Assalamualaikum netters,
"Pengumuman Kementerian Wanita dan
Pembangunan Keluarga mengiktiraf
kedudukan
pondan hampir tiga bulan
lalu yang diterajui menterinya, Datuk Paduka Shahrizat Abdul
Jalil,
mengundang pelbagai permintaan khususnya
daripada pertubuhan wanita bukan kerajaan
(NGO) untuk meminda dan menambah dasar
berkaitan hak wanita.
Laporan The Star tidak lama
dulu memetik, sekumpulan transeksual ataupun pondan,
memohon kementerian baru itu
mengiktiraf mereka supaya diterima dari sudut
perundangan
dan masyarakat
kerana menurut kajian ada 50,000 pondan di negara
ini."
Petikan di atas adalah dari
Berita Harian (Wanita & Keluarga), muka depan, Isnin
09-Apr-01.
iktiraf Ar;
mengiktiraf, mengiktirafkan 1.
(sanggup) menerima atau mengakui
sesuatu
sbg suatu kebenaran atau kenyataan,
menerima
(menganggap) sbg sah, mengakui;
Malaysia
tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah
negara yg
tidak berpelembagaan; satu
usul mendesak
kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas
ke-
bangsaan sbg satu mata pelajaran di
sekolah
menengah; 2.
mengakui serta memberi atau
menunjukkan penghargaan kpd, menerima
dan
menghargai;
Petikan di atas adalah dari KAMUS DEWAN, Cetakan keempat (Edisi
Baru) 1993, mukasurat 445.
Masalah saya sekarang
adalah...:
1. Saya terkejut dengar berita ni sebab
pengiktirafan dah berlaku 3 bulan yang lalu....kut kalau
ada netters yang tahu
lebih awal lagi dari saya tolonglah bagitau dari sumber
mana.....kalau
geng pondan ni hantar wakil
jumpa Shahrizat minta pengiktirafan tu adalah saya dengar dalam
Berita TV3
dulu.
2. Kalaulah mengiktiraf kedudukan pondan
bermaksud seperti yang katakan oleh KAMUS DEWAN,
ia juga bermakna
mengiktiraf cara hidup berserta segala keperluan lain bagi mereka.
Adakah
ianya secara tidak
langsung bermaksud mengiktiraf hubungan sesama jenis (homoseksual). Ini
kerana
kita tidak
dapat memastikan apakah benar kesemua 50,000 orang pondan ini adalah
'KHUNSA'
seperti pandangan
ulama Fiqh.
Di harap para netters dapat memberikan
sedikit buah fikiran untuk meredakan confuse saya tu....
Terima
Kasih. |