*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Online Backup Dan Microsoft Backup 3
====================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Catatan nota Haris 12 Apr 2001

Haris penuhi nota hari ini untuk menjawab beberapa
soalan yang diajukan.

Dalam nota backup, Haris memberi contoh kepada 2
jenis Windows Win95 dan Win98. Haris harap tiada
kekeliruan.

Microsoft keluarkan 2 keluarga OS. Windows untuk pengguna
di rumah (Win95, Win98, Win98SE dan WinME) dan Windows
untuk perniagaan, Keluarga NT dan 2000.

2 keluarga ini dihasilkan daripada 2 teknologi yang
berlainan.

Bagi keluarga Win95, Win98, Win98SE dan WinME. Ia dibina
diatas DOS 16 bit OS. Kernel yang begitu lama, tidak
stabil dan ia bertujuan untuk keserasian ke belakang
(Backward compatibility).

Win95 adalah pertukaran terbesar MS daripada Windows 3.1.
Pada tahun 1995, Win95 dilancar dengan hebat sekali dengan
tujuan mengantikan semua os DOS dan Windows 3.1. Untuk
memastikan applikasi sedia ada dalam DOS dan Windows 3.1
Win95 masih tetap dibina atas kernel DOS lama. Hanya
yang berbeza dari segi GUI.

( Maka sepanjang 1995-1998 muncul Win95a, Win95b dan Win95 osr2)

Win98 adalah perubahan yang kedua bagi keluarga Windows.
Perubahan ini hanyalah add-on, dengan kernel yang stabil, tambahan
IE dan activeX dan lebih multimedia dan Internet.

Win98SE pula membetulkan banyak perkara dari segi bugs dan
masalah yang timbul daripada Win98.

WinME bagi Haris pula hanyalah "Marketing" Propaganda, tiada
banyak yang berbeza. GUI WinME nampak lebih ke Win2000.

Beza yang Haris nampak setiap peningkatan bertujuan untuk
mempergunakan sepenuhnya perkakas yang semakin meningkat maju.

Waktu Win95 muncul, Intel keluarkan Pentium. Sekarang WinME
dengan Pentium III.

Bagi keluarga NT dan 2000 pula. Bagi Haris, inilah keluarga
yang paling stabil. Ini dibina daripada kod 1 bertujuan untuk
stabil dan kernelnya adalah 32 Bit ( Ada NT untuk 64 bit).

NT yang paling popular adalah NT 4.0. Muncul sezaman dengan
Win95. NT 4.0 dibezakan dengan Service Pack. Service Pack
ini adalah patches atau tampalan untuk bugs atau masalah
yang timbul dan ditemui.

Kita mesti pasang Service Pack kerana masalah selalu muncul bagi
OS terutama daripada segi keselamatan. NT 4.0 terkenal
dengan masalah keselamatan. Ini mungkin disebabkan sewaktu
NT 4.0 mula-mula dikeluarkan, ia diberi tumpuan supaya lebih
"User friendly". Bila Internet menjadi semakin popular,
masalah mula timbul. Banyak security hole dijumpai.

Kemunculan Win2000 adalah untuk mengantikan NT 4.0. Dari segi
kestabilan dan keselamatan ia semakin ditingkatkan. Banyak
perubahan dilakukan sehingga Ia seperti OS yang baru.
Dengan konsep Active Directory dan penggunaan DNS.

2 keluarga ini akan disatukan dengan Windows yang baru Windows XP.
Ia berdasarkan keluarga NT tapi dengan keserasian WinME.

Backup bagi setiap keluarga Windows ini ada perbezaan.
Win95 dan Win98 sahaja pun dalam contoh Haris, ada banyak
perbezaan. Bagi NT 4.0 dan Win2000 pun ada juga.

Bagi NT 4.0, ia tetap hendak backup device untuk jalankan backup.
Haris tidak dapat bagi contoh untuk pengguna biasa macam kita
yang mungkin tidak mampu membeli backup device.

Bagi Win2000 pula, ia seperti Win98, Anda perlu carinya seperti
mana contoh Win95/98. Anda akan mendapat Wizard, sila
pilih backup.

Backup dalam Win2000 tiada banyak bezanya dengan Win98. Hanya
"Options" sahaja diletakkan bawa Tools.  Periksa bahagian
General supaya ada "Verify after backup" dan "Backup type"
adalah "normal".

Menjalankan "Backup" sahaja tidak mencukupi. Anda perlu lakukan
"Backup" dalam masa yang ditetapkan. Anda perlu nilaikan
bagaimana data-data anda berubah dan kepentingan data-data itu.

Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai sistem akaun dalam
PC, bagi Haris data-data akuan kepentingan adalah tinggi
dan sentiasa berubah.

Anda perlu lakukan backup setiap hari dan memastikan backup
adalah baik.

Kita tidak perlu backup kesemua data dalam hard disk. Pastikan
dimana data-data anda berada dan backup folder itu sahaja.
Pastikan dengan vendor applikasi anda, apa dan dimana data
penting berada. Pastikan, jika perlu buat "Fresh Instalation"
data-data yang anda backup mampu mendapatkan anda semula
kedudukan akuan yang asal.

Bagi data-data daripada MS Office seperti kertas-kerja, proposal
dan pelbagai yang kita mahu gunakan sebagai rujukan
boleh backup 2 minggu atau sebulan sekali.

Kita juga perlu sediakan media backup, 2 atau lebih set. Ini adalah
untuk memastikan jika disket set pertama menghadapi masalah,
kita ada set yang lain untuk melakukan restore.

Sebagai contoh, jika anda lakukan backup setiap hari,
hari Isnin anda menggunakan disket A, hari Selasa disket B,
hari Rabu anda kembali gunakan disket A dan seterusnya.

Disini anda ada 2 set dan anda boleh buat lebih untuk
keselesaan.

Bagi yang lakukan backup sebulan sekali, lakukan backup
2 kali.

Media juga penting, semakin selalu anda gunakan disket
kebarangkalian ia untuk gagal untuk restore semakin tinggi.

Jika backup setiap hari, gantikan disket dengan yang baru
sebulan sekali. Panduan 10 ke 15 kali penggunaan.
(Disket tidak perlu buang, format dan gunakan untuk
simpanan fail lain).

Lakukan FULL format semua disket-disket sebelum lakukan
backup. Format akan pastikan disket masih baik untuk
digunakan.

Jika boleh cuba pasangkan ZIP drive 250MB untuk memudahkan
kerja backup. Ia lebih murah daripada tape drive dan
lebih pratikal untuk backup fail-fail besar daripada
gunakan disket.

Untuk backup folder Outlook Express, cuba click kanan ->
properties, ia akan beritahu dimana email disimpan
atau anda search fail dengan extension DBX. (Contoh
inbox.dbx atau *.dbx). Email-email anda disimpan
dalam fail DBX ini.

Wassalam.

: )


---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital.


-- 
-




http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke