*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota Unix/Linux ke 2 Oleh Harisfazillah Bin Jamel
-------------------------------------------------

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera.

Haris sambung semula nota Unix/Linux Haris.
Maafkan Haris lama tertangguh kelas ini.
Haris sibuk siapkan projek.
Nota sebelum ini adalah berkenaan sejarah Unix/Linux.
AhKamDotOrg telah sertakan link ini.

"
History of Linux by Ragib Hasan

http://ragib.hypermart.net/linux/

"

Terima kasih.

Sistem Operasi sama ada unix/Linux atau Win95/98/NT/2K
adalah satu applikasi (software) yang bertanggungjawab
kepada interaksi antara applikasi, pengguna dan perkakas
komputer.

Unix dibina agar ia mudah dikendalikan, cekap dan
serasi dengan suasana perkomputeran.
Unix/Linux adalah adalah sistem operasi yang interaktif,
pelbagai pengguna, pelbagai aturcara, pelbagai tugasan,
pelbagai sesi dan pelbagai jaluran ( Multi session
dan Multi Thearding).

Ini bermakna Unix/Linux mampu bertindak balas kepada
permintaan pelbagai pengguna
pada masa yang serentak. (Sebenar komputer melakukan
aturcara sekali pada satu masa tetapi ia lakukan terlalu
laju sehinggakan kepada kita ia dirasakan serentak).

Perkara yang menjadi aset utama kepada sistem operasi Unix
/Linux adalah keupayaannya untuk dijalankan dipelbagai
jenis mesin. Perkara ini dapat dilakukan kerana unix/linux
hanya terdiri daripada 5 peratus bahasa mesin seperti
Assembler dan 95 peratus lagi adalah dalam bahasa C.

Bahagian-bahagian Unix/Linux terdiri daripada Kernel,
Shell, commands dan fail sistem. Ada buku memasukkan
Utiliti dan bahasa komputer.

Kernel adalah bahagian utama dalam Unix/Linux. Ia adalah
pengurus sistem operasi komputer. Ia mengurus dan
menyelaraskan aktiviti komputer. Kernel betugas di belakang
tadbir tanpa anda menyedari kehadirannya.

Shell adalah applikasi yang menjadi pengantara (orang tengah)
antara kernel dan pengguna komputer. Shell yang akan menterjemahkan
arahan dan menjalankan arahan yang pengguna berikan.

Commands atau arahan-arahan. Ia adalah applikasi-applikasi
yang kita mahu komputer jalankan. Ia terdiri daripada applikasi
untuk menghasilkan text dan dokumen, untuk membuat applikasi
dan bertukar-tukar informasi. Haris letakkan juga bahasa komputer
dan utiliti dalam bahagian ini.

Sistem fail. Sistem fail adalah koleksi semua fail yang ada
dalam sistem unix/linux. Sistem fail adalah cara bagaimana
unix/linux menyimpan fail-fail agar mudah dicapai dan juga
mengurangkan masalah kehilangan fail.

Nota unix/linux akan disambung lagi.

Wassalam.

: )

5 Apr 2001

------

Nota ini untuk kelas unix/linux di Dunia-digital
Sertai Dunia-digital dengan hantarkan email
kosong kepada [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Atau melalui link.
http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

-- 
-




http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke