*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Ini merupakan salah satu dari pembohongan yang amat besar (selain dari 
menghina Islam dan sunnah nabi). Walhal dia tu sendiri antara yang terkaya 
di Malaysia, termasuk juge kroni rapat dia Daim, yang ni lagi kaye. Tapi ini 
semua percaturan dari Allah Azzawajalla. Dengan ucapan ini juge mengurangkan 
lagi sokongan rakyat kepada beliau. Sebab orang sekarang nampak apa yang 
sebenarnya berlaku. Biarkan dia cakap lagi banyak-banyak, lagi bagus. Hatta 
kalau perhatikan indeks saham BSKL pun setiap kali dia tu cakap, jatuh aje 
saham. Bila dia nganga mulut aje, saham jatuh. Bila dia nganga mulut aje, 
saham jatuh. Ini jugak merupakan satu lagi bukti bahwa yang menjatuhkan 
saham BSKL adalah dia, bukan sebab utama ekonomi semasa.

Wallahu 'Alam.


>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: "'Ahmad Albakree Mohd Razalli'" <[EMAIL PROTECTED]>,        "'Ahmad 
>Shariman Mohamed Garip'" <[EMAIL PROTECTED]>,        "'Aminuddin Alias'"  
><[EMAIL PROTECTED]>,        "'Azlee Hj Mizan'" 
><[EMAIL PROTECTED]>,        "'Hasni Abu'" <[EMAIL PROTECTED]>, 
>        "'[EMAIL PROTECTED]'"  <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"'Suhardy'" <[EMAIL PROTECTED]>,        "'[EMAIL PROTECTED]'" 
><[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* PM: Terlalu kaya dilarang -- Bertanding merebut 
>jawatan-jawatan p enting dalam UMNO
>Date: Sun, 22 Apr 2001 13:22:08 +0800
>
>Adalah sepatutnya larangan ini juga merangkumi kaum kerabat terdekat 
>seperti
>anak, adik beradik, ipar dan seumpamanya. Jika tidak, maka larangan ini
>masih tidak telus, banyak pintu-pintu lain depa ni gunakan untuk mengayakan
>diri sendiri.
>
>Atau pun sengaja tidak dirangkumi sekali kaum kerabat terdekat sebab ia 
>juga
>merupakan amalan PM sendiri???
>
> >>>
>Beliau bimbang masalah rasuah di dalam parti akan menjadi budaya di 
>kalangan
>orang Melayu dan jika ia berterusan, orang Melayu akan mudah dibeli 
>sehingga
>mengtenepikan perjuangan parti.
> >>>
>
>Jelas sangat yang masalah gejala rasuah dikalangan pemimpin umno kini sudah
>tenat. Kalau tidak masakan berulang-ulang ianya menjadi topik hangat 
>didalam
>umno sendiri.
>Di mana ACA dalam hal ini?? Kenapa ACA tidak bertindak menyiasat tentang
>gejala rasuah ini???
>
> >>>
>Dr. Mahathir juga percaya, rakyat tidak mahu negara ini dipimpin oleh
>menteri, Menteri Besar dan ahli-ahli Exco yang membeli jawatan.
>
>``Jika ini berlaku, negara akan menjadi korup dan orang ramai tidak lagi
>akan menyokong dan percaya kepada UMNO,'' ujarnya.
>
> >>>>>
>
>Bukankah negara "sudah" pun menjadi korup? Perkataan "akan" amatlah tidak
>menepati!!! Dan lagi kalau kepala tak korup, masakan anak buah tak korup.
>Tambah lagi, terdapat beberapa anak buah yang terbukti korup tetapi selamat
>dan terbela spt Rafidah dan Rahim TC. Inikah integriti PM kita??? Inilah
>gimik politik, what a joke!!!
>
>
>
>
>PM: Terlalu kaya dilarang -- Bertanding merebut jawatan-jawatan penting
>dalam UMNO
>
>
>JITRA 21 April - Golongan terlalu kaya tidak akan dibenarkan bertanding
>merebut jawatan-jawatan penting dalam UMNO sama ada di peringkat cawangan,
>bahagian mahupun Majlis Tertinggi (MT).
>
>Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu
>bertujuan membendung amalan politik wang dalam parti.
>
>Beliau menambah, langkah tersebut adalah untuk menentukan mereka yang
>terlalu kaya tidak menabur wang semata-mata untuk mendapat sokongan supaya
>dipilih menjadi pemimpin.
>
>Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun menegaskan larangan berkenaan akan
>dibincangkan dalam mesyuarat MT terlebih dulu.
>
>``Ini merupakan cadangan dan kita akan mengkaji setakat mana ia boleh
>menghalang orang kaya daripada menjadi ketua.
>
>``Kita juga akan mencadangkan dalam mesyuarat MT, mereka yang menjadi ketua
>di peringkat cawangan, bahagian dan MT tidak diberikan lagi kontrak oleh
>kerajaan,'' katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian
>Kubang Pasu, di sini hari ini.
>
>Menurut Dr. Mahathir lagi, kalau mereka yang terlalu kaya telah menjadi
>ketua bahagian dan ahli MT, mereka akan disenaraihitamkan daripada menerima
>kontrak kerajaan.
>
>Sementara itu, katanya, setiap calon yang bertanding di cawangan, bahagian
>dan MT juga perlu mengisytiharkan harta mereka bagi menentukan tahap
>kekayaan masing-masing.
>
>Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa cadangan tersebut bukan untuk
>menutup atau membunuh peluang orang Melayu untuk berniaga dan menjadi kaya.
>
>``Kita tetap mahu melihat orang Melayu menjadi kaya dan maju agar taraf
>mereka seimbang dengan kaum-kaum lain,'' ujar Dr. Mahathir.
>
>Katanya, mereka yang tidak mempunyai pengaruh dalam UMNO akan diberi 
>layanan
>dan peluang supaya menjadi kaya-raya tetapi bukan menggunakan kekayaan itu
>untuk menjadi pemimpin dengan cara memberi rasuah.
>
>Dr. Mahathir menarik perhatian, cadangan melarang orang kaya bertanding
>bukan juga untuk melihat UMNO dikuasai oleh pemimpin yang daif, tetapi
>langkah itu bertujuan untuk melihat parti milik orang Melayu bersih 
>daripada
>gejala politik wang.
>
>Beliau bimbang masalah rasuah di dalam parti akan menjadi budaya di 
>kalangan
>orang Melayu dan jika ia berterusan, orang Melayu akan mudah dibeli 
>sehingga
>mengtenepikan perjuangan parti.
>
>Dr. Mahathir juga percaya, rakyat tidak mahu negara ini dipimpin oleh
>menteri, Menteri Besar dan ahli-ahli Exco yang membeli jawatan.
>
>``Jika ini berlaku, negara akan menjadi korup dan orang ramai tidak lagi
>akan menyokong dan percaya kepada UMNO,'' ujarnya.
>
>Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar pemimpin UMNO
>terdiri daripada mereka yang bersih dalam setiap aspek supaya rakyat terus
>memberi sokongan.
>
>Beliau mengingatkan ahli UMNO agar tidak menerima sogokan walaupun sedikit
>kerana rasuah tetap salah sekalipun dalam jumlah yang kecil.
>
>Menurutnya lagi, jika negara ini mempunyai rakyat dan kakitangan yang
>dididik menerima rasuah di peringkat awal, ia bermakna tiada lagi keadilan
>di Malaysia kerana semuanya boleh disogok.
>
>Oleh: SOPHA SULAIMAN
>
>http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001
><http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0422&pub=Utusan_Malay
>sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
>&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Muhammad Al-Fateh" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to