*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: singgahsana <[EMAIL PROTECTED]>
> Disini saya ingin meminta pertolongan dr netters semua
> yg ada pengalaman mendidik anak. Saya baru
> dianugerahkan seorg anak dan kini usianya 5 bulan
> lebih dan saya ingin meminta pandangan netters semua
> apakah cara utk mendidik anak dr usia sebegini dan
> seterusnya supaya menjadi anak cemerlang. Seandainya
> ada buku2 yg berkaitan dengannya bolehlah dikongsikan
> bersama. Pertolongan dr netters semua saya ucapkan
> jazakallah.

Assalamualaikum en/puan singgahsana,

Biasanya, kalau nak bagitau kat orang bagaimana nak didik anak
cemerlang, lebih berkesan kalau dah ada contoh anak sendiri yang dah
cemerlang.  Anak2 saya kecik lagi, jadi contoh tak ada. Walaubagaimana
pun, ijinkan saya kongsi pendapat.  

Mula2 kita nak kena define, erti cemerlang tu.  Ada orang yg ingin anak
dia cemerlang macam Safiah yg heboh sekejap di England dulu.  Ada orang
pula ingin anak2 dia cemerlang macam anak2 keluarga Din.....al-hafiz
lagi, ulama lagi, Dr. lagi....... 

Ibu bapa bangga jika anak2 mereka dari kecil lagi menunjukkan ciri2
kecemerlangan seperti boleh membaca, mengira, bercakap dengan fasih. 
Beberapa tahun dulu keluar akhbar pasal sorang budak melayu dikatakan
budak pintar kerana fasih membaca surat khabar walaupun belum masuk
sekolah lagi. Baru2 ini, kalau tak silap ingatan, diberitakan budak
itu sudah dewasa, bekerja sebagai penjaja air minuman ditepi2 jalan.

Kisah budak cemerlang Safiah, kita sama2 tahu dah kesudahannya.

Lepas tu ada pulak, teori dan method yg di warwarkan yg kononnya boleh
menjadikan seseorang anak tu cemerlang, biasanya dengan harga dan kos
yang tinggi.  Tak tahu nak katalah samaada benar2 berkesan atau hanya
sales gimmick saja. Mungkin ada benarnya sepertimana satu teory pasal
otak (dari buku The Endangered Minds):

"More difficult to reorganize a brain than to organize it in the first
place. Carving out neuronal tracks for certain type of learning is
best accomplished when the synapses for that particular skill are most
malleable, before they "firm up" around certain types of responses."

Maknanya, otak budak tu mudah dibentuk semasa proses pembesaran, supaya
sel2 otak2 tu tersusun dengan structure yg boleh mencapai kecemerlangan,
iaitu sebelum keras kematu, ......hmmmm teori teori...

Berbalik kepada soalan "Apa erti cemerlang yg sebenar?". Sebagai orang
Islam kita kena jenguk Kitab kitalah. Mungkin kita beri peluang kepada
bijakpandai lain yg jawab.

Berbalik kepada pertanyaan asal anda, kalau nak cari pedoman nak didik
bayi, mungkin kena scan kedai2 bukulah.  Kalau untuk menangani umur
selepas bayi, yg pernah saya baca ialah 40 kesilapan mendidik anak oleh
Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, pakar motivasi yg sekarang ni dah jadi MP/Adun
tu.  Bagus juga tips2 beliau. Baca tu dah baca, tapi bila berhadapan
dengan multiple kenakalan budak2 dalam satu masa dan bilamana energy
level terlalu rendah, teori kemana, buku Dr. Hasan Ali kemana....

Nanti saya akan mailkan, InsyAllah, satu keratan akhbar pasal 
"Kekesalan Ibubapa seorang anak cemerlang" - mungkin anda dah baca.
Kemudian, satu lagi forwarded mail pasal "Kegembiraan Ibubapa seorang
anak cemerlang". Untuk dijadikan renungan bersama.

Wassalam
_________________________________________________________
Get Free Email Served From a Mac at http://www.HotMac.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sunyi sepi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke