*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Rocket Launcher" - Komen

Assalamualaikum wrbt,

Apabila saya membaca kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, saya 
tertanya-tanya kenapa kah Ketua Polis Negara menjatuhkan martabatnya dari 
seorang yang dihormati sebagai pegawai tertinggi Polis kepada seorang yang 
berfikiran kebudak-budakan dan ber"ilusi" begitu jauh sekali. Adakah 
kenyataan beliau keluar dari hatinya yang bersih dan tulus atau sebagai 
kenyataan untuk mengikut "skrip" dari orang atasannya atau pun percubaan 
untuk masukkan namanya ke dalam "Dean's list". Cukuplah kita rakyat Malaysia 
mempunyai seorang Ketua Polis yang menjadi penyebab "Black Eye" yang 
terkenal di seluruh dunia.

Saya tidak faham kenapa kenyataan demikian dikeluarkan, adakah ianya 
bertujuan untuk menyakinkan rakyat. Sedangkan, saya sebagai rakyat biasa, 
tidak percaya sedikit pun dengan kenyataan tersebut. Saya akan percaya jika 
ada fakta/bukti, logik, "tiada berbentuk sandiwara" dan juga setetelah 
melalui beberapa proses "tapisan". Nampaknya, kenyataan ini semacam 
kenyataan "syok sendiri" dengan harapan rakyat akan percaya.

Sejak dari tahun 1997 lagi, kita disogokkan dengan maklumat yang pada 
pandangan kerajaan sebagai "betul" tetapi setelah diteliti, ditapis dan di 
bandingkan dengan sumber lain, ianya tidak lebih dari berita palsu, 
dibesar-besarkan, non-isu, berbentuk propaganda, sandiwara dsb.

Kita sentiasa diberitahu, Polis Malaysia terkenal di dunia dengan 
kecekapannya, semangat yang tinggi, kebolehannya mendapatkan maklumat sulit. 
  Tetapi, di dalam kes "Black 14", pihak Polis seolah-olah "terlebih" 
maklumat sehinggakan menyebut "rocket launcer" dsb. Kenapa pula tidak 
disebut saja kereta kebal, kapal selam, stinger missiles atau peluru 
berpandu yang sudah tentu akan lebih nampak "real".  Pada fikiran saya, jika 
"The Magnificient 7"  betul-betul mempunyai rancangan sedemikian atau pun 
dalam proses mendapatkannya, pihak Polis tentu akan menangkap SEMUA YANG 
TERLIBAT seperti yang dilakukan ke atas kumpulan Al-Maunah, akan dipaparkan 
di dada akhbar, diulang-ulang beritanya.

Satu lagi aspek, kenapa mereka ditahan dibawah ISA padahal, ini baru 
"rancangan saja" dan tiada bukti yang dikemukakan, padahal kumpulan 
Al-Maunah yang telah "membunuh", "mencuri senjata" dsb di tahan dan dituduh 
dibawah undang-undang jenayah menentang Agong. Nampaknya tiada konsisten 
dalam tindakan pihak Polis.

Saya fikir hanya orang yang bodoh sahaja yang percaya dengan kenyataan Ketua 
Polis Negara itu. Saya khuatir, jika keadaan seperti ini terus berlaku, 
pandangan orang ramai terhadap pihak Polis akan bertukar kepada pandangan 
lebih negatif lagi dan saya percaya pihak Polis akan menghadapi masalah yan 
cukup besar untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Pihak Polis semestinya melaksanakan tugasnya secara professional dalam erti 
kata yang sebenarnya, tidak memilih bulu, parti, kedudukan dan BUKANYA 
menjadi alat "penyambung nyawa" UMNO yang sedang nazak jika keyakinan rakyat 
hendak dipulihkan semula.

Sekian.

Anak Johor.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke