*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Baru-baru ini saya terbaca satu e-mel di dalam Hizbi.net mengenai kaitan 
modem dan PC. Kalau tak silapnya, e-mel berkenaan menyebut pasal performance 
"chipset" modem tertentu kalau digunakan dengan "chipset" motherboard atau 
processor tertentu.

Untuk modem, terdapat chipset seperti Rockwell, Motorola, Lucent dan mungkin 
lain-lain lagi. Saya kurang arif mengenai perbezaan chipst-chipset ini. 
Khabarnya, misalkata modem yang menggunakan chipset Motorola sering 
menjejaskan connection Internet. Allahu'alam.

Kebetulan pula modem saya menggunakan chipset Motorola (jenama Storm 56K PCI 
Internal Card). Dan PC saya pula menggunakan motherboard Asustek P3V133, 
Pentium III 533Mhz, 128Mb RAM.

Sememangnya saya menghadapi masalah dengan connection Internet selepas 
membeli modem baru di atas. Sambungan Internet akan terjejas selepas 
melayari Internet untuk seketika. Connection mula putus dan selepas itu 
sukar nak sambung balik. Biasanya saya akan "restart" semula PC, barulah 
mudah sedikit nak sambung semula.

Jadi, sekiranya ada di kalangan warga Hizbi yang arif mengenai hal ini, maka 
saya berharap semoga dapat memberi penerangan teknikal dalam perkara ini. 
Saya ingin tahu sekiranya ada ciri-ciri "incompatibility" antara modem 
dengan jenis komponen komputer yang lain seperti CPU, motherboard dan 
sebagainya. Adakah chipset motherboard, misalnya Intel 810, Intel 815, VIA 
Apollo dan sebagainya turut memainkan peranan dalam menentukan performance 
Internet connection apabila diganding dengan chipset tertentu pada modem?

Sekian, saya mendahului dengan terima kasih & wassalam.







_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke