranan yang penting dalam membuat > pendirian samada > menjual ataupun membeli saham tersebut. > > Di Bursa Saham Kuala Lumpur terdapat sekitar 700 > syarikat awam > (sudah pun mencecah 1000 jenis saham apabila diambil > kira semua bon > janji ataupun 'promissory notes' yang diniagakan - > penterjemah) yang > menawarkan sahamnya untuk diniagakan setiap hari. > Nilai saham > berubah-ubah. Buat masa ini nilainya mudah menurun > setiap hari. > Ini adalah kesan berlakunya ketidak-seimbangan di > antara pembeli > dengan penjual. Seandainya berlaku kewujudan penjual > sahaja yang > tidak diimbangi oleh kewujudan para pembeli, ketika > itu pasaran akan > menjunam coraknya. Apabila penjualan terhenti, corak > pembelian > yang tertumpu hanya kepada segelintir saham tertentu > menyebabkan > berlakunya perubahan mud (mood) kepada pasaran yang > secara tiba-tiba > menjadi rancak aktibitinya. > > Para pembeli yang merupakan dana simpanan tempatan > dan dana pencen > bergiat mengikut telunjuk dan pengaruh menteri > kewangan. Menteri ini > mengenakan tiga jenis topi setiap hari. Apabila dia > mengenakan > topi menteri kewangan dia mengawal tabung khazanah > negara yang > sungguh kuat kuasanya itu. Apabila dia mengenakan > topi bendahari > UMNO dia melaksanakan kerja-kerja mempertahankan > kepentingan parti > yang sedang memerintah. Apabila dia mengenakan topi > persendiriannya > sebagai seorang peniaga persendirian, dia > melaksanakan tugas > mempertahankan kepentingan peribadinya. > > > Adalah amat sukar menelah jenis topi yang > dikenakannya pada sesuatu > masa. Perkara semacam ini memang tidak dibenarkan di > setiap negara > moden yang lain, kerana berlakunya kepentingan yang > bercanggahan. > Tetapi, Malaysia bukannya sebuah negara yang moden, > perilaku seperti > itu mudah diterima-pakai sebagai perkara biasa > sahaja walaupun ada > kalanya terlalu ketara sangat gelagat beliau > menyodok wang rakyat > marhaen daripada khazanah negara ke kantung UMNO > ataupun ke > kantungnya sendiri (ataupun ke kantung para kroni, > para proksi > termasuk barisan gundiknya? - penterjemah). > > Menteri kewangan yang ini memang mempunyai satu > kumpulan rakan > niaga yang telah bergelumang dengannya selama ini. > Apabila dia > mengenakan topi menteri kewangan dan mengarahkan > wang yang banyak > dibayar kepada salah seorang rakan niaganya sudah > tentu terserlah > kerja-kerja penyelewengan. Baru-baru ini dia telah > mengarahkan agar > seorang rakan kongsinya diberikan wang yang banyak > dalam skandal > menguasai saham dalam sebuah syarikat penerbangan. > Harga bayaran > adalah dua kali ganda daripada harga pasaran. > Alasannya ialah > syarikat penerbangan itu hampir muflis dan perlu > diselamatkan. Dia > berpendirian bahawa harga yang tinggi itu diperlukan > untuk menguasai > hak pengurusan dripada rakan niaganya itu, yang > telah diberikan tugas > sebelum itu untuk menyelia kerugian pada kadar RM1 > juta setiap > hari. > > Masalahnya sekarang dalam jawapan seperti ini ia > gagal untuk > melepasi ujian logika. Sesuatu syarikat yang hampir > muflis tidak > boleh menetapkan harga premium kepada sahamnya. > Kerajaan Malaysia > sudah pun mempunyai saham kencana (emas) dalam > syarikat penerbangan > itu yang memberikannya hak menguasai pengurusan > secara berkesan. > Kerajaan boleh melakukan sesuatu mengikut seleranya > tanpa sebarang > pengaruh pemegang saham yang lain. Di sini, nampak > sangat menteri > kewangan ini berusaha untuk menyelamatkan dirinya > dan juga rakan > kongsinya dalam satu usahaniaga yang sukar dan > merugikan. Dia telah > menyalahgunakan jawatan yang diamanahkan kepadanya > untuk memperkayakan > temboloknya lagi. > > Dalam satu urusan yang lain, menteri kewangan ini > telah menyelia > peralihan dana daripada dana pencen yang di bawah > bidang kuasanya > untuk menyelamatkan satu kumpulan bank yang menjamin > kelahiran IPO > (saham awalan hari pertama) sebuah syarikat. Si > penerima dana itu > ialah seorang lagi rakan kongsi perniagaannya. > Menteri kewangan yang > sungguh haprak ini berlagak seolah-olah dia tidak > ada kena-mengena > dengan proses faraid ini. Namun dia tidak boleh lari > daripada > tanggungjawab ini kerana segala butir penjelasannya > ternyata disaluti > kepalsuan belaka. Masyarakat awam telah ditawarkan > saham itu, > tetapi apabila hanya 25 persen yang ditempah, pihak > dana kewangan > diarahkan menerima hampir separuh saham itu dengan > harga yang > tinggi kerana sengaja digelembongkan nilainya. > > > > Di Malaysia memang wujud suasana sandiwara di mana > kejujuran itu > dilakonkan. Segala lakonan itu semakin meloyakan > sehinggakan ia > sengaja diperhatikan sahaja oleh media massa yang > dikawal oleh > kerajaan. Rakyat marhaen membeli akhbar perdana itu > semata-mata > untuk gelak ketawa kerana sudah manjal dengan segala > bentuk komidi > yang diterbitkan setiap hari. Semua akhbar itu > dicanang untuk > jualan kerana kebenarannya. Namun, rakyat marhaen > memang arif apakah > rupa bentuk berita haprak seperti yang diedarkan > oleh media > kerajaan itu. Para editor akhbar perdana itu kerap > merungut secara > terbuka mengenai kelesuan mereka menangani > pencerobohan pihak > kerajaan. Mereka merayu agar tidak dikenakan tekanan > untuk > mengeluarkan berita yang separuh palsu itu dalam > usaha untuk meraih > kembali sokongan para pembeli yang sudah lama > berpaling tadah. > Sayang, usaha mereka sudah jauh terlambat. Segala > sandiwara mereka > untuk melakonkan 'kejujuran' yang penuh kepalsuan > sudah menggugat > segala saki-baki martabat yang ada. > > Jumlah angka kematian yang terjadi dam insiden > pergaduhan terbaru > tidak boleh dilapurkan dalam media perdana tanpa > mencetuskan > keraguan rakyat marhaen. Masyarakat awam sedar > betapa nama-nama > mangsa yang mati tidak pun diumumkan. Kerana itu > berita angin > bertiup dengan kencangnya. Kerajaan bertindak dengan > mengugut untuk > mendakwa sesiapa sahaja yang menyoal sebarang > kenyataan yang > dikeluarkan oleh pihak polis. Hakikatnya polis sudah > kehilangan > kredibiliti mereka. Jadi, apa lagi yang boleh > diharap oleh rakyat > marhaen? Kegagalan melapurkan secebis kisah yang > yang berkait rapat > dengan kehidupan rakyat marhaen di Malaysia sudah > mencemarkan > kewibawaan media di negara ini. Seandainya trend in > berterusan, > besar kemungkinannya akhbar perdana akan ketandusan > perniagaan > kerana tidak berupaya meneruskan satu usaha > penerbitan yang boleh > memberikan sedikit keuntungan. > > Apabila media yang boleh dipercayai oleh umum sudah > tidak ada lagi, > ia merupakan satu bencana kepada keselamatan rakyat > marhaen. > Beberapa hospital di Kuala Lumpur masih lagi > menerima kes pesakit > yang diserang denggi (dengue), tetapi demam yang > berbahaya ini tidak > pun diberi ruang untuk dilaporkan oleh akhbar kerana > takutkan > jumlah pelancong yang berkurangan. Pihak akhbar > tidak lagi memainkan > peranan untuk menyedarkan rakyat marhaen terhadap > sesuatu peristiwa, > lantas ia menjadi penyumbang kepada kemudaratan > hidup manusia. Akhbar > Malaysia tidak dibenarkan melaporkan taktik syarikat > penerbangan > negara membuat penjimatan terhadap bahan bakar yang > menjadi amalan > niaganya untuk beberapa lama. Para juruterbang telah > membuat rungutan > mengenai amalan ini di tahap awalannya tetapi > perkara ini terdedah > hanya apabila pihak penerbangan London mengenakan > tindakan disiplin > terhadap kerja-kerja gila ini. Kejelekan amalan ini > diselamatkan oleh > cuaca baik semasa penerbangan daripada meletup > kepada satu tragedy. > Kalaulah media tempatan bebas menerbitkannya sudah > tentu berita itu > sudah lama diketahui oleh para pembaca. > > Setiap hari kita didedahkan kepada beberapa kes > mahkamah yang > berlakon seolah-olah kes itu mengikut hukum > perundangan negara. > Pendakwaan terhadap 29 pejuang Islam kini sedang > tertangguh. Memang > jelas wujudnya pelbagai dalil yang bercanggah > sehingga kes itu > menjadi satu kisah yang banyak masalah. Apa yang > terlalu jelas > kepada para pemerhati ialah ketiadaan saksi di > kalangan orang > kampung di situ. Dakwaan bahawa episod itu adalah > satu lagi > sandiwara tajaan kerajaan, kini dipengapkan dengan > ugutan tindakan > jenayah terhadap sesiapa yang berani bersuara > lantang. Tetapi terlalu > banyak soalan yang mengharukan mengenainya yang > masih tidak > terjawab, terutama sekali bagaimanakah terbunuhnya > seorang anggota > askar dan seorang anggota polis yang berpengalaman. > > Seorang peladang yang ditahan sebagai tebusan di > Bukit Jenalik tidak > pun dibebaskan. Dia diperam di bawah kawalan polis > selama sepuluh > hari sebaik sahaja episod itu reda. Dia mati secara > mengejut > disebabkan sakit perut sebaik sahaja dia pulang ke > rumah daripada > balai polis untuk sekejap sahaja, sebaik selesai > makan tengah hari di > balai itu. Doktor bedah (pathologist) yang memeriksa > mayatnya tidak > pun terjumpa sebarang keracunan dalam isi perutnya > walaupun ada > kesangsian yang dia mati kerana diracun. Cara berita > itu dikawal > pada waktu itu menimbulkan syak wasangka yang hanya > dapat diredakan > kalau kesangsian itu dapat dinyahkan. Tetapi, unsur > inilah yang amat > diperlukan sekarang ini. > > Kisah benar adalah tugas yang mesti dilaksanakan > oleh seorang > wartawan yang pintar menyelidik. Tetapi, sikap > kerajaan menganggap > seseorang wartawan yang mahu menyelidik itu sebagai > seorang musuh > yang mencetuskan bahaya kepada pihak polis dan > kerajaan membuatkan > perasaan jelek itu semakin membara persis longgokan > kayu yang > turut dihuni oleh kumpulan tikus yang semakin > membiak. Inilah yang > pernah didakwa oleh Anwar Ibrahim, yang kini sedang > diperam untuk > berdiam dalam pemanjaraan bersendirian yang sungguh > kejam. Sebaliknya > segala dakwaan itu sudah diperkukuhkan oleh beberapa > kenyataan > daripada ahli Majlis Tertinggi Umno yang sudah > semakin sedar > dengan bahaya situasi ini yang amat menakutkan. > > Menteri Luar Malaysia baru-baru ini berucap di > Geneva mengenai hak > asasi manusia dan pencabulannya di Malaysia. Dia > berkata hak-hak > kemanusiaan ini terpaksa diubahsuai untuk menjaga > stabiliti negara. > Tetapi itulah kenyataan dan pandangan setiap > diktator di dunia ini. > Undang-undang draconian tidak dipinda, sehinggalah > generasi yang > muda mengambil tempat untuk berkuasa, agaknya. > Sementara itu para > wartawan yang ingin menyiasat terpaksa > terjengah-jengah menyaksikan > lakonan mega kepada segala kejujuran itu. > > -Harun Rashid- > > [EMAIL PROTECTED] > 23hb Mach, 2001. > > >>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 25/3/2001 > > > > Rencana Asal: > > Penetrating The Pretense Of Probity > by Harun Rashid > Mar 23, 2001 > No. 150 > > > Assets may be evaluated in several ways. There is > utility value, which arises when a commodity or > right > provides a useful benefit. The assessment of the > utility value depends of its comparison against > competing alternatives. The final stage is its > reception when offered to the open market. > > A residence, for example, has utility value because > it provides shelter and security. It may be sold or > rented for a consideration. The same is true of > tools > and commercial property, which have value because > they are a means to generate income. > > Assets also have a personal value, often based on > sentiment, and may be valued far above any > reasonable > market price. Sometimes personal assets are not for > sale at any price. For this reason there is no way > to evaluate unique personal assets which have > sentimental value for the seller. There is only the > decision to buy or sell when an offer is made. > > An ongoing business is an asset which has utility > value based on its present and future earnings. It > may have few or many debts; it may have few or many > tangible assets such as buildings and equipment. The > > value of a business that is losing money is less > than > a business that is making money, and often it is > difficult to sell such a business for more than the > value of the unencumbered tangible assets. Even then > > it may be necessary to sell at a price somewhat > below > the replacement value of the assets. > > A partnership in a business is an asset. The value > of > a partnership may be increased or decreased by > personal > factors, such as the skill and personality of the > other > partners. It is often difficult to sell a > partnership > because there is no ready market. > > A public corporation, by contrast, has its assets > divided into equal parts, and these shares are > offered > for sale every business day on the exchange. The > value > fluctuates according to the general mood regarding > present and future earnings, which affect dividend > prospects. The quality of management plays a large > part. The ability to evaluate the operations of the > business, and its financial condition, plays an > important part in a decision to buy or sell. > > In Malaysia there is a stock exchange. Shares in > about 700 public companies are offered each trading > day. The value of the shares fluctuates. At the > moment > the valuation tends to drift lower each day. This is > > the result of an imbalance between buyers and > sellers. > On > occasion it appears there are only sellers, and the > market falls steeply. When the selling stops the > buying > of a relatively few shares changes the mood. The > market > jumps to life. > > The buyers are local savings and retirement funds > whose > investment activities are influenced by the minister > of > finance. He wears three hats. When he wears the > finance > minister's hat he controls the powerful public > purse. > When he wears the Umno treasurer's hat he is > protecting > the interests of the party in power. When he wears > his > own persoanl hat as a private businessman he is > protecting his own interests. > > It is difficult to determine which hat he is wearing > at > any given moment. In any modern country the > situation > would be forbidden for conflict of interest. > Malaysia > is not a modern country, and such behaviour is > accepted > as a matter of course, even when it appears that he > is > shoveling money from the public treasury into the > Umno > treasury or his own pocket. > > In his personal affairs the finance minister has > partners of many years standing. When he wears the > finance minister's hat and directs that large sums > be > paid to one of his partners there is an appearance > of > impropriety. He recently paid (wearing the finance > minister's hat) to one partner an enormous sum for > a controlling interest in the national airline. > The price is over twice what the open market was > willing to pay. The excuse is that the airline is > failing and needs to be rescued. He says the high > price is necessary to wrest control from his > partner, > who was supervising the loss of over RM1 million per > day. > > The problem with this answer is that it fails the > test of logic. A failing enterprise does not command > > a premium price. The Malaysian government already > holds what is known as a golden share in the > airline, > giving it effective management control. The > government > can do as it likes without any consideration of the > shares. The finance minister thus looks to be > rescuing himself and his partner in a difficult and > losing proposition. He is using his position of > trust > in order to enrich himself. > > In another recent transaction the finance minister > oversaw the transfer of money from a retirement fund > > under his influence to rescue a consortium of banks > in the underwriting of an IPO. The direct recipient > of the funds is another long time business partner. > The finance minister pretends he is not a party to > this transaction, but he cannot escape > responsibility, > as the explanation he offers is transparently false. > > The public was offered the shares, but when only 25 > percent could be placed, the fund secretly accepted > almost half of the shares, again at a grossly > inflated > price. > > In Malaysia there is a pretense of probity. The > pretense > becomes more shabby by the hour, as even the > government-controlled media now sees. The public > only > buys government mouthpiece newspapers for laughs, > finding in them a form of comedy. The papers are > seriously sold as truth, but the public knows shoddy > > goods, and the media is certainly peddling shoddy > goods. > The editors have publicly announced their > helplessness > to defy the heavy hand of the government. They plead > > for release from half-truth and falsehood in the > effort > to mend falling circulation. It is too late. The > pretense of probity has destroyed all media > credibility. > > The number of deaths in a recent incident cannot be > reported in the mainstream media without public > suspicion. The public notes that the names of the > dead are not announced. Rumours abound. The > government > reacts by threatening prosecution of anyone who > questions the facts as presented by the police. The > police have no credibility. Nothing could generate > more public suspicion. The unwillingness to report > even the most minor fact of daily life in Malaysia > makes the media meaningless. If the trend continues > much longer the major presses will be idle, not able > > to maintain a minimum press run for profitability. > > The absence of a credible media is a hazard to > public > safety. Kuala Lumpur hospitals continue to admit > dengue > fever cases, but these are not reported for fear of > losing tourist business. People are not alerted to > take > precaution by the press, which thus becomes a > knowing > contributor to endangering lives. The Malaysian > press > has not been allowed to acknowlege that the national > > airline endangered public safety through its > imprudent > fly-on-fumes practice for several years. The pilots > complained from the first, but only the strong > objections of London aviation authorities finally > put a stop to this insanity. The passengers were > blithely unaware. Only good weather prevented a > tragedy. > A free press would print the story. > > Court cases every day reveal the policy of > pretending > all is according to law. The prosecution of the well > > publicised case of 29 Islamic martyrs has now > rested, > and it is clear that there is sufficient conflicting > > testimony to fatally damage the case. What is > apparent > to observers is the absence of crucial testimony > from > local witnesses. The allegations of a > government-staged > event have again been stifled by threats of criminal > > action. The many troubling questions surrounding the > > event remain unanswered, including the deaths of a > young soldier and a veteran policeman. > > A farmer held hostage on Bukit Jenalek was not > released, > but kept in police custody for ten days after the > incident was over. He died mysteriously of stomach > pains > shortly after leaving the police station for a short > > visit home just after the lunch hour. The examining > pathologist found no cause of death. None. There is > suspicion of poisoning. The manner in which the news > > was controlled at the time arouses suspicion which > only total candor can dispel. This candor is sadly > lacking. > > It is the investigating journalist who probes for > the facts. Because the investigative journalist is > treated as an enemy and a threat by the police and > the Malaysian government, the feeling grows stronger > > each day that the entire woodpile is infested with > rats. This was the allegation of Anwar Ibrahim, who > has been silenced by incarceration in solitary > confinement. The allegation is further strengthened > by statements of Umno Supreme Council members who > have awakened to the seriousness of the situation. > > The foreign minister of Malaysia has spoken this > week in Geneva of human rights violations in > Malaysia. > He says these rights must be abridged in order to > maintain stability. The same argument has been made > by every despot. The oppressive laws are not > amended, > at least until the new generation assumes political > power. In the meantime, investigative journalists > probe to penetrate the pretense at probity. > > YOU CAN VASTLY MULTIPLY THE POWER OF THE INTERNET > > Print an article and pass it on > > Write to Harun Rashid: [EMAIL PROTECTED] > > The start URL of this page is > http://home.yqi.com/harunrashid1/ > > > > > > > > > > > > > Ref URL: > http://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=4063 > > Code: (K-left) at http://webantu.cjb.net/ > (c) KM2 and original author(s). You may distribute > for non commercial purposes. > The author(s)/translator(s)/editor(s)/source(s) > should be retained. > Time/Date Generated : 1:35:00 PM 27/3/2001 Tue > > > ______________________________________________________________________ > To unsubscribe, write to [EMAIL PROTECTED] __________________________________________________ Do You Yahoo!? Get email at your own domain with Yahoo! Mail. http://personal.mail.yahoo.com/?.refer=text ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>