*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Online Backup Dan Microsoft Backup 1
====================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Catatan nota Haris 9 Apr 2001

Satu perkara yang menarik bila membaca kertas putih
daripada http://www.backup.com/

" Online Data Backup For Personnel Computers and Laptops "

2000 Laptop dicuri setiap hari.
72 % perniagaan yang kehilangan data-data penting
akan gulung tikar dalam masa 24 bulan.
Kesilapan manusia merangkumi 32% daripada sebab-sebab
kehilangan data.
Cakera Keras (Hard-disk) rosak setiap 15 saat,

-------------

Online Backup atau dalam bahasa kita adalah menyalin
fail di satu tempat atau server di Internet, mula menjadi
satu penyelesaian kepada kita pengguna di rumah.

Adalah satu yang tidak praktikal untuk membeli alatan
tape yang boleh memakan belanja sehingga ribu ringgit
untuk membuat salinan data-data applikasi yang mungkin dalam
puluh MB dan mungkin dilakukan sebulan sekali.

Yang Haris boleh cadangkan untuk alatan "backup"
adalah Zip drive. Dengan kapasiti zip disk 100MB dan
250MB maka ia satu yang pratikal untuk dijadikan
alatan mula untuk membuat backup di rumah.

Namun duit menentukan belian kita. Online backup
boleh menjadi penyelesaian sementara kita mendapatkan
perkakas yang sesuai. Hendak simpan pada disket
dengan kapasiti HD hanya 1.44 MB, agak sukar untuk
menyimpan data-data yang besar.

Lagipun disket tidak boleh dipercayai ketahanannya
untuk simpanan jangka panjang dan penggunaan berulang.

Timbul pula masalah disini. Sambungan Internet kita
disini tidak menentu. Kebanyakan pengguna pula
menggunakan modem 56K yang jarang dapat sambungan
yang baik. Maka Online backup masih tidak sesuai
untuk fail-fail besar. Online backup hanyalah sesuai
untuk pengguna ISDN.

Namun begitu kita boleh ambil yang terbaik antara
kedua-dua ini. Online backup dan disket 1.44MB.

Bagi pengguna Windows ada satu utiliti backup
yang didatangkan sekali dengan Windows. Mungkin
tidak dipasang. Untuk memasangnya.

Start -> Setting -> Control Panel -> Add/remove programs
-> Windows Setup -> System Tools.

Pilih BACKUP.

Anda akan mendapat applikasi BACKUP dibawah system tools.
Nota Haris ini berkenaan backup dibawah Win98 ke atas.
Applikasi Backup ini adalah lesen daripada SeaGate.

Dapatkan juga applikasi zip seperti winzip dan power zip.
Kita akan gunakan applikasi Zip untuk menyatukan dan
mengecilkan fail-fail kita yang akan disimpan di Internet.

---------------

Kita kena asingkan fail-fail yang penting bagi kita dalam
2 ketegori. Yang kita mahu ia berada di Internet dan yang
kita mahu simpan dalam disket.

Yang kita mahu simpan di Internet, mungkin salinan fail-fail
DOC, PPT dan XLS. (Microsoft Words, Power Point dan Excel).
Jika kena ancaman virus sukar untuk kita mendapatkan
salinannya dan nyawa bagi kerjaya dan perniagaan kita.

Kita boleh beban naik satu persatu fail-fail kita atau kita
ZIP kan fail-fail itu dalam satu fail zip.

Kita cuba buat fail zip itu sebesar 6MB setiap satunya.
Jika fail-fail itu kita zip besarnya dalam 12MB, pecahkan
kepada 2 fail zip 6MB setiap satu.

Ini akan memudahkan rendah-beban kerana bagi sambungan
sekitar 33.6, ia mungkin memakan masa lebih sejam. Ini
menyenangkan kita untuk beban naik secara berperingkat. 

Haris senang salin satu-persatu kerana jika Haris mahu
satu fail Haris boleh pilih mana yang Haris hendak.

Haris masih tetap zip fail-fail yang ada untuk tujuan
lindungan virus. Setakat ini tiada virus yang menyerang
fail-fail zip. Harapannya tidaklah.

Laman-laman ini menyediakan kemudahan simpanan fail-fail
di Internet. Haris baru uji http://www.freedrive.com/ dan
http://www.xdrive.com/

Kedua-dua ini mempunyai keistimewaan masing-masing.

Yang penting bagi Haris kedua-dua ini menyediakan satu
applikasi yang memudahkan kerja-kerja salinan.

Applikasi ini, apabila dipasang akan membolehkan kita
melihat ruang simpanan kita di Internet seperti
satu drive di PC kita. Kita hanya pilih fail-fail
yang kita mahu daripada harddisk kita, contohnya C dan
COPY dan PASTE ke drive ruang simpanan Internet kita
contohnya X drive.

Yang lain akan diuruskan oleh applikasi itu tadi.
Applikasi ini akan membuat sambungan, padatkan
data-data untuk sambungan Internet kita dan hantar ke
ruang simpanan kita. Tujuan data-data dipadatkan adalah
untuk mempercepatkan beban-naik data.

Untuk mendapatkan semula fail-fail salinan kita tadi
kita tuju ke X drive kita tadi COPY dan PASTE semula
ke drive C. Mudahnya untuk beban-turun data-data kita.

Pastikan juga bila pilih fail-fail kita, jangan pilih
dengan jumlah saiz yang besar. Hadkan dalam 6MB sekali
pilih seperti cadangan Haris dengan fail-fail zip.

--------


Setakat sahaja untuk nota Haris hari ini. Esok Haris
sambung bagaimana untuk menggunakan BACKUP dalam Win98.

Lindunglah data anda.

Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Wassalam.

: )


---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital.

---------



-- 

http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke