*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila Al-Quran dipijak-pijak

Assalamua'laikum warahmatullah,

WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG  DIDALAM UCAPAN YANG 
DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN, ADAKAH 
MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA?

>Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb
>Rahman dimajlis "Charity Lunch For Maluku" di University of Leeds. Majlis
>tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds
>(Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan)
>Bacalah. Agak panjang tapi sangat menyentuh hati.
>
>Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera keatas
>Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka,
>sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir. Baru-baru ini pembunuhan
>dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di
>Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar yang mengerikan, mayat 
>kanak-kanak
>Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai
>(massacre) boleh dilihat di internet.
>
>Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai
>pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan air mata
>kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi
>seseorang.
>
>Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas
>kaum Muslimin yang terpencil. Tragedi atau bala yang serupa pernah berlaku
>di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman
>"cuci bersih" ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Begitu juga di
>Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah "dicuci berseh",
>dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada berupaya
>untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol
>dan seterusnya dibunuh.
>
>Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama,
>berulang-ulang kali. Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di
>merata dunia? Kita boleh salahkan kekejaman ini kepada konspirasi
>antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum
>Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap
>kita, atau pun operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya
>ini
>
>SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA? Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan
>Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur
>orang-orang Islam yang dibunuh ditanam beramai-ramai (mass graves),
>mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya
>kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah
>hancur musnah.
>
>Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya. Dengan izin Allah SWT 
>saya
>telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren,
>Kosova. Ketua keluarga
>itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam,
>begitu juga dengan
>datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati.
>
>Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual 
>mengenai
>bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum
>ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasa Inggeris
>telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan
>masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs.
>
>Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah
>lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak
>tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak
>(bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke
>masjid.
>
>Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre
>kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku
>syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim (saints)
>yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian melakukannya
>didalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah
>"keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya.
>
>Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada inter-mediaries"
>atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail 
>adalah
>Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang
>Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak
>Kristian Serbs.
>
>Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre
>keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah
>menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk memanggil
>orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka.
>
>(Saya percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci
>mendengar azan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan
>solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).
>
>Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan,
>kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat.
>Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata
>AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.
>
>Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus
>sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya
>orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke
>masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang
>bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang
>pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar
>buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi
>hutan.
>
>Oleh yang demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api
>buat memanaskan rumah). Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova,
>kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin
>berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau
>pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.
>
>Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam kita di
>Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar
>di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua
>yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar,
>telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya
>telah berlaku.
>
>Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu.
>Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok beliau kerap
>ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara Islam,
>walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah golongan sekular
>yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama Islam tiada kena mengena 
>langsung
>dengan pemerintahan negara. Ini merupakan
>ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam
>dan politik itu berasingan dan tidak boleh dicampur. Golongan sekular 
>Turkey
>pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan "tercemar"oleh
>ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor).
>
>Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan
>rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan
>sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu
>kuno dan  purba, hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di
>gurun dan menunggang unta.
>
>Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi
>masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer
>dan internet, pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas
>penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey
>sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan dengan
>demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepada mereka
>bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH SEMUA INI SAMA
>DENGAN KEADAAN KITA?
>
>Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk
>mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey.
>Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey.
>
>Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat 
>dikenakan
>'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey
>untuk mengerjakan solat). Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum 
>berlaku
>gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum
>berlaku gempa bumi tersebut, Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan
>temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai
>Mediterranean.
>
>Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan,
>meminum arak
>dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang
>anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria,
>mabuk dan berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat
>demikian, lalu seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak
>Al-Quran itu sambil mencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini".
>
>Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah
>melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau
>ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu.
>Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan
>apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku
>sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam
>Al-Quran.
>
>Wallahu 'alam.
>
>Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi
>pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentar
>selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat 
>fajar
>berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di 
>dalam
>qariah."
>
>Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum
>berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup 
>Eropah
>kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan  perkahwinan antara Kristian dan
>Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka
>terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup dalam
>keadaan kejahilan moden dan kesesatan.
>
>Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan
>keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, 
>tetapi
>suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB
>SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang  dahsyat tersebut.
>
>Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): yang bermaksud
>"Janganlah kamu jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan
>sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah
>mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan
>berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi
>perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih."
>
>(Surah An Nuur Ayat 63).
>
>Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan):yang bermaksud 
>"Maka
>tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami
>tenggelamkan mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)
>
>Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak
>akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah
>tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar
>Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita
>atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
>Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT 
>boleh
>turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi dan
>banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran.
>
>Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha
>pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan
>massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT
>tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Misalnya, sesetengah
>yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telah
>melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati
>syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka.
>
>Wallahu 'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari
>alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka 
>dan
>mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik
>atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka
>kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi,
>dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan
>masuk syurga
>di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat
>selama-lamanya.
>Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua?
>
>Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan
>melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya 
>kepada
>akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat.
>Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita
>terus ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan
>keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka 
>dan
>melindungi mereka kerana meraka adalah saudara- saudari Islam kita.
>
>Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala
>dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan
>mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan 
>zaman
>ke zaman.
>
>KITA PERLU:
>
>kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
>
>memohon keampunan Allah SWT.
>
>bersatu dibawah panji dan kalimah 'La ilaa ha  illallah' dan bukan dibawah
>panji masing-masing.
>
>  berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan
>
>PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya.
>
>Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan.
>
>Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya
>perlu bermula
>dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan 
>dalami
>ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan
>hentikan bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang
>remeh. Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan  dan
>lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah
>berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi  
>kaum
>itu tidak terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya.
>
>Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan
>seperti yang dijanjikanNya. Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada
>suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan 
>Kosova,
>tempat asal Imam Ismail. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa
>pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan
>kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah 
>ke
>tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan
>itu selama 8 tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat
>kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah 
>waktu
>solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan
>bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah.
>
>Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian
>Serbs
>telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum
>arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh
>bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan  minuman arak.
>Pelanggannya datang dari kawasan lain.
>
>Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah 
>jelas
>dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan
>bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak
>Kristian Serbs. Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa billah", tiada
>kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT.
>
>Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak
>akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu
>pengajaran dan iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada
>Allah SWT.
>
>Bismillahhir Rahmaanir Rahiim
>
>Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada 
>Engkau
>ya Allah dan Akhirat. Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan
>dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon
>taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. 
>Ya
>Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari
>pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari
>Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba. Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan
>penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di
>Palestine, di Chechnya, dan dimana saja mereka ditindas. Dan jika
>ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam
>syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau
>
>Ya Allah, dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk
>kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka
>dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.
>
>Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah
>kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam 
>kepada
>Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam.
>
>Wa billaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa
>ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu 'alaa
>Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi wassalam.
>
>Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
>
>
>
>CATITAN PENTING:
>
>Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca 
>kesemua
>bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh
>diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda
>sudah jelas bahawa apa yang berlaku di
>Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh
>Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?
>
>1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa
>seolah-olah mengalakkannya.
>
>2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa
>
>3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai
>orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
>
>4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan
>terperanjat.
>
>5) Rasuah berleluasa.
>
>Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan
>segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova
>sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang
>untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku.
>
>Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah
>kita memilih
>untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita
>tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak
>isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala 
>dari
>Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia
>barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah?
>
>Adakah bala dari Allah yang kita idamkan? Gempa bumi dan ribut taufan tak
>berlaku di Malaysia? Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang
>memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita
>kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah 
>keatas
>Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan
>keluarga kita yang akan menanggungnya.
>
>Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah
>SWT.
>Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
>Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
>"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
>Apa yang diharapkan supaya kita dapat memanjangkankan perkara ini kepada
>rakan-rakan kita dan kita mendapat pengajaran dan kesedaran dari
>peristiwa-peristiwa yang telah terangkankan tadi. Insyaallah kita berharap
>kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T.
>
>
>
>Wassalam
>
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "NuruL AqilaH" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke