www.malaysiakini.com

Date: Wed, 18 Apr 2001 09:12:23 +0800

NEWS

Print version of this story
Tuesday April 17
Dua memo bantahan diserah kepada Mahathir
'Ein Azmi
6:46pm, Tue: Pelajar, termasuk perwakilan siswa Universiti Islam
Antarabangsa, menyerahkan dua memorandum bantahan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam upacara perasmian universiti itu walau
kawalan keselamatan ketat.

Majlis Perwakilan Pelajar UIA dan gabungan pelajar institusi pengajian
tinggi (IPT) lain membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mendesak
tujuh pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi yang ditahan
minggu lalu dibebaskan.

Mereka juga menggesa pendidikan diberikan percuma dan menghapuskan kadar
empat peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Memorandum pertama yang dihantar oleh gabungan beberapa kumpulan pelajar
beberapa universiti itu turut mengecam acara perasmian har! i ini.

<<...>>
"Kami percaya sebuah IPT tidak wajar dirasmikan oleh seorang pemimpin
zalim," memorandum yang dikeluarkan oleh tujuh kumpulan itu dipetik. Mereka
juga menggesa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendapatkan rawatan terbaik, walaupun di luar negara.

Ketika dihubungi sebentar tadi, jurucakap gabungan ini Ahmad Zaki Yamani
Zainon, bagaimanapun memohon maaf kepada orang ramai yang hadir di pintu
masuk UIA di Gombak, Selangor jam 9 pagi tadi kerana rancangan asal tidak
dapat diteruskan.

Kumpulan itu bercadang menyerahkan memorandum itu, dengan sokongan orang
ramai, kepada Dr Mahathir di situ.

"Kehadiran polis pencegah rusuhan, kenderaan meriam air dan helikopter dalam
kawasan universiti adalah amat tidak wajar. Ia membuktikan betapa takutnya
Dr Mahathir dengan rakyat," katanya, sambil menambah pasukan polis itu
diletakkan berdekatan stadium universiti.

Bersama 1! 0 pemimpin pelajar, termasuk seorang pemimpin Gerakan Demokratik
Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) Chai Chee Fat, Ahmad Zaki menyerahkan
memorandum itu di pintu masuk Dewan Pusat Aktiviti Kebudayaan universiti jam
10 pagi.

"Tindakan kasar pihak keselamatan bagaimanapun menghalang (menolak badan)
perwakilan kami daripada menyampaikan memo itu sepenuhnya kepada beliau (Dr
Mahathir)," jelas Ahmad Zaki.

'Menyingkirkan nama Anwar'

Sementara Majlis Perwakilan Pelajar UIA menyerahkan bantahan itu tengahari
tadi selepas selesai upacara perasmian tersebut.

Presidennya Ahmad Fazli Yusof bersama 10 pelajar lain menyerahkan memorandum
itu, yang mengandungi tiga perkara utama, termasuk sikap pelajar berhubung
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang menyentuh isu-isu
pembasmian kemiskinan, pembangunan usahawan Bumiputera, kadar pengangguran
dan kajian semula kurikulum pendidikan negara.

Memorandum itu juga men! ggesa kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) bagi memberikan kebebasan yang lebih meluas kepada
pelajar.

Antaranya, pindaan seksyen 7 yang melarang pelajar menyertai perhimpunan,
larangan memiliki alat pembesar suara (seksyen 8), membawa sepanduk (seksyen
9), larangan terlibat dengan aktiviti di luar kampus tanpa keizinan Naib
Canselor (seksyen 11), larangan terbabit dengan parti politik dan kesatuan
sekerja (seksyen 15) dan larangan membuat sebarang hubungan dengan akhbar
dan orang ramai (seksyen 13).

<<...>>
Perasmian kampus itu oleh Dr Mahathir mula diperdebatkan beberapa minggu
lalu. Akhbar pembangkang, Harakah dalam keluaran 16 April lalu, menyebutkan
perasmian itu bertujuan "memutarbelitkan fakta sejarah dan percubaan
menyingkirkan nama Anwar" sebagai tokoh yang berjasa selama 11 tahun
memegang jawatan Presiden UIA.

Bekas pemimpin pelajar universiti itu pula mempersoalkan sama ! ada Perdana
Menteri cuba menarik simpati pelajar-pelajar UIA.

"Jelas wujud agenda politik di sebalik pelantikan Mahathir sebagai pengasas
UIA. Adakah beliau cuba menarik simpati pelajar? Beliau telah gagal bukan
sahaja hari ini tetapi sejak lama dulu," kata peguam Shamsul Iskandar @
Yusre Mohd Akin, yang pernah menjawat Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA
kira-kira empat tahun lalu.

"Senyumannya tidak akan mampu menyembuhkan kesakitan yang ditimbulkan kepada
golongan pelajar. Beliau seorang yang tidak berhati perut."

Sementara akhbar New Straits Times hari ini melaporkan rektor pertama
universiti itu Tan Sri Profesor Dr Muhammad M Abdul Rauf berkata "kalau
tidak kerana Dr Mahathir, UIA tidak akan wujud."

Berita itu bertajuk 'Dr Mahathir is real and true father of IIUM' (Dr
Mahathir pengasas sebenar dan sejati UIA) turut menyebutkan "universiti itu
berjaya berada di tahap sekarang kerana sokongan Dr Mahathir dankerajaannya."

Universiti Islam diasaskan sejak 1983 dalam usaha kerajaan menjalankan Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam dan kampus awalnya terletak di Petaling Jaya,
Selangor. Kampus Gombak digunakan secara berperingkat-peringkat mulai 1996.



Last modified:Wednesday April 18, 12:53 am

Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices

Kirim email ke