*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum wbt...

Sememangnya internet ini ada baik dan buruknya... tetapi sebagai manusia yang diberi  
akal oleh Allah  yang boleh memilih antara baik dan buruk ... kita hendaklah memilih 
yang baik dari yang buruk kerana segala perbuatan kita samada baik dan buruk akan 
dihitungkan di kemudian nanti .. ada balasannya samaada balasan baik dan balasan buruk 
di akhirat nanti.. jadi sebelum membuat sesuatu gunakanlah akal fikiran yang dikurnia 
oleh Allah supaya
terlindung dari segala keburukan dan terlindung dari azab siksa api neraka di sana 
nanti ...  manusia dibezakan dari haiwan adalah akal fikiran jadi gunakanlah akal 
fikiran supaya kita tidak diserupakan seperti haiwan ...  manusia akan lebih hina dari 
haiwan jika tidak menggunakan akal dan tidak menurut ajaran Allah .. yang diajarkan 
melalui  alquran dan alhadith ... sama samalah kita ingat mengingati dan insaf 
menginsafi ..  sentiasalah
mempelajari ilmu ilmu berfaedah terutama ilmu agama supaya kita tidak tersesat jalan 
hidup di dunia ini dan sentiasa berada di jalan yang lurus ... mengikut ajaran agama 
islam tercinta ..

Saya ingin membantu sesama kita yang inginkan kehidupan harmoni dalam keluarga ...  
saya ada diberi sedikit amalan dari seorang ustaz yang hafal alquran yang kini telah 
kembali kerahmatullah .... amalan untuk keharmornian hidup berkeluarga ... amalan 
zikir/doa ... boleh diamalkan oleh suami dan isteri / ibu dan ayah dalam keluarga ...  
jika ada yang berminat inginkan amalan itu .. sila emel kepada saya  ...  
[EMAIL PROTECTED]
Marilah sama sama kita hadiahkan alfatihah kepada ustaz yang meninggalkan amalan 
berfaedah ini kepada kita semua ... Alfaatihah  .......

sekian, wasalam...


D' Puteri Gunung wrote:

> Assalamualaikum netters
>
> Saya rasa amat berbesar hati sekiranya ada nasihat dan pendangan yang diberikan....
>
> Saya telah berumahtangga selama hampir 16 tahun dan merasakan rumahtangga saya 
>adalah bahagia dan saya bersyukur kepada Allah atas rahmatNya itu..
>
> Masalah saya ini tidaklah sesusah mana cuma saya yang terlalu memikirkannya sehingga 
>menyebabkan jiwa saya rasa tertekan...
>
> Kami suami isteri telah terlibat dengan internet selama hampir tujuh tahun dan 
>sepanjang tempoh itu kami telah memasuki banyak channel chat....ini termasuklah IRC 
>dan ICQ....
>
> Masalah ini timbul apabila suami saya terlalu asyik dengan rakan2 chat dari 
>Icq....saya tidak kisah sekiranya perhubungan itu setakat di internet sahaja tetapi 
>sejak akhir2 ini mereka mula bertukar2 No. telefon dan berhubung apabila saya telah 
>tidur...
>
> Pada mulanya saya tidak mengetahuinya sehinggalah pada satu hari entah kenapa 
>perasaan untuk mengetahui apa yang dibualkan oleh suami saya bersama rakan 
>chattersnya begitu meluap2. Maka saya telah membuka dan memeriksa dan alangkah 
>terkejutnya saya apabila mengetahui bukan sahaja berhubung melalui ICQ malah melalui 
>telefon dan yang lebih memeranjatkan saya suami saya telah berjumpa dengan salah 
>seorang perempuan rakan chattersnya itu....
>
> Saya bukanlah seorang perempuan yang cemburu buta tetapi saya merasa sakit hati 
>setelah mereka berjumpa itu, mereka meneruskan hubungan tetapi sekarang perbualan 
>mereka di Icq telah bertukar.....mereka lebih senang berbicara mengenai 
>seks....seolah2 mereka telah melakukannya....
>
> Saya telah bersemuka dengan suami saya dan memintanya menerangkan duduk perkara 
>sebenar....tetapi dia menafikannya....puas saya bertanya barulah dia menceritakan 
>perkara yang sebenar....
>
> Itupun dia masih lagi cuba menegakkan benang basah....
>
> Saya benar2 sakit hati dan tak mungkin saya mempercayainya lagi....dan setiap kali 
>saya memandang mukanya....semua butir2 perbualannya dengan teman chatnya itu sentiasa 
>bermain2 dikepala saya.
>
> Diawal penglibatan kami dengan IRC dan Icq saya pernah memberitahunya bahawa saya 
>tak kisah sekiranya hubungan itu setakat didalam net sahaja tetapi sekarang sudah 
>berlarutan....sebelum ini dia memang ada berjumpa dengan seorang rakan dari negara 
>luar dan saya tahu mengenainya dan tak kisah sangat tetapi entah kenapa yang seorang 
>ini, mungkin disebabkan oleh perbualan mengenai seks itu yang amat menghiris hati 
>saya....
>
> Sekarang bila saya bersamanya, sering terbayang difikiran saya bagaimanakah tatkala 
>suami saya bersama perempuan itu....walaupun suami saya mengatakan dia tidak 
>melakukan hubungan sulit bersama perempuan itu tapi dari cara perbualan mereka itu 
>seolah2 perkara itu telah berlaku...atau mungkin akan berlaku kerana diantara dialog 
>yang tertera itu menunjukkan mereka akan mengulanginya bila2 perempuan itu datang 
>keKL.
>
> Sebagai seorang perempuan dan isteri saya amat sedih sekali kerana saya telah 
>berusaha untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga dan saya telah 
>berusaha juga menjaga bentuk badan dan rupa paras agar sentiasa kelihatan menarik.
>
> Rasanya tiada apa yang kurang dalam perhubungan kami kerana saya sentiasa menurut 
>segala kehendaknya....baik hubungan zahir mahupun hubungan bathin.
>
> Ketika bersemuka dengan suami saya hari tu, telah saya katakan padanya saya mungkin 
>tak tahu apa yang dilakukannya diluar rumah....tetapi saya serahkan kepada Allah agar 
>memberi petunjuk dan memelihara agar hubungan kami suami isteri kekal demi 
>anak2...tetapi masalahnya saya sering terfikirkan perbuatannya itu bila saya 
>bersendirian....saya betul2 runsing...
>
> Sudah terlalu panjang rasanya saya menulis entah ada yang sudi berkongsi pendapat 
>atau tidak....walau bagaimanapun saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua. 
>Satu sahaja yang saya harapkan Doakan agar jodoh saya dan suami berkekalan dan doakan 
>juga agar saya tabah dalam mengharungi rintangan ini.
>
> Wassalam.
>
> _____________________________________________________________
> Get email for your site ---> http://www.ennyarrow.com
>
> ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
> Untuk melanggan Group Keluarga, Edisi & Sutera , sila hantar
> e-mail kosong (blank e-mail) kepada:
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
> KELUARGA:
> Post message: [EMAIL PROTECTED]
> Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> List owner:  [EMAIL PROTECTED]
> URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Keluarga
>
>
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Noorainy Yusoff <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke