*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di bahagian muslimat yang menyembahyangkan jenazah lebih kurang 30
orang.
 
Allah aturkan kami untuk confuse tentang tempat Tanah Perkuburan.  Ia
bernama Tanah Perkuburan Bukit Kiara.  Seorang kawan kata dekat Taman
Tun, seorang lagi kata must be dekat Bukit Kiara.  Kami menuju ke Bukit
Kiara tapi tak jumpa sebarang tanah perkuburan.  Call seorang kawan
yang tinggal di Subang, kata dia Tanah Perkuburan Bukit Kiara terletak
antara Taman Tun dan Seksyen 16.  Baru tahu rupanya kawan kami tu dah
betul.  Keadaan jam teramat teruk.  Banyak kereta yang buat illegal
parking di tepi hi-way.  
 
Alhamdulillah kami dapat parking di tempat yang amat strategik, diatas
hi-way menuju ke Taman Tun.  Kami boleh nampak tanah perkuburan dengan
jelas dan nampak deretan kereta di bawah iaitu tempat DSAI akan lalu. 
Masa kami sampai, pengkebumian sudah selesai, most probably bacaan
talkin juga sudah selesai sebab orang sudah mula turun dari tanah
perkuburan menuju kereta.
 
Tak dapat dielakkan laungan reformasi bergema.  Kami tertipu oleh satu
ambulan bercermin gelap yang disangkakan dinaiki DSAI.  Tak lama
kemudian ambulan DSAI lalu diiringi Raider dan sebuah Trooper polis. 
Ramai yang berkesempatan mencuit ambulan tersebut membuatkan ia
terhenti
seketika.......

p.s: Walaupun Saudara Syed Ibrahim Alhabshi mengatakan Ustaz Taib
Azimuddin menjadi imam, saya difahamkan yang menjadi Imam ialah Ustaz
Fadhil Noor dan saya rasa saya amat mengecam suara beliau.

 
-----Original Message-----
From: Syed Ibrahim Alhabshi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Jenazah Bonda Dato' Seri Anwar Ibrahim disemadikan
 
4 April 2001, Kuala Lumpur
 
Sebentar tadi pada pukul 4.15 petang, jenazah Allahyarhamah Mak Yan,
ibu
kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Bkt Kiara, Damansara. Majlis pengkebumian turut disertai
oleh
DSAI yang dibawa khas oleh sebuah ambulan diiringi oleh polis dan
anggota penjara. Lebihkurang 500 orang telah membanjiri tanah
perkuburan tersebut yang mengakibatkan kesesakan jalanraya.
 
Terdahulu pada pukul 1.15 tengahari, DSAI telah dibawa ke rumahnya di
Bukit Damansara bagi menziarahi jenazah serta menyembahyangkannya.
Orang ramai yang hadir telah mengerumuni rumahnya sejak pukul 10.30
pagi. Turut kelihatan ialah pimpinan BA terdiri daripada Ustadh Fadzil
Noor, Lim Kit Siang, Syed Husin Ali, Ezam Mohd Nor, Ustadh Nasaruddin,
Dr Hatta Ramli dan lain-lain lagi. Pimpinan dan ahli NGO yang hadir
sama ialah daripada JIM, ABIM, PUM dan lain-lain. Secara khususnya,
yang kelihatan daripada JIM ialah Zaid Kamaruddin, Zairul, Dr Sahrim,
Nahar, Aris, Dr Hafidzi, Zahir, Abu Bakar, Munawer, Aidil, Zun Arif,
Fadzil, Azmil, Abd Rahim, ahli-ahli Johor dan ramai lagi. Sokongan
orang ramai yang menziarahi jenazah Allahyarhamah Mak Yan sangatlah
hebat menggambarkan bahawa penderitaan dan pengorbanan Allahyarhamah
Mak Yan sangatlah dihormati. Beliau meninggal di ketika anaknya masih
di penjarakan atas tuduhan berbau politik dan dalam keadaan di mana
anaknya itu menanggung kesakitan tulang belakang yang parah.
 
Pada lebihkurang pukul 12.00 tengahari, orang ramai dimaklumkan oleh
Zulkifli Nordin, salah seorang peguam DSAI, bahawa hasil rundingan
dengan pihak penjara, DSAI dibenarkan melawat jenazah ibunya dengan
beberapa syarat. Satu, tidak boleh berteriak RE-FOR-MA-SI; dua, tidak
boleh mencetuskan huru-hara dan tiga, tidak boleh mengerumuni DSAI.
Pada masa itu, terdengarlah beberapa keluhan orang ramai, "Masya'Allah,
inikan majlis kematian...orang tau lah. Kenalah masa dan tempatnya". 
 
DSAI juga tidak dibenarkan ke Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Bukit
Damansara tetapi beliau ditahan di rumahnya dan kemudian dibawa terus
ke
tanah perkuburan. Syarat ini sebenarnya baik dan memadai walaupun
sekiranya boleh, ramai yang mahukan DSAI diberikan lebih kebebasan
bersama keluarganya....isteri, ayah dan adik-beradik serta keluarga
terdekat di saat sedih kehilangan seorang ibu yang cukup disayangi.
 
Ketibaan DSAI memang dinanti-nantikan walaupun ramai pada awalnya tidak
menaruh keyakinan tinggi yang beliau akan dibenarkan hadir. Ramai yang
berkerumun di keliling ambulans untuk mendapat imbasan kelibat DSAI.
Ada
yang memanjat tiang pagar terutama jurugambar dan ada yang tersedia
berada di atas tempat permainan kanak-kanak dalam kawasan rumah DSAI.
Apabila beliau keluar dari pintu belakang ambulans, lambaian tangan
kanannya disambut ramai dengan baik. Beliau dibawa dengan kerusi roda
masuk ke dalam rumah. Beliau sempat melemparkan senyuman dalam keadaan
wajah yang pucat mungkin kerana kurang sihat dan menanggung kesedihan
kehilangan seorang ibu.

 
Orang ramai kemudiannya ke Masjid untuk solat Zuhur dan menanti jenazah
untuk disembahyangkan. Di Masjid, solat jenazah telah diimamkan oleh
Ustaz Taib Azamuddin. Turut berada di saf hadapan ialah Ustadh Fadzil
Noor dan beberapa pimpinan PAS dan KeADILan. Masjid yang kebiasaannya
diisi dengan 2 hingga 3 saf pada waktu Zuhur, sesak keseluruhan saf
dipenuhi dengan orang ramai.
 
Di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, majlis pengkebumian disempurnakan
dengan diikuti baik oleh orang ramai. Ada di antaranya yang memanjat
beberapa batang pokok untuk mendapat pandangan yang lebih baik. Selesai
pembacaan talqin dan do'a, majlis telah bersurai dan DSAI diiringi
semula ke ambulans untuk dibawa pulang ke Hospital Kuala Lumpur. 
 
Semoga ruh Allahyarhamah Mak Yan dicucuri rahmat dan keluarganya,
terutama DSAI dan keluarga menerima takdir ini dengan penuh kesabaran.
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
 
Syed Ibrahim Alhabshi
Naib Presiden JIM


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke