*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
indeks komposit pada jam 10:25 ialah 591.24, ingat tak dia pernah
mencecah 800 selepas kemerosotan 1997?
harga TNB sekarang ialah 9.90 berbanding 12.70 bulan lepas
harga TIME Engineering ialah 1.37 berbanding 2.24 bulan lepas, harga
tertinggi 3 bulan ialah 2.82
--- Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
.
<deleted>
> Saya cuba belek surat khabar lama sepanjang seminggu dua ini ingin
> melihat
> apakah isu lain yang mungkin belum tiba tetapi sedang cuba ditutup
> oleh UMNO
> dengan sebaik cara.
>
> Tidak banyak yang saya temui cuma dua kenyataan Menteri kerajaan yang
> menggambarkan bahawa negara kita sedang berhadapan dengan kemelut
> ekonomi yang
> begitu mendebarkan.
>
> Pertama: Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataannya kepada BERNAMA awal
> minggu,
> beliau menyatakan bahawa Kemelesetan Ekonomi kali ini yg disebabkan
> oleh
> Economic Recession di Amerika dijangka sehebat Recession pada tahun
> 1985/86
> dahulu.
>
> Kedua: Kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn kepada
> BERNAMA
> pada 4 April 2001, menyatakan bahawa 15,000 pekerja sudah pun
> kehilangan
> pekerjaaan sepanjang enama bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka
> adalah
> daripada sektor pengilangan elektronik.
>
> 15, 000 orang bukan sedikit jumlahnya!!
>
> Itulah antara gambaran awal tentang put ing beliung ekonomi yang
> sedang
> bergerak kencang melanda negara; dan di celah-celah kedatangan pu
> ting
> beliuang itu pula, ada pihak2 khususnya pelabur2 luar yang mengambil
> kesempatan untuk berundur keluar mencari tempat lain yang lebih
> selamat.
> Sebagai contohnya; rumours dalam industri mengatakan bahawa Seagate
> Perai yang
> membuang 4000 orang lebih pekerjanya, bukanlah menutup operasi dalam
> ertikata
> yang sebenarnya tetapi sebaliknya dilaporkan telah mengeluarkan
> peruntukan
> baru hampir USD150 million untuk membesarkan operasinya di Thailand.
> Dari segi
> logiknya, apalah bezanya sangat kos tenaga buruh antara Thailand dan
> Malaysia,
> tetapi kenapa company-company yang telah menutup operasinya di
> Malaysia
> seperti Seagate dan Read Rite sebagai umpamanya telah memilih untuk
> menutup
> kilang mereka di Malaysia dan sebaliknya mengukuhkan operasi mereka
> di luar
> negara. Kenapa?
>
> Tentu ada yang tidak kena dengan suasana dan pentadbiran ekonomi
> negara yang
> menyebabkan pelabur asing mula lari keluar dengan mengambil
> kesempatan di atas
> suasana ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang. Hanya mereka yang
> pakar
> dalam bidang ini sahaja mampu menjawabnya; kita sebagai rakyat biasa
> cuma
> boleh agak bahawa keceluparan pucuk pimpinan yang sering memomok
> momokkan
> orang asing khususnya dari barat sebagai musuh negara, dan
> kelancangan
> pemimpin negara menghentam negara luar tanpa usul periksa mungkin
> telah
> menyumbang ke arah mempercepatkan 'ruduman' ekonomi negara yang
> sudah sedia
> merudum di celah-celah kemelesetan ekonomi dunia yang makin terasa.
>
> Ringkas ceritanya, dalam keadaan seperti yang disebut di atas, dengan
> suasana
> politik UMNO yang tidak menentu, dengan kisah orang baling kerusi
> meja dalam
> mesyuarat UMNO bagaikan berjangkit dari satu tempat ke satu tempat,
> dari
> Kelantan hinggalah ke Sabah, dalam keadaan masyarakat sudah memandang
> rendah
> kpd UMNO, dalam dalam keadaan di mana moral ahli UMNO sedang berada
> dalam
> tahap yang paling rendah dalam sejarah; maka UMNO tidak ada pilihan
> lain
> melainkan terpaksa mencipta atau pun menghidupkan semula apa sahaja
> isu yang
> dirasakan boleh mengubah perhatian rakyat daripada kemelut sebenar
> yang sedang
> melanda negara dan dalam masa yang sama mampu menyatukan semula
> pemikiran
> orang2 UMNO sendiri yang kini sudah bercelaru dan haru biru dengan
> arah tuju
> politik UMNO yang semakin buntu.
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>