*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- Hoot Hoot <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> From: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: H-Net* tak rugi apa benda pun!!!
> Date: Fri, 30 Mar 2001 00:18:34 
> To: undisclosed-recipients:;@hizbi.net
> 
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Rawatan Untuk Anwar: UMNO Yang Bengong!
> 
> Hari semalam Mahathir dengan ketakutan/phobianya
> terhadap Anwar mengatakan 
> Kerajaan tidak benarkan Anwar menerima rawatan di
> luar negara kerana takut 
> Anwar ambil suaka politik di luar negara. Itu cakap
> Mahathir. Pada pandangan 
> saya, jika kes jenayah macam Anwar itu benar dan dia
> memang bersalah, jika 
> dia keluar jauh dari bumi Malaysia ni lagi bagus.
> Buat apa simpan 
> warganegara semacam ini, buat malu aje! Kes rasuah
> Anwar pula bukannya telah 
> menghilangkan berjuta-juta ringgit Malaysia. Malah
> bukti pun tak ada! Oleh 
> itu apa yang nak di takutkan. Jika dia minta suaka
> di luar negara sekalipun, 
> tak rugi apa benda pun. Tetapi kenapa Mahathir
> takutkan itu semua? Ini 
> maknanya Mahathir teramatlah sedang takutkan kuasa
> Anwar dan reformasi 
> rakyat yang sedang membara sekarng ini.
> 
> Cakap Menteri Kesihatan dan beberapa orang doktor
> perubatan yang pro UMNO 
> pula, mereka mengatakan Dr.Thomas telah menghina
> doktor-doktor di Malaysia 
> ini. Tak ada cerita buat ceritalah tu! Saya juga
> doktor perubatan, tapi 
> taklah sebodoh dan sebengong doktor-doktor proUMNO
> tu termasuklah Menteri 
> Kesihatan yang biasa dengan mulut celupar.
> 
> Perlu saya katakan, doktor manakah yang sepatutnya
> menjawab kreadibiliti 
> atau keupayaan doktor-doktor Malaysia untuk merawat
> Anwar? Menteri Kesihatan 
> ke? Ketua Pengarah ke? Atau sebodoh pengarah HKL ke?
>  Saya sendiri pun tak 
> boleh jawab kerana saya bukanlah doktor pakar bedah
> saraf. Oleh itu samada 
> orang ramai maupun doktor-doktor Malaysia sebenarnya
> tidak tahu apa yang 
> mereka utarakan. Jika otak bengong di sebabkan UMNO
> maka doktor pakar 
> sepandai manapun tetap jadi bengong macam orang
> UMNO!
> Adakah kita semua telah mendengar pandangan
> pakar-pakar bedah saraf dalam 
> negara ini? Pakar bedah saraf dalam Malaysia ini
> boleh di kira dengan jari, 
> cubalah tanya pandangan Mr.Ahmad Khan, Mr. Johari,
> Mr.Abdul Muin, Mr. Jefry, 
> Mr. Ho, Prof. Ben, Mr. Halili dan yang lainnya.
> Jemput mereka duduk sebaris 
> semeja, dengar pandangan mereka, berapakah risiko
> untuk membedah penyakit 
> Anwar itu. Saya bukannya hendak merendahkan
> pakar-pakar negara kita itu, 
> malah mereka pernah menjadi pensyarah saya, dan jadi
> boss saya jadi saya 
> amat menghormati mereka. Setiap pakar ada tahap
> keupayaan masing-masing. 
> Dalam formula one pun ada tempat no.1, no.2 dan
> seterusnya. Jika saya naik 
> kereta dengan kelajuan 200km/jam, sudah pasti saya
> minta M.Schumacher atau 
> M.Hakinen memandu kereta itu kerana risiko
> kemalangan adalah rendah. Jika 
> naik motosikal tak semestinya M.Schumacher di tempat
> no.1 juga. Oleh itu 
> setiap orang ada ‘talent’ masing-masing. Maka kita
> perlu hormati kehebatan 
> ‘talent’ mereka itu untuk kehidupan manusia sejagat.
> Oleh itu tuduhan oleh Menteri Kesihatan dan beberapa
> doktor bengong UMNO itu 
> adalah karut dan sebaliknya menghina etika
> kedoktoran dan profesyen 
> perubatan serta hak pesakit. Jika kata-kata saya ini
> di sangkal, saya cabar 
> tunjukkan kepada saya siapakah doktor pakar bedah
> saraf dan pakar bius 
> Malaysia yang sanggup tampil ke depan untuk membedah
> Anwar? Jika Dr.Thomas 
> melakukan pembedahan di sini, siapakah doktor bius
> yang sanggup tampil ke 
> depan? Kenapa selama ini semua doktor membisu.
> Kerajaan dan UMNO jangan main 
> tarik tali, jangan bising riuh sekampung tapi habuk
> pun taraa! Bila suruh 
> buat nanti mulalah cari alasan itu ini. Hal anwar
> ini adalah amat spesifik 
> dan memerlukan kepakaran dan pembedahan berisiko
> rendah. Perkara Anwar ini 
> bukan boleh di rawat macam mekanik kereta, jika
> rosak lagi boleh datang lagi 
> dan tukar ‘spare part’ baru. Almaklum sekali sahaja
> rosak tisu saraf maka 
> kecacatannya adalah kekal seumur hidup.
> 
> Sekian dari saya.
> Dr.Yusof MD
> 
> TEKS UCAPAN JUNJUNG KASIH DI ATAS TITAH UCAPAN
> DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
> OLEH YB. ABD RAHMAN BIN YUSOF
> AHLI PARLIMEN KEMAMAN
> 
> ….
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Hari ini negara dibebankan dengan hutang yang amat
> meruncing. Pada 12hb. 
> Disember 2000, Yang Berhormat dari Kota Bahru
> menyoal Menteri Kewangan 
> berapakah jumlah hutang yang dibuat oleh sektor
> awam, swasta dan Kerjaan 
> Persekutuan didalam dan luar negara. Jawapan yang
> diberikan oleh Timbalan 
> Menteri Kewangan ialah pada akhir September 2000
> jumlah hutang yang dibuat 
> oleh sektor awam dan swasta di luar negara berjumlah
> RM156.9 billion 
> manakala di dalam negeri pula adalah sebanyak
> RM625.6 billion. Kerajaan 
> Persekutuan pula berhutang diluar negara berjumlah
> RM18.9 billion manakala 
> dalam negeri adalah sebanyak RM104.8 billion.
> Ini bermakna jumlah hutang sektor swasta dan awam
> didalam dan luar negara 
> ialah sebanyak RM782.5 billion manakala Kerajaan
> Persekutuan pula berjumlah 
> RM123.7 billion. Jumlah keseluruhan hutang yang
> dibuat oleh sektor awam, 
> swasta serta Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak
> RM906.2 billion dan ini 
> tidak termasuk lagi jaminan-jaminan yang dikeluarkan
> dan pinjaman-pinjaman 
> yang diberikan oleh bukan institusi kewangan seperti
> chettiar, "loan shark" 
> dengan izin dan sebagainya. Saya percaya hari ini
> jumlah hutang 
> keseluruhannya sudah mencecah atau melebihi RM1.0
> trillion. Saya ulangi 
> bukan MIILION, bukan BILLION tetapi satu TRILLION
> ringgit.  Bila kita sebut 
> trillion bermakna ada dua belas angka kosong selepas
> nombor didepannya. 
> (RM1,000,000,000,000).
> Kalau sekiranya kita mengambil kira penduduk negara
> berjumlah 20 juta orang 
> untuk memudahkan perkiraan ini bermakna setiap
> rakyat Malaysia berhutang 
> sebanyak lima puluh ribu ringgit (RM50,000) tiap
> seorang termasuk Tuan Yang 
> di Pertua sendiri. Jumlah ini tidak mungkin dapat
> dibayar oleh generasi 
> sekarang tetapi akan ditanggong oleh generasi akan
> datang. Bagaimana 
> generasi akan datang dapat mengharungi masa depan
> yang gemilang sedang 
> mereka sudah dibebankan dengan hutang yang begitu
> besar akibat daripada 
> penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dalam
> pelaksanaan Dasar 
> Pembangunan Nasional, kesilapan pelaburan serta
> krisis ekonomi Asia. Kualiti 
> hutang amat dicurigai dan sebahagian besar dijangka
> tidak dapat ditebus 
> kembali. Ini menyulitkan lagi usaha untuk mencapai
> kadar pertumbuhan ekonomi 
> yang diunjurkan.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Akhir-akhir ini kerajaan, sektor awam dan sektor
> swasta cukup gemar 
> membiayai keperluan kewangan mereka melalui
> pengeluaran bon. Terbaru ialah 
> pengeluaran bon oleh Putrajaya Holdings sebanyak
> RM3.2 billion untuk 
> membiayai pembangunan Putrajaya sedangkan Perdana
> Menteri cukup berbangga 
> dengan pembangunan Putrajaya yang akan hanya
> dibiayai oleh dana tempatan. 
> Dengan penerbitan bon ini apakah ia bermakna cakap
> Perdana Menteri tidak 
> boleh dipakai lagi atau memang bon ini hanya
> dipasarkan dipasaran tempatan 
> sahaja.  Sekiranya benar Institusi mana yang
> melanggani bon ini.
> Tenaga Nasional, Petronas, Danaharta dan pelbagai
> institusi lagi juga cuba 
> memasarkan bon dipasaran antarabangsa. Bagaimana
> sambutan pelabur-pelabur 
> luar terhadap bon-bon yang diterbitkan dari Malaysia
> sekarang ini. Berapa 
> jumlah bon yang telah diterbitkan oleh Kerajaan,
> sektor awam dan sektor 
> swasta baik di dalam maupun luar negeri. Dengan
> keadaan ekonomi negara yang 
> tidak menentu, prestasi syarikat yang merosot dan
> pertukaran wang asing yang 
> makin lemah bagaimana penerbit-penerbit bon ini
> dapat melunaskannya apabila 
> matang nanti. Apabila negara menetapkan kadar
> pertukaran wang asing untuk 
> US$1.0 bersamaan RM3.80 kebanyakan penerbit-penerbit
> bon hilang keupayaan 
> untuk menyelenggara dan melunaskan bon-bon mereka.
> Apa keupayaan mereka 
> sekiranya kerajaan terpaksa menurunkan lagi kadar
> pertukaran asing. Ini akan 
> melumpuhkan syarikat-syarikat yang membiayai
> keperluan kewangan mereka 
> melalui penerbitan bon yang berdominasi matawang
> asing.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Baru-baru ini Kumpulan Renong menjadualkan semula
> skim pelunasan bon yang 
> sudah matang. Tindakan ini menyebabkan pelabur asing
> tidak lagi yakin dan 
> berminat untuk melanggani bon-bon baru yang
> diterbitkan dari Malaysia. 
> Sebenarnya inilah perbuatan memburukkan negara
> diluar negeri bukannya 
> pimpinan Barisan Alternatif sepertimana yang selalu
> dituduh oleh pemerintah. 
> Apakah penerbit- penerbit bon yang lain akan
> mengalami nasib yang sama. 
> Berapa banyak lagi bon yang terpaksa dijadualkan
> semula pelunasannya dan 
> syarikat mana yang terlibat. Saya difahamkan bon
> yang diterbitkan oleh PLUS 
> akan matang pada Mei atau Jun ini. Apakah PLUS
> berupaya melunaskan bon ini. 
> Sekiranya tidak apakah kerajaan bercadang
> melaksanakan skim "Bail-out" 
> sekali lagi untuk menyelamatkan PLUS.
> Salah satu cara kerajaan mengabui mata rakyat akan
> kedudukan sebenar hutang 
> luar negeri ialah dengan mengklasifikasikan hutang
> dan bon dalam dominasi 
> matawang asing tetapi bayarannya dibuat dalam
> ringgit.  Kerajaan biasanya 
> mengklasifikasikan hutang sebegini sebagai hutang
> dalam negeri sedangkan ia 
> adalah sebahagian dari hutang luar negeri. Berapa
> jumlah hutang dan bon 
> dalam dominasi sebegini supaya rakyat dapat
> diperjelaskan kedudukan sebenar 
> hutang luar negara sekarang.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Baru-baru ini negara dikejutkan dengan satu berita
> bahawa Badan Pencegah 
> Rasuah berjaya memintas satu usaha oleh sekumpulan
> pegawai kanan Permodalan 
> Usahawan Nasional Berhad untuk memasarkan bon
> bernilai US$5.0 billion 
> bersamaan dengan RM19.0 billion dipasaran kewangan
> London.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> "This amount is too big for PUNB executives to
> stomach" dengan izin. Jumlah 
> ini terlalu besar untuk memberanikan pegawai-pegawai
> kanan PUNB 
> menerbitkannya tanpa arahan dari pihak atasan. Apa
> kelulusan yang sudah 
> diperolehi sehingga dapat dipasarkan dalam pasaran
> kewangan antarabangsa. 
> Apa status kes ini sekarang. Kenapa belum ada lagi
> penangkapan atau 
> pendakwaan terhadap mana-mana pihak. Apakah mereka
> mendapat perlindungan 
> dari pihak-pihak tertentu. Kenapa Menteri
> Pembangunan Usahawan, Menteri 
> Kewangan atau Perdana Menteri sendiri membisu
> mengenai kes ini sedangkan ia 
> melibatkan jumlah yang teramat besar dan sebuah
> institusi Bumiputera untuk 
> membantu mereka memperolehi modal supaya dapat
> mengembangkan lagi perniagaan 
> dan perusahaan mereka.
> Pelbagai tanggapan telah dibuat oleh masyarakat
> mengenai penerbitan bon ini 
> Ada menyatakan bahawa bon ini
> sudah berjaya dipasarkan dalam lingkungan US$1.0
> billion bersamaan dengan 
> RM3.8 billion. Apakah ini benar
> atau tidak. Jumlah RM19.0 billion ini mempunyai
> persamaan dengan keperluan 
> Kumpulan Renong untuk membuat
> "debt-restructuring exercise" dengan izin sebanyak
> RM20.0 billion. Ia juga 
> mempunyai persamaan dengan susutan
> nilai aset Permodalan Nasional Berhad sebanyak
> hampir RM24.0 billion yang 
> terpaksa ditanggong oleh lebih 4 juta
> pelabur bumiputera. Apakah bon ini akan digunakan
> untuk keperluan oleh salah 
> satu institusi ini atau apa tujuan
> sebenarnya bon tersebut diterbitkan
> Jadi saya mintalah diberi penjelasan yang benar dan
> ikhlas dan bukannya 
> jawapan politik sepertimana YB Menteri Kewangan
> menjawab isu MAS seolah-olah 
> beliau menjawab bagi pihak Tan Sri Tajuddin Ramli.
> Tindakan tegas perlu 
> diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba
> mengkhianati institusi PUNB untuk 
> kepentingan peribadi termasuk mana-mana pepimpin
> atau menteri sekiranya 
> mereka terlibat sekali.
> 
> Tuan yang di Pertua,
> Baru-baru ini Pengerusi Eksekutif Kumpulan Wang
> Simpanan Pekerja memberi 
> alasan bahawa KWSP membeli saham TimeDotCom sebagai
> kaedah untuk melunaskan 
> hutang sebanyak RM500 juta yang dipinjamkan kepada
> Time Enginering Berhad 
> tetapi tidak berupaya membayar balik hutang mereka.
> Sekiranya itulah alasan 
> yang diberikan kenapa pula Bank Pembangunan memberi
> pinjaman sebanyak RM800 
> juta kepada Time Engineering Berhad tanpa dikenakan
> faedah sebelum 
> TimeDotCom disenaraikan. Bagaimana Bank Pembangunan
> menilai 
> "credit-worthiness" dengan izin Time Engineering
> Berhad sehingga boleh 
> memberi pinjaman sebanyak RM800 juta sedang ia tidak
> berupaya membayar balik 
> hutangnya sebanyak RM500 juta kepada KWSP.
> Dengan kejatuhan harga saham TimeDotCom di BSKL
> apakah KWSP dapat balik 
> semua hutang yang dipinjamkan kepada Time
> Engineering Bhd. Bagaimana KWSP 
> boleh memberi pinjaman kepada syarikat swasta .
> Apakah ia mempunyai lesen 
> untuk memberi pinjaman. Apakah syarikat-syarikat
> lain boleh juga meminjam 
> dengan KWSP.  Berapa jumlah pinjaman yang telah
> dikeluarkan oleh KWSP kepada 
> syarikat swasta.
> Selain Time Engineering Bank Pembangunan juga
> memberi pinjaman kepada 
> Cyberjaya Holdings sebanyak RM300 juta, Putrajaya
> Holdings RM300 juta dan 
> banyak lagi tanpa dikenakan faedah. Saya nak tahu
> bagaimana Bank Pembangunan 
> membiayai pinjaman- pinjaman tersebut. Berapa banyak
> pinjaman yang telah 
> dikeluarkan oleh Bank Pembangunan tanpa dikenakan
> faedah. Siapa yang 
> menanggong kos pembiayaian sumber pinjaman tersebut.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Apa status muktakhir hutang syarikat Hottick
> Investment Incorporation 
> (sebuah syarikat yang didaftarkan di Hong Kong) yang
> dibeli oleh Danaharta 
> untuk menyelamatkannya dari diambil tindakan oleh 4
> buah Bank tempatan iaitu 
> Mayban, RHB Bank, Bank Bumiputera dan Bank of
> Commerce yang terpaksa 
> menanggong kerugian sebanyak RM3.2 billion akibat
> dari pinjaman yang 
> diberikan kepadanya untuk melabur dalam syarikat
> Philippine National Steel 
> Inc.
> Saya difahamkan bahawa Danaharta sudah menjual
> Philippine National Steel 
> Inc. dengan harga RM100 juta sahaja. Siapa yang
> membelinya. Adakah pembeli 
> ini tidak mempunyai kaitan dengan pemilik lama atau
> mereka merupakan proksi 
> kepada pemilik lama. Sekiranya mereka merupakan
> proksi ini bermakna satu 
> lagi skim "BAIL-OUT" dilaksanakan untuk mengabui
> mata rakyat dengan 
> menggunakan wang sebanyak RM3.1 billion ringgit
> daripada 4 buah bank yang 
> tersebut diatas.
> Perlu diingatkan bahawa bank-bank tersebut
> sebahagiannya dimiliki oleh 
> kerajaan. Ini bermakna rakyat menanggong beban
> kerugian akibat dari pinjaman 
> yang diberikan kepada Hottick Investment Inc. Apa
> tindakan yang boleh 
> diambil samaada oleh Danaharta, bank-bank yang
> tersebut diatas, kerajaan 
> atau rakyat untuk mendapat kembali wang-wang
> tersebut daripada Hottick 
> Investment Incorporation, pemiliknya atau
> penjaminnya.  Apakah bank-bank 
> tersebut dibenarkan mengambil tindakan atau mereka
> mendapat imuniti dari 
> Danaharta.
> Saya cadangkan sebuah Badan Siasatan Bebas
> ditubuhkan untuk menyiasat kes 
> ini demi kepentingan negara dan rakyat.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Akibat daripada pinjaman yang sebeginilah maka
> Petronas dipaksa 
> menyelamatkan Bank Bumiputera sebanyak lebih dari
> RM5.0 billion satu ketika 
> dahulu. Apa status equiti Petronas dalam pergabongan
> antara Bank Bumiputera 
> dengan Bank Of Commerce. Berapa peratus lagi equiti
> Petronas yang tinggal 
> dalam bank yang digabungkan iaitu Bumiputera
> Commerce Bank serta nilainya. 
> Apakah Petronas berupaya mendapat kembali wang yang
> dikeluarkan untuk 
> menyelamat Bank Bumiputera atau equiti Petronas
> sudah hangus sekarang .
> Selain dari Bank Bumiputera, Petronas juga digunakan
> untuk menyelamatkan 
> Konsortium Perkapalan syarikat milik anak Perdana
> Menteri sebanyak RM1.7 
> billion, Proton sebanyak RM2.0 billion. Berapa
> jumlah hutang yang terpaksa 
> ditanggong oleh Petronas dari kedua buah syarikat
> yang dibeli ini . Kita 
> tahu hutang yang ditanggong oleh MAS sebanyak RM10.0
> billion dan Indah Water 
> Konsortium sebanyak RM650 juta apabila di "bail-out"
> oleh kerajaan tetapi 
> tidak dari kedua buah syarikat yang di "bail-out"
> oleh Petronas ini. 
> Bagaimana prestasi kedua syarikat ini sekarang.
> 
> Tuan Yang di Pertua
> Penubuhan Danaharta dan Danamodal bukti wujudnya
> permasaalahan hutang di 
> Institusi kewangan negara yang jumlah terbesarnya
> dipinjamkan kepada 
> syarikat-syarikat kroni kepimpinan negara seperti
> Hottick Investment Inc., 
> Time Engineering, Kumpulan Renong dan sebagainya
> berjumlah 
> berbillion-billion ringgit . Hasilnya Bank
> Bumiputera dan beberapa buah bank 
> lagi lumpuh dan lingkup yang kebanyakannya dimiliki
> oleh kepentingan 
> kerajaan dan Bumiputera. Bank-bank kepunyaan bukan
> Bumiputera hari ini 
> mempunyai kedudukan kewangan yang begitu kukuh.
> Setakat ini Danaharta sudah membeli hampir atau
> melebihi RM50.0 billion 
> "non- performing loan" dengan izin dari Institusi
> kewangan negara. Berapa 
> jumlah sebenar yang sudah dibeli. Apakah Danaharta
> akan terus membeli atau 
> menghadkan pembeliannya. Sekiranya ada had berapa
> jumlahnya. Berapa jumlah 
> "non-performing loan" yang masih ditanggong oleh
> Institusi kewangan negara. 
> Apakah Institusi ini berupaya menanggong peningkatan
> "non-performing loan" 
> yang begitu ketara sekarang.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Pada sesi parlimen yang lepas saya ungkitkan isu
> pembelian MBf Finance 
> Berhad oleh Danamodal dengan harga RM1.6 billion dan
> kemudiannya menawarkan 
> 60 peratus daripadanya bernilai RM960 juta kepada
> Multi Purpose Bank anak 
> syarikat Malaysian Plantation Berhad dengan harga
> RM480 juta iaitu diskaun 
> 50 peratus. Malaysia Plantation Berhad sekarang ini
> sudah dikuasai oleh 
> syarikat milik keluarga Menteri Kewangan selepas
> "restructuring exercise" 
> yang dibuat baru-baru ini.
> Semasa mesyuarat agong luar biasa Malaysian
> Plantation Berhad mereka menolak 
> tawaran Danamodal dengan alasan harganya terlalu
> mahal. Selang beberapa hari 
> kemudian Danamodal mengeluarkan kenyataan bahawa
> mereka membeli MBf Finance 
> Bhd kerana ada perjanjian dan jaminan yang dibuat
> oleh Multi Purpose Bank 
> untuk membelinya.
> Bagaimana Danamodal boleh membeli MBf Finance Bhd
> dengan jaminan akan dibeli 
> oleh Multi Purpose Bank dengan diskaun 50 peratus .
> Kemudian dengan diskaun 
> 50 peratus ini pun mereka menolak dengan alasan
> harganya terlalu mahal. 
> Apakah ini bermakna Danamodal membeli MBf Finance
> Berhad dengan harga 
> terlampau mahal. Bagaimana Danamodal menilai harga
> yang dibeli atau apakah 
> mereka diarah membeli dengan harga tersebut.
> Bagaimana Danamodal boleh 
> menawar diskaun 50 % kepada syarikat yang melibatkan
> kepentingan keluarga 
> Menteri Kewangan. Saya harap penyiasatan dibuat
> terhadap penyelewengan ini.
> Apa status MBf Finance Berhad sekarang. Apakah
> Danamodal mendapat pembeli 
> lain atau masih gagal. Berapa hutang tertunggak MBf
> Finance Bhd yang 
> terpaksa ditanggong oleh Danamodal apabila
> membelinya.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Kerajaan bercadang mengambilalih sistem pengangkutan
> massa atau "mass 
> transit system" termasuk sistem LRT dan STAR yang
> mungkin melibatkan 
> penggunaan wang kerajaan sebanyak RM7.0 billion.
> Syarikat pengendalian 
> sistem pengangkutan ini terpaksa di "BAIL-OUT"
> kerana menghadapi masaalah 
> kewangan dan ketidakupayaan untuk menyelenggara
> hutang-hutang yang 
> ditanggong mereka. Berapa jumlah hutang-hutang yang
> tertunggak oleh 
> syarikat-syarikat ini.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Saya ungkitkan isu hutang dan bon ini untuk
> memperingatkan kerajaan bagi 
> pihak generasi yang akan menanggong akibatnya dimasa
> hadapan. Sekiranya 
> hutang dan penerbitan bon tidak dikawal dari
> sekarang maka negara akan 
> mengalami nasib yang sama seperti Russia. Apabila
> Russia menjadi ekonomi 
> terbuka maka berlumba-lumbalah kerajaan, syarikat-
> syarikat awam dan swasta 
> berhutang untuk membiayai projek-projek yang
> kebanyakannya menjadi "gajah 
> putih" sepertimana yang berlaku di Malaysia sekarang
> ini. Bank-bank tempatan 
> digunakan untuk membiayai projek-projek yang mana
> golongan elit pemerintah 
> mempunyai kepentingan sama seperti yang berlaku di
> Malaysia. Bank-bank ini 
> semuanya sudah lingkup akibat kegawatan ekonomi yang
> berterusan sama seperti 
> bank Bumiputera dan beberapa buah bank lagi di
> Malaysia.
> Apabila bank-bank tidak dapat lagi menampong
> permintaan pinjaman yang 
> terlalu banyak dan besar maka diterbitlah bon-bon
> yang pada mulanya 
> dipasarkan di pasaran kewangan antarabangsa. Apabila
> pelabur antarabangsa 
> tidak lagi berminat dengan bon terbitan dari Russia
> yang menuntut pulangan 
> begitu tinggi kerana berisko tinggi maka rakyat
> tempatan digalakkan melabur 
> dalam pasaran bon melalui penerbitan bon yang
> dikhaskan hanya untuk rakyat 
> mereka seperti bon jangka pendek GKO dan jangka
> panjang OFZ. Di Malaysia 
> rakyat membeli bon melalui dana-dana kepunyaan
> mereka seperti KWSP, Tabong 
> Amanah Pencen, Tabong Haji, LTAT, PNB, Amanah-amanah
> saham Negeri seperti 
> ASDI, ASJ dan sebagainya tanpa disedari oleh mereka.
> Apabila bon-bon ini tidak dapat dilunaskan maka bon
> baru diterbitkan untuk 
> melunaskan bon yang lama dengan kadar pulangan yang
> makin meningkat dari 
> masa ke semasa untuk terus menarik minat pelabur
> sehingga ke satu tahap 
> bon-bon ini ditawarkan dengan pulangan sehingga 200
> peratus. Pada satu 
> ketika Russia terpaksa menerbitkan bon berjumlah
> hampir RM5.0 billion setiap 
> minggu untuk membiayai pelunasan bon-bon GKO dan OFZ
> yang matang setiap 
> minggu.
> Hari ini bon-bon tersebut tidak bernilai lagi dan
> rakyat menjadi bankrap 
> kerana ekonomi Russia tidak pulih hingga sekarang
> kerana menanggong terlalu 
> banyak hutang. Apabila mendapat tekanan dari rakyat
> yang tidak berpuas hati 
> dengan pemerintahan negara Presiden Yeltsin akan
> menukar Perdana Menteri 
> baru dan menyalahkan Perdana Menteri sebelumnya atas
> permasaalahan yang 
> timbul. Di Malaysia tidak ada Presiden, tetapi
> Timbalan Perdana Menteri 
> selalu kena tukar dengan pelbagai tuduhan dan
> alasan. Jadi Timbalan Perdana 
> Menteri sekarang jangan fikir kedudukan beliau
> selesa sangat. Perangai 
> pemimpin yang sudah lanjut usia ini kronik sedikit.
> Saya bimbang sekiranya bon-bon yang sudah
> diterbitkan tidak dapat dilunaskan 
> apabila matang kerajaan akan "bail-out" melalui
> penerbitan bon-bon baru dan 
> memaksa dana-dana tempatan kepunyaan rakyat seperti
> KWSP, Petronas, PNB, 
> Tabong Amanah Pencen dan sebagainya melangganinya.
> Di waktu itu rakyat mesti 
> bersedia menghadapi masa depan yang cukup gelap
> sepertimana yang berlaku di 
> Russia hari ini sedang mereka yang bertanggongjawab
> mungkin tidak berkuasa 
> lagi.
> Saya harap saranan saya mendapat perhatian yang
> sangat serius oleh 
> pemerintah sebelum kejadian terburuk berlaku kepada
> negara.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Apa status ucapan, perbahasan, perdebatan dan
> persoalan yang diungkitkan 
> didalam parlimen bagi Badan Pencegah Rasuah.
> Pelbagai pembongkaran 
> penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah
> dilakukan oleh para Yang 
> Berhormat tetapi tidak adapun tindakan susulan yang
> dibuat oleh mereka. 
> Apakah para Yang Berhormat perlu membuat laporan
> polis lagi sekiranya mereka 
> sudah membongkar didalam parlimen ini. Tidak
> cukupkah dengan kenyataan rasmi 
> dan hansard parlimen yang dikeluarkan setiap kali
> parlimen selesai bersidang 
> diambil sebagai rujukan.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Ada seorang hamba Allah yang pada satu ketika dahulu
> suara dan kedudukan 
> beliau amat dihormati dan disegani didalam Dewan
> yang mulia ini. Perjuangan 
> dan keperihatinan beliau terhadap rakyat bawahan
> disanjungi sejak di kampus 
> universiti lagi. Beliau menjadi idola pimpinan
> generasi muda. Suara dan 
> semangat perjuangan beliau terus berkumandang dan
> bergentanyangan bebas 
> walaupun jasad beliau terpenjara. Jasa beliau
> dikenangi rakyat di seluruh 
> pelusuk dan ceruk negara dan di hormati di seluruh
> dunia. Beliau 
> disingkirkan dari Dewan yang mulia ini dan
> dipenjarakan kerana tidak lagi 
> sehaluan dengan kepimpinan tertinggi negara.
> Tindakan terhadap beliau 
> dikesali oleh setiap insan yang prihatin erti
> keadilan.
> Hari ini beliau terlantar dihospital dan memerlukan
> pembedahan pakar. 
> Kesakitan beliau hidapi disyaki akibat pukulan tidak
> berperi kemanusiaan 
> oleh bekas Ketua Polis Negara. Saya merayu kerajaan
> memberi segala kemudahan 
> dan bantuan yang diperlukan untuk memastikan
> kesakitan beliau dapat diubati. 
> Sekiranya kemudahan di Hospital Besar Kuala Lumpur
> tidak mencukupi berilah 
> peluang dibedah di hospital pilihan pakar. Sekatan
> menggunakan hospital 
> selain HBKL perlu dilonggarkan. Sekiranya pembedahan
> perlu dilakukan diluar 
> negara izinkanlah. Jika diperlukan jaminan saya rela
> menggantikan tempat 
> beliau di penjara Sungai Buloh. Apa yang dipinta
> tidak melampaui hak seorang 
> rakyat yang terjamin dalam perlembagaan negara. Jasa
> beliau kepada rakyat 
> dan negara amat besar dan perlu diambil perkiraan.
> Kesakitan jangan di ambil 
> kesempatan untuk menderakan lagi seorang insan yang
> teraniaya.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Saya tertarik dengan luahan yang dibuat oleh Ketua
> Pengarang Berita Harian 
> semasa perjumpaan para wartawan dengan Menteri
> Perpaduan Negara dan 
> Kebajikan Masyarakat baru-baru ini. Menurut beliau
> pergaduhan kaum dapat 
> dibendung dengan lebih berkesan sekiranya media
> dibenarkan menyalurkan 
> maklumat yang tepat dan cepat.  Didalam peristiwa di
> Kampong Medan media 
> terpaksa menunggu beberapa hari sebelum kenyataan
> dan cerita rasmi dapat 
> disiarkan.
> Begitu juga dengan pandangan Ketua Pengarang Utusan
> Malaysia yang merasa 
> kesal dengan cara pihak berkuasa menangani
> penyaluran maklumat untuk 
> disiarkan. Beliau menyarankan sesuatu perlu
> dilakukan untuk meyakinkan 
> kredibiliti berita yang disiarkan.
> Ketua Pengarang New Straits Time pula menyatakan
> "media tidak dapat 
> menyiarkan Kebenaran disebabkan beberapa sekatan dan
> halangan yang 
> dikenakan. Media dijadikan alat untuk membuat
> "window-dressing" dengan izin. 
> Oleh kerana media terlampau banyak "downplay issues"
> dengan izin untuk 
> mematuhi arahan maka media kehilangan kredibilti.
> Kredibilti media 
> dipersoalkan sama seperti institusi kehakiman,
> polis, ahli politik dan juga 
> ulamak. Ini menyebabkan rakyat Malaysia lebih
> beminat untuk mendapat berita 
> dari Internet sebagai media alternatif.
> Permasaalahan perkauman tidak 
> sepatutnya disorok dan media patut dibenarkan
> melapor kebenaran.
> Ini adalah diantara luahan perasaan kekecewaan
> diatas pengongkongan media 
> oleh kerajaan yang dibuat oleh wartawan-wartawan
> kanan media pro-kerajaan 
> sendiri. Saya tak nak sebutlah luahan perasaan dari
> wartawan pro-pembangkang 
> sebab mereka tak ada suratkhabar harian dan juga
> kerajaan akan beranggapan 
> memang begitulah pandangan wartawan pro-pembangkang.
> Dalam masa wartawan-wartawan ini meluahkan
> kekecewaan terhadap pengongkongan 
> terhadap media Pemuda UMNO pula membuat laporan
> polis terhadap media asing 
> yang menyiarkan berita mengenai peristiwa berdarah
> di Kampong Medan. Menteri 
> Dalam Negeri pula menyekat penjualan majalah Far
> Eastern Economic Review. 
> Dimana letaknya kebebasan media di Negara ini.
> Bagaimana negara dapat menjadi sebuah negara
> berteknologi maklumat sedangkan 
> keperluan asasnya dibendong.  Saya harap kerajaan
> melakukan sesuatu yang 
> bermakna terhadap luahan wartawan-wartawan ini.
> Walaupun kita kena bantai 
> setiap hari oleh akhbar mereka, ini tidak bermakna
> kita tidak simpati dengan 
> keperluan negara untuk penyiaran maklumat yang
> berlandaskan kebenaran.
> Saya harap juga para wartawan tidak membuat
> "self-censorship". Saya 
> difahamkan mereka membuat "self-censorship" kerana
> kecewa banyak laporan 
> mereka dieditkan atau tidak akan disiarkan. Untuk
> tidak membazir masa mereka 
> melakukan "self-censorship" terutamanya isu yang
> diungkitkan oleh ahli-ahli 
> parlimen Barisan Alternatif seperti saya.
> Saya harap akhbar-akhbar lebih bertanggongjawab
> dalam laporan mereka. Jangan 
> melakukan penganiayaan sepertimana yang berlaku
> terhadap Sdr. Ezam Mohd Nor, 
> Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional. Beliau ditahan
> didalam lokap polis 
> selama 8 hari diambang Hari Raya Adha kerana laporan
> polis yang tidak 
> bertanggongjawab yang dibuat oleh Pemuda UMNO dan
> polis keatas berita yang 
> di laporkan oleh Mingguan Malaysia. Apabila dibawa
> ke mahkamah beliau 
> didakwa diatas pertuduhan yang tidak ada kena
> mengena pun dengan berita yang 
> dilaporkan. Inilah tahap kebebasan media dan
> keadilan yang dilaksanakan 
> dalam negara kita. Saya minta Menteri Dalam Negeri
> memberitahu apa tindakan 
> yang sudah dibuat terhadap pelbagai laporan polis
> yang di buat oleh 
> pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif dan NGO.
> Setakat ini tidak ada berita 
> samaada penyiasatan atau penangkapan dibuat
> sedangkan tindakan kilat dibuat 
> apabila laporan polis diterima dari
> pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
> 
> Tuan Yang di Pertua,
> Akhir-akhir ini senario peristiwa 13 Mei 1969 mula
> dicanang semula. Pemimpin 
> negara sengaja memainkannya untuk menekan "Budaya
> Takut" dan melaksanakan 
> "pseudo unity" atau perpaduan pura-pura. Akibatnya
> berlakulah peristiwa 
> berdarah yang menyayat hati dan memalukan negara di
> Kampong Medan, Kelang 
> sebuah kampong yang penuh dengan kemiskinan dan
> kealpaan dikelilingi oleh 
> bandar-bandar mewah Petaling Jaya, Bandar Sunway,
> Kelana Jaya dan Subang 
> Jaya.
> Tidak jauh dari kampong ini pemimpin kita sibuk
> dengan pembangunan Kota 
> Putrajaya, sebuah kota yang diberi nama jolokan
> "Kota Pintar Dibawah Sinaran 
> Cahaya" dengan segala kemewahan dan kemegahan yang
> menelan belanja 
> berbillion ringgit siap dengan mahligai-mahligai
> yang dikelilingi tasek 
> indah sedang rakyat yang berjiranan dengan mereka
> menanggung keperitan 
> kemiskinan. Inilah keprihatinan pemimpin negara
> terhadap kebajikan dan 
> permasaalahan yang dihadapi oleh rakyat. Tak usah
> menuding jari kepada 
> sesiapa untuk lari dari tanggongjawab mereka
> terhadap tragedi ini. Saya 
> syorkan supaya sebuah Badan Siasatan Bebas
> ditubuhkan untuk mengenal pasti 
> punya sebenar berlakunya peristiwa berdarah ini.
> Dengan itu saya sekali lagi menjunjung kasih di atas
> titah ucapan ke bawah 
> DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
> Sekian,
> 
> YB Abd Rahman Bin Yusof
> Ahli Parlimen Kemaman
> 
> 
>
_________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
> http://www.hotmail.com.
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke