*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Online Backup Dan Microsoft Backup 2
====================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Catatan nota Haris 11 Apr 2001

Nota Haris sebelum ini berkisar tentang
penggunaan "Online Backup". Haris sambung semula
nota ini dengan penggunaan applikasi "Backup" yang
sememangnya datang dengan Win95/98/ME.

Ada perbezaan antara "Backup" dalam Win95 dan
Win98. Dari segi Applikasi dan juga cara penggunaan.
Cara penggunaan ada perbezaan sedikit.

Untuk nota ini, Haris akan gunakan Backup Win95 sebagai
contoh utama. Haris juga akan selitkan contoh untuk
backup dalam Win98.

Selalunya applikasi backup tidak dipasang, anda boleh
rujuk nota sebelum ini untuk keterangan memasangnya.

Dapatkan applikasi Backup di Start -> Programs ->
Accessories -> System Tools -> Backup

Anda akan dapat 'Welcome Screen". Click OK. Bagi Win98
pula anda akan dapat Wizard. Pilih Close.

Untuk penggunaan kali pertama, anda akan diberitahu
"backup device not found". Anda akan diminta untuk
menjalankan Wizard untuk mencarinya. Cancel sahaja
pilihan ini. ( Mungkin NO. Haris lupa lak).

Dalam Win95, anda akan diajukan dengan pemberitahuan
"Full Backup List Set Created". Click OK.

Anda akan dapat Windows yang terdiri dalam 2 bahagian.
Haris panggil pane. Sebelah kiri dan kanan.

Sebelah kiri selalunya bermula dengan kandungan PC
seperti mana kita lihat diatas Desktop. Sebelah kanan
pula adalah terperinci apa yang kita pilih daripada
sebelah kiri.

Untuk Win95.
Kita periksa dahulu bahagian Setting -> Options. Pilih tag
backup. Pastikan. "Type Of Backup" adalah FULL.
(Ditandakan). Pada bahagian Advanced Options pula
pilihan pada "Verify After Backup", "Used Data
Compression" dan "Always Erase On Floppy Disk".

(Amaran. Ini bermakna fail-fail dalam disket jika
ada akan digantikan dengan fail backup sahaja).

Tujuan "FULL" backup adalah untuk memastikan
semua fail akan disalin. Untuk pengetahuan, backup ini
ada pelbagai jenis. Full, Incremental, Daily, Partial.
Ada juga Hot backup dan Cold backup. Kalau hendak
cerita boleh buat buku.

Media untuk backup adalah penting. Untuk pengguna
biasa macam kita ini, disket adalah pilihan yang ada.

Haris suka disket yang pelindungnya yang keras. Sebelum
kita guna disket itu, pastikan kita lakukan full format.

Masukkan disket, dalam My Computer, Click butang mouse
kanan dan pilih Format. Pastikan pilihan Full Format.

Atau pada Dos prompt gunakan arahan format a: /u

Full format akan memeriksa jika ada bad block pada
disket. Sekiranya ada ia akan tandakan supaya ia
tidak digunakan.

(Amaran. Anda akan kehilangan fail dengan format. Hati-hati
jangan terformat C: FORMAT DISKET A: sahaja).

Berbalik kepada "Options" bagi Win98, ia terletak disebelah
kanan bawah sekali. Option ini hanya untuk "Backup".

Pada ruang General, pastikan anda memilih "Maximum
Compression To Save Space" dan pada ruang "If this
media already contain backups". Pilih OVERWRITE

Tidak seperti Win95, Backup Win98 tidak mempunyai pilihan
erase fail-fail dalam disket. OVERWRITE disini hanya
akan erase fail backup yang sama nama sahaja.

(Kena hati-hati juga).

Pada bahagian Password pula, anda boleh memilih
sama ada mahu letakkannya atau tidak. Haris cadangkan
letakkan password. Jangan terlupa password. Tiada
cara untuk dapatkan ia semula. Salin password
ditempat yang selamat. ( Bagi Win95, password akan
ditanya waktu mula backup. Tiada dalam options).

Pada bahagian Type, pasti pilihan pada all selected
files.

Pada bahagian exclude, anda boleh exclude atau kecualikan
fail-fail dengan extension TMP ( .tmp ). Fail-fail
tmp adalah fail sementara yang dihasilkan oleh applikasi
Windows. Dalam bahagian ini pilih add dan kemudian Custom.
tambah perkataan TMP.

Pada bahagian Reports, tandakan semua. Jika ruang harddisk
menjadi masalah, buang pilihan "List All Files That 
Were Backup".

Pada bahagian Advanced. Pilih "Backup Windows Registry".

Untuk membuat backup kita perlu memilih folder mana yang
kita hendak buat backup pada pane kiri. Pilihan di pane kiri
adalah untuk drive dalam komputer dan folder. Contohnya,
jika kita hendak backup hanya sebahagian fail dalam folder
"My Documents". Pilih dahulu folder "My Documents" di pane
kiri dan anda akan lihat senarai fail-fail yang menjadi pilihan
di pane kanan. Untuk membuat pilihan tandakan pada kotak kosong.

Jika anda mahu membuat backup satu folder, tandakan sahaja folder
itu di pane kiri, semua fail akan terpilih.

Tanda + menunjukkan ada folder lagi dibawah folder yang kita pilih
atau lihat. Click tanda + maka folder dibawah akan dipaparkan.

Disini ada persamaan bagi Win95 dan Win98.

Selepas puas hati dengan pilihan anda. Anda boleh jalankan
"Backup".

Bagi Win95, pilih "next step". Anda akan dibawa ke bahagian
"Where To Backup". Pilih A: dan kemudian pilih "Start Backup".

Anda akan dapat dialog box "Backup Set Label". Ini akan menamakan
fail backup anda dalam A: . Pastikan anda letakkan dengan nama
yang akan memudah rujukan anda di masa depan. Contoh Haris11042001.

Bagi Win95, pilihan "Password Proctect" disini.

Sebaik anda menekan OK, anda akan mendapat Windows Box yang
menyatakan apa yang sedang dilakukan oleh Backup. Perhatikan
berapa fail yang sedang disalin.

Untuk Win98 pula "Where To Backup" terletak disebelah bawah kiri
Window Backup. Tekan icon "folder" dan pilih A:. Nama fail backup
selalunya diletakkan nama MyBackup.qic. Anda boleh pakai nama ini
atau letakkan nama yang senang hendak ingat contoh haris11042001.qic

Anda juga boleh taip terus pada ruang sebelah icon folder ( Default
C:\MyBackup.qic). Contoh A:\haris11042001.qic

Sebelum jadi kekeliruan. Apabila kita gunakan applikasi ini, semua
fail yang kita backup akan digabungkan dalam satu fail dengan
extension QIC. Seperti mana Winzip, tujuan disatukan dalam satu fail
adalah untuk tujuan mampatan, pencarian, simpanan dan dalam format
yang difahami oleh backup, untuk tujuan cepat capaian dan ketepatan.

Bila anda lihat disket itu nanti selepas backup, anda hanya dapat lihat
haris11042001.qic . Bukan senarai fail-fail pilihan anda.

Bagi Win95 nama fail QIC akan diberi seperti mana nama Label kita.
Bagi Win98 pula nama berdasarkan yang kita berikan.

Dalam Win98 pilih "Start" dan anda akan ditanya dengan untuk "save
Backup job". Letakkan nama yang sesuai. Contohnya Haris11042001.

Backup akan dijalankan dan anda akan mendapat Windows pemberitahuan
apa yang backup lakukan.

Bagi Win98, sebaik backup selesai ada butang "Report". Gunakan butang
ini untuk melihat laporan jika ada sebarang masalah timbul. Mungkin
ada fail yang bermasalah untuk backup. Click OK untuk kembali.

Jika anda membuat pilihan "Verify", selepas backup, fail-fail akan
diperiksa semula untuk memastikan ia disalin dengan sempurna. Verify
akan mengambil masa lebih kurang sama dengan backup. Jika fail banyak
dan besar dan tidak cukup masa, anda mungkin boleh tinggalkan step ini.

Nota selepas ini Haris sambung dengan "Restore".

Haris dapati Fail backup dengan Win95 dapat dibaca oleh Backup Win98
tetapi TIDAK sebaliknya.

Wassalam.

---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital.

---------
-- 
-




http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to