*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Antara komen-komen Astora dalam Utusan baru-baru ini: >>> Komen Astora: Para ulama mengambil pengajaran daripada hadis-hadis ini bahawa tidak harus menentang dan memberontak terhadap pemimpin-pemimpin selagi mereka mengerjakan solat. Solat di sini bukan maksudnya mereka mengimamkan solat seperti yang dilakukan oleh ulama salaf, tapi apa yang dimaksudkan ialah mereka iaitu para pemimpin tadi membenarkan orang mendirikan solat serta tidak menghalangnya. >>> Ulasan & tafsiran Astora mengenai tidak harus menentang pemimpin yang mengerjakan solat iaitu selagi mereka membenarkan orang mendirikan solat serta tidak menghalangnya adalah diambil dari mana?? atau adakah ianya tafsiran beliau sendiri??? Pemimpin British, Amerika sendiri pun tak menghalang orang dari mengerjakan solat. Di Hong Kong, even masjid-masjid adalah sumbangan dari kerajaan British! >>> Komen Astora: Misalnya, mengingkari ketuhanan Allah s.w.t atau mencaci cela al-Quran bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sumber hukum atau berpegang bahawa sesuatu yang haram secara ijmak itu halal seperti riba. Semua ini menjadikan seseorang itu kafir. Manakala, perbuatan melakukan sesuatu yang haram tanpa beriktikad bahawa ianya halal maka ia dikira sebagai derhaka, tidak sampai ke tahap kafir, bahkan seorang yang fasik. Maka, alasan utama untuk keluar menentang pemerintah ialah kekufuran, bukannya hanya sekadar melakukan maksiat. >>> Pertanyaan: mengatakan hukum-hukum dalam Al-Qur'an tak sesuai dilaksanakan spt habis batu-batu dijalan untuk digunakan sebagai merejam penzina, kurang produktiviti sekiranya pencuri dikenakan potong tangan, tidak kah itu menghina Al-Qur'an, menghina hukum dari Allah yang bersifat Maha Mengetahui!!! Tidakkah ini suatu kekufuran??? >>> Komen Astora: Ibn Hajar berkata; Sesungguhnya kefasikan seorang pemerintah, yang tidak melakukan kekufuran, wajib dinasihati dengan cara-cara yang diharapkan daripadanya kebaikan serta tidak membawa kepada fitnah selaras dengan firman Allah s.w.t, maksudnya: Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. >>> Adakah sesiapa pernah membaca atau mendengar atau melihat Astora menegur PM? >>> Komen Astora: Maka, syarat utama bagi mengubah kemungkaran - sebagaimana kata ulama - ialah tidak melakukan sesuatu yang membawa kepada kemungkaran yang lebih dahsyat. >>> Tiket yang membolehkan pemimpin terus melakukan kezaliman dan kemungkaran???!!! >>> Komen Astora: Sekiranya penyelesaian masih gagal dicari menerusi perbincangan dan perundingan, hadis-hadis di atas masih tidak mengharuskan penentangan bersenjata. Kewajipan yang harus dilakukan ialah mengingkari dengan lidah, semampu mungkin. Jika tidak, pengingkaran dengan hati dan berijtihad (berusaha) mendidik rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka yang mampu `menangani perlembagaan' bagi mengubah kemungkaran. >>> Komen-komen Astora tersebut menunjukkan beliau mengakui kewujudan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh PM, cuma fatwa beliau iaitu tak harus menentang pemimpin yang zalim dan mungkar tersebut!!! Tak gitu?? Adakah Astora melakukan kewajipan mengingkari dengan lidah?? Atau pengingkaran dengan hati??? Atau mendidik rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka yang mampu `menangani perlembagaan' bagi mengubah kemungkaran??? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>