*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum,

Ini pendapat saya yang bukan pakar politik,
Saya nampak ada beberapa tujuan:
1. Mungkin mahu menjatuhkan Tuan Guru Hj Hadi. Jika Tuan Guru jatuh, maka akan memberi kesan kepada kepimpinan kerjaan Terengganu itu dan mungkin dalam perkiraan mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PAS Terengganu. Dulu mereka beli ADUN PAS sehingga tumbanglah kerjaan. Kini, mungkin ini senjata mereka.

2. Mungkin nak mengharamkan pengunaan nama Islam dalam P.A.S. melalui cara belakang. Maknanya, walaupun Raja-Raja Melayu membenarkan pengunaan Islam dalam nama P.A.S., tapi tak boleh di'salahguna'kan. Saya nampak, cubaan membesarkan isu 'amanat' ini ialah cubaan mengkaitkan kononnya PAS menyalahgunakan nama Islam. Jika ini 'berjaya' mereka buktikan atau 'reka-bukti'kan, maka mereka mungkin memperolehi alasan untuk membuang nama Islam dari P.A.S. itu.

3. Mengalih pandangan rakyat dari permasalah sebenar negara. Maknanya, cuba mengelirukan rakyat dari melihat perkara besar yang berlaku dalam negara seperi persoalan rasuah dan kemelut ekonomi. Satu demi satu isu lapuk dicanangkan. Suatu masa dulu, isu perpaduan Melayu. Terkini isu amanat Tuan Guru. Esok, kita belum tahu apa pula isunya. Saya berpendapat UMNO mempunyai 'think-tank' yang sentiasa mencari isu-isu baru yang akan digunakan untuk 'mengasapkan' suasana politik negara. Dengan adanya isu-isu yang sengaja dibesar-besarkan ini, maka rakyat jelata akan sibuk membicarakan isu yang remeh ini sehingga terlupan dengan isu sebenar seperti rasuah dan lain-lain.

Wassalam.

>Saya amat kekhairanan kerana sejak kebelakangan ini jentera UMNO
>amat beria
>
>benar mencanang isu Amanat Hadi. Apakah sebenarnya perancangan
>mereka ?

:)
http://myMoney.onweb.cx
"Get Paid To Surf-Dibayar Untuk Layari Internet"

__________________________________________________________________
Make A Buck Or Two @ TheMail.com - Free Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke