Assalamualaikum

InsyaAllah, semoga dapat amal dan sampaikan.

Diceritakan dari Nabi SAW, Sabda baginda: 
"Barang siapa yg sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka 
Allah memberinya pahala sama dgn pahala yg diberikan kepada Nabi Ayub 
kerana sabar atas percubaanNya."

Sabda baginda lagi "Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah 
suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi 
pakaian jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak 
boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya 
kecuali dlm tempat tidur (ketika dia membangkang)"

Allah berfirman, " Dan gaulilah mereka (isterimu) dgn cara sebaik-
sebaiknya." (an-Nisa, 19)

Diceritakan dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda pada waktu haji 
wadak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjungiNya 
serta menasihati para hadirin yg maksudnya:
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada 
para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dpt diumpamakan kawanmu yang 
berada disampingmu. Kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka 
selain dari berbuat baik kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan 
perbuatan yg keji yg jelas (membangkang atau tidak taat) maka 
tinggallah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dgn 
pukulan yg tidak melukai. Kalau isteri itu taat kepadamu, maka 
janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! 
Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap dirimu. Kemudian 
kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh 
mengizinkan masuk org yg kamu benci. Ingatlah! Kewajipan terhadap  
mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dalam soal pakaian dan 
makanan mereka."

Nabi SAW bersabda yg maksudnya " Siapa saja seorang lelaki yg 
mengahwini perempuan yg mas kawin sedikit atau banyak sedangkan dlm 
hatinya ia berniat untuk tidak memberikan hak perempuan tersebut (mas 
kawin) kepadanya, maka ia telah menipunya, kemudian ia meninggal 
dunia, sedang ia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya, maka ia 
akan mengadap Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan berzina".

Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang 
paling sempurna imannya ialah mereka yg baik budi pekertinya dan 
mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-
anak dan kaum kerabat)"

Sabda Nabi SAW, "Takutlah kepada Allah dlm memimpin isterimu, kerana 
sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada disampingmu, 
barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak 
mengajarkan agama kepadanya, maka ia tidak berkhidmat kepada Allah 
dan Rasulnya."

Sabda Nabi SAW " Tidak ada seorang yang menjumpai Allah SWT dgn 
membawa dosa yang lebih besar daripada seorg suami yg tidak sanggup 
mendidik keluarganya "

Wallahu'alam



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-~>
Make good on the promise you made at graduation to keep
in touch. Classmates.com has over 14 million registered
high school alumni--chances are you'll find your friends!
http://us.click.yahoo.com/03IJGA/DMUCAA/4ihDAA/xkUVlB/TM
---------------------------------------------------------------------_->

~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
Untuk melanggan Group Keluarga, Edisi & Sutera , sila hantar
e-mail kosong (blank e-mail) kepada:
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
KELUARGA:
Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
List owner:  [EMAIL PROTECTED]
URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Keluarga

 

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 




Kirim email ke