*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaikum salam w.w.

Izinkan saya memberi pandangan dengan andaian Sdr bukan pekerja kerajaan 
(tidak ada skim pencen).

Berapa usia sdr.  Andainya masih muda, logiknya masih lama lagi jangkawaktu 
sdr untuk boleh bekerja.  Jika begini boleh sdr keluarkan, kerana sdr akan 
dapat menabung semula untuk akaun tersebut.

Berapa pendapatan bulanan sdr.  Jika tinggi, boleh juga sdr mengeluarkannya 
kerana akaun 1 secara logiknya cukup untuk menampung keperluan asas ketika 
pencen nanti.  Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan tinggi.  Ini juga 
bergantung dengan cara/gaya hidup sdr.

Adakah sdr dapat mengurus kewangan dengan baik.  Maksud saya begini, 
andainga sdr. mengurangkan beban hutang, apa yang sdr nak buat dengan 
lebihan pendapatan bulanan (hasil pengurangan ansuran rumah tersebut).  Jika 
sdr yakin dapat menfaatkan lebihan itu untuk sesuatu yang lebih baik (contoh 
disimpan/labur ditempat lain) sila teruskan.  Tapi jika sdr dari jenis yang 
pantang mempunyai lebihan duit dalam akaun bank, baik jangan.  Nanti 
simpanan dalam akaun 2 lenyap, duit lebihan bulanan juga entah ke mana.

Sekian, semuga memberi manfaat.




----Original Message Follows----
From: "Akram Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* Pengeluaran EPF dari Akaun 2
Date: Thu, 5 Apr 2001 21:16:11 +0800

Assalamualaikum!

Saya ingin sekali mendapat pandangan bernas warga Hizbi. Harap-harap sudilah 
membantu!

Adakah BERBALOI mengeluarkan semua simpanan saya dari Akaun 2 EPF (KWSP) 
untuk mengurangkan jumlah baki pinjaman perumahan yang telah saya ambil 
dengan salah sebuah bank perdagangan tempatan? Atau adakah lebih bermanfaat 
membiarkannya sahaja demi kepentingan masa tua?

Terima kasih dan wassalam.


 >>>akram<<<

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke