Pihak berkuasa reka cerita dongeng Abad ke-21 - BA


KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Barisan Alternatif menyifatkan dakwaan
mengenai "perancangan ganas" gerakan reformasi sebagai cerita dongeng
bertujuan mematikan "sentimen anti Mahathir yang semakin kuat" dan mengalih
pandangan rakyat daripada kelembapan ekonomi.
Pemimpin BA berkata tindakan menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)
untuk penahan tujuh pemimpin pembangkang dan aktivis sosial adalah "sesuatu
yang zalim" dan tuduhan kononnya akan berlaku demonstrasi cara militan
adalah "pembohongan".
"Tujuan sebenar penekanan terbaru ini ialah untuk mematikan gelombang
perubahan di negara ini, untuk mematikan sentimen anti Mahathir yang semakin
kuat," kata Dr Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden Parti KeADILan Nasional.
Sokongan terhadap Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, yang memegang kuasa sejak
1981, mengalami kemerosotan besar berterusan sejak tercetusnya krisis
penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Presiden Ke! ADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pula berpendapat
penangkapan menggunakan ISA ialah usaha mengalihkan pandangan rakyat
terhadap ekonomi yang lemah.
"Jika mereka yang ditahan merbahaya, tampilkan bukti dan hadapkan mereka ke
mahkamah terbuka supaya mereka boleh membela diri," kata Wan Azizah.
Dat' Seri Dr Mahathir Mohamad yang memegang kuasa sejak 1981, mengakui "ISA
adalah alat berkesan" dan "undang-undang biasa memerlukan bukti tertentu,
prosidur dan proses yang mungkin pada pandangan polis tidak berkesan untuk
mencegah sesuatu perkara daripada berlaku".
Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dalam kenyataan medianya mengenai
operasi tangkap menggunakan ISA ini antara lain menuduh mereka yang ditahan
merancang bertindak secara militan, mengumpul pelbagai senjata termasuk bom
dan pelancar grenit dan mendapat bantuan guru siliat dan anggota tentera.
Pengerusi DAP Lim Kit Siang, menyifatkan dakwaan itu sebagai "cerita dongeng
aba! d ke-21".
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke