http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001041009.php3
Title: N E W S - 3 pemimpin reformasi ditahan, TPM nafi di bawah ISA


Frontpage
News
Editorials
Columns
Letters
Foreign
RentaKini
Search

Search: Yesterday2 days ago3 days ago4 days ago5 days ago6 days ago7 days agoSearch archive
HEADLINES

11th Apr 2001

5 ditahan di bawah ISA, Norian sahkan tiga nama


10th Apr 2001

Police nab reformasi 3, DPM denies under ISA

3 pemimpin reformasi ditahan, TPM nafi di bawah ISA

S’wak deportee ‘critical of gov’t ', says deputy minister

Crony companies' bailouts costly: economist

Isu rawatan Anwar dibentang di Dewan Rakyat Selasa depan

Purple people poem generic, says Rajendra

Tamil schools, sacrificial lambs of a political agenda

M’sian dotcoms find out life ain’t no bed of hibiscuses

Amin ugut ahli Ma’unah dengan ‘pedang terbang’: saksi

Scrap public drinking ban, Terengganu told

US worried about Philippine rebels in Malaysia

Sabah islands safe, says Najib

No-show Ling sparks kerfuffle in the House

Let’s not jump the gun on diplomatic ties

Web-based ideologies a threat, says Abdullah





Malaysiakini
RIGHTARROW.gif (70 bytes)

About Us

RIGHTARROW.gif (70 bytes)

Meet the team

RIGHTARROW.gif (70 bytes) Scoops
RIGHTARROW.gif (70 bytes) Awards
RIGHTARROW.gif (70 bytes) Soros Controversy
RIGHTARROW.gif (70 bytes)

Accounts 2000

Contact Us

No 2- 4,
Jln Bangsar Utama 9, 
59000 Kuala Lumpur

T: 03 - 2283 5567
F: 03 - 2289 2579

[EMAIL PROTECTED]

See Map
Independent  Media Fund Banner
RIGHTARROW.gif (70 bytes)

A fund for independent media

RIGHTARROW.gif (70 bytes)

About the Fund

RIGHTARROW.gif (70 bytes) We now accept Credit Card Contributions
Advertise
RIGHTARROW.gif (70 bytes)

10 reasons to promote your products online

RIGHTARROW.gif (70 bytes)

Malaysiakini's Edge

RIGHTARROW.gif (70 bytes) Our Rates
RIGHTARROW.gif (70 bytes) How to Advertise
Job Vacancies
RIGHTARROW.gif (70 bytes)

Malaysiakini

 

NEWS

Print version of this story

Tuesday April 10

3 pemimpin reformasi ditahan, TPM nafi di bawah ISA
Leong Kar Yen, Ng Boon Hooi dan Susan Loone

5:17pm, Tue: breaking news Tiga pemimpin reformasi yang menganjurkan perhimpunan Sabtu ini sempena ulang tahun kedua hukuman penjara terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis petang tadi.

Tangkapan ini dipercayai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikannya.

Naib Presiden Parti Keadilan Nasional Tian Chua ditangkap di pejabatnya di Bangsar pada 5.15 petang.

Pengerusi Jawatankuasa ‘Memorandum Rakyat 14 April,’ Saari Sungib ditahan di rumahnya di Ampang, Selangor kira-kira sejam selepas itu.

Apabila dihubungi jam 5.30 petang, Saari memberitahu malaysiakini bahawa beberapa pegawai polis telah menunggu beliau di tingkat bawah rumahnya.

Kira-kira jam 5 petang, aktivis reformasi dan penulis kolum malaysiakini Hishamuddin Rais ditangkap di pejabatnya di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Beliau dibawa oleh sekumpulan pegawai polis berpakaian biasa yang datang dengan dua buah kereta.

Menurut sumber yang rapat dengan Saari dan Tian, dua pemimpin reformasi itu ditahan di bawah ISA dan dipercayai dibawa ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.

Menurut seksyen 8 akta itu, seseorang boleh ditahan tanpa bicara lebih daripada dua tahun sebagai langkah kawalan awal (preventive measure) jika disyaki boleh mengancam keselamatan negara.

Sementara itu, Abdullah memberitahu wartawan di lobi bangunan Dewan Rakyat bahawa beliau belum menerima sebarang maklumat berhubung tangkapan itu.

Tidak perlu waran tangkap

Abdullah, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau belum menandatangani sebarang arahan untuk menahan ketiga-ketiga aktivis pembangkang itu di bawah ISA.

“Untuk ISA, Menteri Dalam Negeri mesti menurunkan tandatangan,” katanya petang tadi.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Tian berkata pemimpin Keadilan itu ditahan di pejabatnya di Lucky Garden oleh lapan orang pegawai polis.

“Tian meminta mereka menunjukkan waran tangkap tetapi diberitahu oleh seorang DSP bernama Lam bahawa polis tidak memerlukan waran kerana tangkapan itu dibuat di bawah ISA,” kata sumber itu.

Beliau bertambah, Tian dibawa di dalam sebuah kereta Proton Wira dengan nombor pendaftaran WHP 862.

Isteri Saari, Aliza Jaafar memberitahu malaysiakini, sembilan pegawai polis tiba di rumahnya kira-kira jam 5.20 petang.

“Saari sedang mandi di tingkat atas. Apabila dia turun ke bawah, seorang pegawai polis yang bernama Samsuddin memberitahu bahawa Saari ditangkap di bawah seksyen 8 akta ISA,” kata Aliza.

Tambahnya, polis juga mencari maklumat dalam komputer Saari dan menggeledah kabinet almari di ruang tamu sebelum membawa Saari ke dalam kereta Proton Wira bernombor WH 5331.


Gathering, memo to mark Anwar’s judgment day

Last modified:Tuesday April 10, 10:21 pm


Print version of this story

Reply via email to