*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nong Nooch village dipunyai oleh seorang perempuan dari keluarga kaya di Thailand. Adalah disebut oleh tour guide tapi dah lupa, panjang sangat. Sekarang dah berumur 72 tahun dan perniagaan beliau dikendalikan oleh anak lelakinya. Nong Nooch bermakna anak perempuan bongsu. Saya nipun kiranya nong nooch jugak, betul tak ain? Cara orang Thai sebut bukan nong nooch macam kita tapi nong nut. Ada orang tanya packasge saya ni berapa harga? Harga sebenar ialah RM1600.00 untuk 4D3N. Untuk kanak-kanak umur antara 2-12 tahun 70%, bawah 2 tahun 10%. Sri Sutera Travel. Oleh kerana kami mengikut rombongan ofis suami saya, bagi kakitangan FOC, bagi 1st spouse 50%. Kalau orang lain nak ikut kenalah bayar 100%. Selesai pertunjukan gajah kami beredar ke Taman Orkid Nong Nooch village. Yang ni keluarga saya tak masuk sebab sikecik meragam dan anak nombor dua saya tidur. suami saya dah start berjangkit selsema dari sikecik. Anak sulung sayapun dah kena selsema, tapi semangat makan angin punya pasal, setiap kali berhenti mesti dia ajak turun. tak sabar-sabar nak turun. Oleh sebab saya tak turun saya titipkan pada member-member. Sebenarnya opis tu tiap tahun buat annual outing, jadi dia dah biasa dengan ofis-mate suami saya. Selepas 1/2 jam perjalanan meninggalkan Nong Nooch, anak kedua saya pulak buat hal, buat kue. Terpaksa suami saya cebok. Bila terpaksa menyalin lampin dalam keadaan berdiri dalam bas yang bergoyang-goyang dia dah mula pening kepala. Itulah permulaan perjalanan kami kurang menyeronokkan. Kami singgah di Chonburi city untuk membeli makanan laut dan manisan Thailand. Tokey kedai tu adik kepada ketua mafia Chonburi jadi bas kami park kat depan kedai tanpa masalah. Sampai Bangkok hari dah malam. Bangkok ni tak tahulah berapa kali ganda lebih besar dari KL. Macam KL, banyak juga rumah setinggan kat sini. Tepi-tepi jalan boleh nampak dengan jelas kawasan setinggan. Jalan sampai 3 tingkat bersepah-sepah. Kalau kat KL ni yang boleh jumpa 3 tingkat kat Sungai Wei ajelah yang macam jambatan Pulau Pinang tu. LRTpun dah ada kat Bangkok. dulu dengar cerita bangunan dia rendah-rendah je sebab takut mendap, tapi banyak juga bangunan tinggi-tinggi 30 tingkat 40 tingkat. Ada yang bentuk macam Shahzan Tower ada yang macam Komtar, ada juga yang akan-akan KLCC. Kami makan disebuah Restoran Thai Muslim. Sepanjang jalan tu memang penempatan Muslim. Semua orang berpuashati dengan makanan kat sini. Jam 9:00 kami dah melepak kat hotel Emerald. Hotel 5 bintang. Siap ada selipar lagi, siap ada moisturiser lagi. Yang tak syok bilik kami menghadap lobby, jadi tak bolehlah nak buka langsir. Anak saya nak tengok taman koi kena menyorok balik langsir. _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>