*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The Cards Are Smart But Are Government Departments? 
- By MGG Pillai 
url : http://members.nbci.com/xumno/feu_gelita_mggp_v2_92.html

[Terjemahan Bahasa Melayu di bawah]

Malaysian passports are so smart these days that immigration at ports of entry do not 
recognise it.  When we leave Malaysian ports, the information is stored in a computer 
but no mention of it is made on the passport itself.  That gets you into trouble when 
you land when overzealous immigration officers scan it for where you came from.  That 
is, of course, not printed on it, and the hassles begin.  This happens not only in 
Seoul or Medan but also in Kuala Lumpur. I once returned to Kuala Lumpur from Europe, 
where it is, or was, the practice not to stamp passports, and had much explaining to 
do at Subang.  I am now careful to insist that an entry and departure mark is made at 
least once during a journey in the EC.  A company called Iris Technologies, whose 
chairman is a nephew of the finance minister-on-leave (or should it be the 
leaving-finance minister?) and former UN General Assembly chairman.

Fast in the wake of this, the government announces a smart identity card, which would 
contain all relevant information about one.  Privacy is promised but can it be 
guaranteed?  Why should I want my personal details -- and it would contain more 
information than anyone needs to know about the holder -- paraded to the world?  The 
card clearlyy is for the government's, not the holder's, convenience.  For it would, I 
guarantee, a hassle.  The deputy prime minister says it need not be handed over to any 
security office.  But the law says one's identity card should not be handed over to 
any but a police officer.  Any one else can look at it, write down the records, but 
return it.  I do not hand over mine over under any circumstances.  So, why is this 
promise necessary?

We are promised the benefits of computerisation.  We have a new identity card.  Does 
it make you life any easier? Certainly not.  In routine application forms, whether to 
see an official, or to purchase an item or whatever, you are asked to provide both the 
old and new identity card.  Why should it be so?  The Road Transport Department 
recognises only my old identity card.  A lawyer wrote to the National Registration 
Department to find out the new identity card number for which the old is known.  When 
it was done manually, he would have got it in a day;  with computerisation it takes 
ten days.  Searches in the Bankruptcy Department once took a week;  now with 
computerisation, it takes 90 days.  The EPF is online, so information about old and 
new identity card is instantaneous.  Few other government departments are.  But was 
not the point of the new identity cards to speed matters up?  Even the AAM insists on 
both my old a new identity card numbers.  So, would the smart identit!
y card contain both the old and new numbers?

The new identity card will contain other personal details.  All the fellow who wants 
to know the details is to put it through a machine and read it.  This of course 
assumes everyone has the required scanner.  With it our personal and other details can 
be got at by any who wants only to know your name.  The questions or privacy is not 
addressed.  When someone wants to check if I am who I say I am, why he should he know 
my blood group? That the high technology card makes it susceptible to damange is 
unaddressed.  My identity card is in my pocket. Others keep it, especially when 
working bare back, in one's trousers, or wrapped around some cloth or in conditions 
that it would be subject to the elements.  What guarantee is there that the card would 
not provide wrong information.  How does the policeman at a checkpoint read the card 
when he has to in a hurry?  How would he check if a driving licence is valid if he 
does not have a scanner?  Who encodes details of a new driving licenc!
e on it?  Who would have authority to add or delete details from it?  How long would 
that take?

The problem is our love affair with computerisation is to enable the cronies, 
siblings, courtiers of the establishment get the contracts for it.  The Multimedia 
Super Corridor is a prominent example of what goes wrong on the ground at every step 
of computerisation.  There is no promise of better service, only that outdated 
techology would find a home in Malaysia.  There is no central planning for a common 
system that government departments would use. There is no proper study on the 
benefits.  Malaysia wants to be seen to be at the cutting edge of technology, but no 
thought or effort is made to see that everyday life does not become a hassle.

So, changes and systems are enforced to make the government look good.  Why it is 
necessary that we change our identity cards to the new smart identity cards?  The new 
system is less than a decade old.  Why could not the smart cards be introduced 
gradually, beginning with the 12-year-olds who registers for it the first time, and 
those who for any reason must change their identity cards? Instead, we are told the 
government will absorb RM12 of the RM32 the cards will cost.  But why should I replace 
my identity card, a few years old, for this card?  And how was this contract for the 
smart card given out?  Was it by international tender, or has the usual courtier, 
sibling or crony give it to ensure he does not become a bankrupt?

- MGG Pillai


Terjemahan: 
Mana Satu Yang Pintar, Kerajaan Atau Kadpintar Bikinannya? 
(MGG Pillai: The Cards Are Smart But Are Government Departments?) 

Pasport keluaran Malaysia bertaraf pintar masakini, sehinggakan imigeresen di pintu 
masuk (negara asing) tidak dapat mengesannya. Apabila kita tinggalkan Malaysia, 
maklumat itu disimpan dalam komputer tetapi tidak pula ada catatan yang dirakamkan 
pada pasport yang berkenaan. Inilah yang menjebak pemegang pasport itu sebaik tiba (di 
negara orang) apabila pegawai imigeresen yang terlalu cermat cuba mencari maklumat 
asal usul ketibaan pemegang pasport itu. Oleh kerana maklumat pintu keluar pemegang 
pasport itu tidak dirakamkan, bermulalah masalah yang tidak diingini. Perkara ini 
terjadi bukan sahaja di Seoul ataupun Medan malahan juga di Kuala Lumpur. Saya pernah 
pulang daripada Eropah, di mana sudah menjadi satu kebiasaan yang masih diamalkan lagi 
untuk membiarkan pasport tanpa dicop. Saya terpaksa memberi penjelasan panjang lebar 
kepada pegawai imigeresen di Subang 

Sekarang ini saya sudah semakin cermat mahukan pasport saya dicop setidak-tidaknya 
sekali dalam satu perjalanan ke EC. Sebuah syarikat bernama Iris Technologies, yang 
mempunyai pengerusi syarikat yang merupakan anak saudara kepada menteri kewangan yang 
sedang bercuti (ataupun boleh juga disebut yang hampir berpergian?) dan juga kepada 
mantan pengerusi PBB.

Sebagai tindakan pantas kepada keadaan ini kerajaan telah mengumumkan ciptaan satu kad 
pengenalan bersaiz kecil yang dikatakan mengandungi semua maklumat yang sah si 
pemegangnya. Ada perakuan betapa maklumat itu akan menjadi satu rahsia, tetapi tidak 
ada sesiapa yang berani berbuat perjanjian mengenainya.*(sila lihat komen penterjemah 
di bawah nanti). Kenapakah saya mesti merelakan maklumat peribadi saya disematkan 
dalam kadpintar itu untuk bacaan seluruh dunia? Jelas sekali, kad pintar itu adalah 
untuk memudahkan kerja-kerja kerajaan dan bukannya untuk kemudahan si pemegangnya. 
Saya memberi jaminan kad ini akan mencetuskan banyak perbalahan. Timbalan perdana 
menteri berkata kad itu tidak perlu diserahkan kepada sebarang pejabat keselamatan. 
Tetapi, undang-undang ada menyebutkan bahawa kad pengenalan tidak boleh diserahkan 
kepada sesiapa pun melainkan seorang pegawai polis. Sesiapa sahaja boleh membelek 
kadpintar itu dan mencatatkan maklumat dalamannya dan memulangkannya semul!
a. Saya tidak akan menyerahkan kadpintar saya dalam apa keadaan pun. Jadi, apa 
perlunya membuat janji manis seperti ini?

Kita dijanjikan kemudahan kecanggihan komputer. Kita mempunyai satu kad pengenalan 
yang baru. Apakah ini membawa perubahan kepada hidup kita? Tentu tidak. Dalam borang 
permohonan yang biasa, sama ada kita perlu berjumpa seorang pegawai ataupun untuk 
membeli sesuatu barang ataupun apa sahaja, kita diminta menunjukkan kad pengenalan 
yang lama dengan kadpintar pengenalan yang baru. Kenapa pula begitu? Jabatan 
Pengangkutan jalan hanya dapat mengecam kad pengenalan saya yang lama. Seorang peguam 
telah menulis surat untuk mengetahui apakah nombor kad satu pintar baru yang 
menggantikan (nombor) kad pengenalan yang lama. Di zaman kerja-kerja dibuat secara 
manual, maklumat seperti itu boleh dicari dalam masa satu hari, dengan penggunaan 
komputer yang canggih-manggih ia mengambil masa selama sepuluh hari. Pencarian di 
Jabatan Kemuflisan mengambil masa hanya seminggu satu ketika dulu. Sekarang, komputer 
canggih-manggih memerlukan 90 hari. KWSP (EPF) kini berfungsi secara onlain (online) !
menyediakan maklumat mengenai nombor kad pengenalan lama dan baru secara spontan. 
Tetapi prestasi begini tidak wujud lagi di beberapa jabatan kerajaan yang lain. 
Bukankah penyimpanan maklumat dengan nombor kad yang baru itu bertujuan untuk 
mempercepatkan kerja? Malahan AAM (Automobile Association of Malaysia) bertegas 
mahukan nombor kad lama dan kad baru saya.. Apakah kad pengenalan pintar yang kenit 
itu menyimpan dua-dua nombor lama dan baru?

Kad pengenalan yang baru akan menyimpan banyak lagi butiran peribadi. Sesiapa yang 
memerlukan maklumat itu hanya perlu melekapkan kad itu kepada mesin yang akan 
membacanya. Perkara ini boleh diamalkan kalau semua orang mempunyai alat ‘scanner’ 
untuk membacanya. Alat pembaca ini membolehkan sesiapa pun mengetahui butiran peribadi 
kita walaupun orang yang membaca kad itu cuma mahu mengesahkan nama kita saja. Masalah 
keselamatan tidak pun diambil kira. Kalau ada seseorang yang mahu mengetahui siapa 
nama saya sebenarnya apakah perlunya dia mengetahui jenis darah saya? Betapa kad yang 
mempunyai ciri-ciri teknologi canggih itu boleh mudah rosak tidak pula diselesaikan 
dulu. Saya menyimpan kad pengenalan saya dalam poket(kemeja?) Orang lain menyimpannya, 
terutama sekali pekerja yang berlenging, dalam poket seluar ataupun dalam lipatan kain 
ataupun di tempat yang mudah tercemar. Apakah jaminannya kad yang tercemar itu tidak 
mengeluarkan maklumat songsang? Bagaimana pula caranya anggot!
a polis di satu sekatan-polis membaca kad seperti itu ketika bergegas menjalankan 
tugas? Siapa yang memasukkan maklumat satu lessen memandu yang baru? Siapa pula yang 
mempunyai kuasa memasukkan maklumat dan melupuskannya daripada kad itu? Berapa lama 
pula kerja-kerja keluar-masuk itu akan diperlukan?

Masalah yang timbul dalam kisah percintaan kita dengan komputer yang canggih-manggih 
ini adalah untuk membolehkan para kroni, anak-pinak, adik-beradik dan sukusakat 
kumpulan ningrat membalun kontrak yang ada (dan sengaja diada-adakan –penterjemah). 
Lebuhraya Koridor Multimedia (Multimedia Super Corridor) adalah satu contoh yang 
sungguh menyerlah apa yang tersasar jauh menyimpangnya dalam usaha kerajaan memajukan 
industri komputer yang canggih-manggih di negara ini. Tidak wujud janji manis 
perkhidmatan yang lebih baik selain kemasukan teknologi haprak yang sudah pun lama 
basi. Tidak ada satu pusat perancangan untuk menyelaraskan sistem komputer yang 
sepatutnya digunakan oleh jabatan kerajaan. Tidak juga ada kajian yang dilaksanakan 
untuk mengkaji faedah kegunaannya. Malaysia mahu menonjolkan wibawa negara seolah-olah 
berada di pinggir kecanggihan teknologi sedangkan tidak ada usaha ataupun pemikiran 
yang mengkaji betapa kehidupan harian penduduknya yang semakin merempat.

Kerana itu perubahan dan system dikuatkuasakan untuk menyerlahkan kerajaan yang 
seolah-olah sentiasa kelihatan cekap. Apakah perlunya kita menukar kad pengenalan yang 
ada kepada kad pengenalan baru? Sistem yang ada baru hanya berusia dua belas tahun. 
Kenapakah kad pintar itu tidak diperkenalkan secara bertahap; bermula dengan pemohon 
berusia 12 tahun yang baru mendaftar pertama kali, dan kepada mereka yang terpaksa 
menukarkan kad mereka disebabkan masalah peribadi?

Sebaliknya, kita diberitahu kerajaan akan membelanjakan RM12 daripada kos bernilai 
RM32 untuk menyediakan kad pengenalan baru itu. Tetapi kenapakah saya mesti 
menggantikan kad lama saya yang baru saya perbaharui untuk mendapatkan kad yang baru 
lagi? Bagaimana pula caranya kontrak pembikinan kad terbaru itu diagihkan? Adakah 
melalui tender antarabangsa ataupun apakah para kroni, juak, anak-pinak, suku-sakat 
yang sama diberikan tender itu untuk mengelakkan mereka menjadi muflis pula?


-MGG Pillai
- [EMAIL PROTECTED] 
Rabu 25April,2001

Terjemahan: Marhaintua

Catatan penterjemah: Kad pengenalan adalah ciptaan penjajah British yang sepatutnya 
tidak diperlukan kalau kad beranak dikira mencukupi. Di Britain segala usaha kerajaan 
Margaret Thatcher hinggalah John Major untuk memperkenalkan kad pengenalan sudah 
ditolak oleh rakyatnya, Wang kerajaan untuk membeli peralatan kad pintar sepatutnya 
digunakan untuk membeli mesin pengesan (scanner/x-ray) kenderaan barangan untuk 
digunakan oleh Jabatan Kastam. Melalui mesin pengesan ini kutipan hasil dalam negeri 
dan cukai negara boleh dilipat-gandakan.Ini adalah teknologi yang digunakan di Eropah 
sejak 18 tahun yang dulu. Kenapakah Mahathir tidak membelinya? Kerana kroni kata 
“jangan dulu…….? ataupun nantilah…biar kita balun dulu…..?” Siapakah yang menjadi 
pengendali utama pengangkutan berkontena (perkhidmatan logistik) terbesar di negara 
ini? -MT-


http://members.nbci.com/xumno/feu_gelita_mggp_v2_92.html#Terjemahan






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to