*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Selalunya orang ada masaalah sebab tak dapat masuk mana2 sekolah
asrama penuh. Tapi kawan kita ni, masaalah nak memilih pulak ya.
Itu baru sekolah.  Kalau lah misalnya ada 2 calun isteri yang sama
setanding, teman ingat boleh putus wire memikirkannya.

Berbalik kepada soalan asal; teman tak pernahlah masuk sekolah2
tersebut. Adik dan anak sedara adalah. Bagi teman dalam situasi begitu,
teman akan pilih yang mana lebih dekat dengan kampung. Sebabnya, MRSM
dan SMS sudah semestinya tak banyak sangat perbezaan dari segi kualiti
facility dan tenaga pengajar.  Jadi kalau dekat dengan kampung, pantang
ada cuti aje boleh balik bersama keluarga - cuti 1 hari pun boleh balik.
Sekarang ini, masa bersama keluarga semakin sehari semakin kurang -
dengan tuitionnya, dengan aktiviti sekolahnya, dengan kelas komputernya,
sedar2 dah besar panjang. Makbapak selalu miss menikmati pembesaran 
anak2. Cumanya, bila kat rumah tu, kena disiplin sikitlah, supaya masa
tidak terbuang. Budak cina yg cemerlang seMalaysia tu pun study kat
rumah aje.    

Kalau dibuatnya budak tu dapat pergi oversea, balik dah pun berjanggut.
Lagi miss tengok anak besar. 

Begitulah pendapat teman

Kelip2 ku sangka api
Kalau api mana asapnya
Hilang ghaib pergi oversea
Nikmat membesar anak pergi bersama

Sekian

----- Original Message ----- 
From: kamar-la 
To: hizb 
Sent: Friday, April 13, 2001 8:31 AM
Subject: H-Net* Antara Sek. berasrama penuh dan MRSM.

Assalamualaikum WBTH.
Apa khabar antum  saudara2 semua. 
Disini saya ingin mendapat pandangan saudara2 yang arif didalam net ini
mengenai hal diatas. Anak saya lepas UPSR tahun lepas dan sekarang ni
tengah belajar di Sek Men. Sains Ulu Selangor.(tingkatan satu) sekolah
berasrama penuh. Sekarang dapat pula tawaran untuk memasuki MRSM 
Mersing Johor, dan tarikh pendaftaran 02hb.Mei 01.Saya sekarang 
kebingungan mana satu nak pilih, adakah teruskan sekarang atau ke 
MRSM.Saya belum bincang dgn. anak saya lagi, adatak saudara2 yang tahu
status MRSM Mersing.  Saya  rasa kedua-dua sekolah ada mempunyai 
kelebihan masing2 tapi saya not very clear. Bolihkah sekira nya ada 
diantara saudara2 yang ada pengetahuan memberitahu maklumat tersebut
untuk saya membuat perbandingan dalam membantu saya membuat keputusan.

Sekian dan kerjasama saudara2 saya dahului dengan Jazaakallahu khairan
kathiran wa antum bil khair.

Ilalliqa' wassalamualaikum WBTH.
_________________________________________________________
Get Free Email Served From a Mac at http://www.HotMac.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sunyi sepi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke