*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kekocohan di Dewan Rakyat: Umno hanya berani di depan media mereka sahaja

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Peristiwa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam 
membuktikan para pemimpin Umno hanya berani membuat tuduhan kepada PAS di depan media 
mereka sahaja. 

Tetapi apabila diajak berbahas secara ilmiah dan berdepan, mereka akan menyorokkan 
diri, kata anggota Parlimen PAS ketika mengulas kekecohan hasil dari usul yang dibuat 
oleh wakil Kinabatangan, Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat semalam. 

Semalam, Dewan Rakyat menyaksikan satu kejadian yang memeranjatkan apabila pembangkang 
menyokong penuh usul yang dibawa oleh seorang penyokong kerajaan bagi membincangkan 
wang 'ehsan' bernilai RM40 juta kepada tiga institusi pendidikan di Terengganu. 

Tetapi, usul yang mahu mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Terengganu tersebut 
tidak disokong oleh penyokong kerajaan sendiri. 

Dewan telah menjadi kecoh apabila Timbalan Speaker, Lim Si Cheng mengambil keputusan 
menolak usul tersebut. 

Anggota dari PAS termasuk Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
(Marang) bangun membantah tindakan Speaker menolak usul tersebut. 

Mereka mahu usul yang dibawa oleh Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) tersebut 
dibahaskan. 

Yang menarik juga, usul yang dibawa oleh Bung Moktar itu disokong sepenuhnya oleh 
pembangkang tetapi tidak disokong oleh penyokong kerajaan termasuk Bung Moktar sendiri.

Menyedari hal ini, wakil DAP dari Bukit Mertajam, Chong Eng bangun dan berkata kepada 
Bung Moktar, "kenapa tak bangun sokong, sokonglah." 

Dalam usulnya, Bung Moktar menyebut, usul tersebut perlu dibincangkan segera kerana ia 
membabitkan peruntukan RM40 juta untuk Institut Latihan Lanjutan Terengganu (Tati), 
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) dan 11 sekolah menengah agama di seluruh 
Terengganu, tetapi tidak diketahui cara pengurusannya. 

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri Terengganu menyalurkan semula wang peruntukan 
itu, mengikut keperluan institusi terbabit adalah satu perbuatan zalim dan jenayah 
kerana ia boleh menjejaskan proses pendidikan pelajar di Terengganu.

"Adalah dikhuatiri wang itu akan disalahgunakan untuk membiayai program-program 
politik pimpinan tertinggi kerajaan PAS Terengganu yang akan terbabit di dalam proses 
pemilihan parti mereka," katanya.

Apabila Timbalan Speaker menolak usul tersebut, kesemua pembangkang yang hadir bangun 
membantahnya dan meminta agar usul tersebut dibahaskan sedangkan tidak ada sokongan 
pun diterima dari penyokong kerajaan termasuk Bung Moktar sendiri. 

Sementara itu, anggota Parlimen PAS menyifatkan peristiwa tersebut sebagai 
membayangkan betapa PAS sangat telus dalam sebarang tindakannya sedangkan para 
pemimpin Umno hanya berani bercakap di depan media mereka sahaja.

"Jika mereka rasa betul tuduhan tersebut, cakap dan berhujjahlah dalam Parlimen. Ini 
tidak, berani tuduh dalam media sahaja kemudian tidak bagi peluang kita jawab balik," 
kata Mohd Nasir Daud anggota Parlimen Kuala Krai yang turut berada dalam Dewan ketika 
itu. 

Peristiwa ini membayangkan, orang Umno luar Semenanjung seperti Bung Moktar ini 
percaya kepada media Umno dan menganggap apa yang dilaporkan oleh media itu betul.

"Tetapi apabila ia mahu diuji di Parlimen, wakil rakyat Umno sendiri tidak berani 
untuk membincangkan isu ini. Tinggallah Bung Moktar kesaorangan yang terperangkap 
kerana percaya kepada media mereka," tambah Nasir. 
 








 


Check out the FREE cell phone packages complete with accessories at Lycos Wireless 
Marketplace
http://www.inphonic.lycos.com/redirect.asp?referringpage=www.lycosad129

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke