*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara dan saudari sekalian,

Kami telah mendapat tahu tentang e-mel yang
mempertikaikan kesahihan status halal makanan dalam
tin berjenama YEO’S.

Pengirim e-mel ini jelas menulis tuduhan yang tidak
berasas tanpa sebarang bukti yang kukuh.  Ini
menunjukkan pengirim asal e-mel tersebut tidak
mengetahui tentang keadaan sebenar akitiviti kilang
pemerosesan kami di Shah Alam.

Apa yang jelas Syarikat Yeo Hiap Seng (M) Bhd TIDAK
mengeluarkan sebarang makanan yang mengandungi daging
khinzir atau apa-apa  bahan makanan berunsur khinzir. 
Malahan, syarikat kami telah dianugerahkan sijil HALAL
(No siri : 000976-000977 dan 000986-000987) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dan dikawal setia oleh mereka sejak dahulu
lagi.  Untuk pengetahuan semua, sijil ini hanya
dikeluarkan apabila sesebuah syarikat itu dapat
memenuhi dan mematuhi tatasyarat yang amat ketat dari
segi penggunaan bahan mentah, pemprosesan,
pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran barangan.

Kilang kami mempunyai 81 orang tenaga kerja Islam yang
mewakili 27% daripada jumlah tenaga kerja kami di Shah
Alam.  Tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku di
kilang kami tanpa sebarang bantahan.  Perlu dingatkan
syarikat kami adalah sebuah syarikat awam (public
listed) yang mana kami mempunyai tanggungjawab menjaga
keyakinan dan kepercayaan pelabur kami yang telah
diberi kepada kami.

Kami juga mempunyai tanggungjawab menjaga kepentingan
pengguna yang terdiri daripada berbilang kaum dengan
mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, bersih,
berkhasiat dan ‘Halal’.

Kenyataan terlihat lori membawa ‘kerbau pendek’
memasuki kawasan kilang kami di Shah Alam amat diragui
dan tiada bukti yang menyokongnya.  Mungkin wujud
salah anggap kerana terdapat sebuah kilang pusat
penyembelihan yang berdekatan di kawasan perindustrian
yang sama.

Syarikat kami mengambil berat tentang isu mel layang
ini kerana tuduhan ini adalah tidak berasas dan
menjejaskan imej syarikat. Diharap penjelasan ini
dapat menghilangkan rasa sangsi terhadap isu
pemprosesan  ‘kerbau pendek’ yang telah dihantar
melalui internet baru-baru ini.


 



Sekian, terima kasih di atas masa yang diluangkan
untuk  membaca surat ini.Sila hubungi kami jika
terdapat sebarang kemusykilan.





Yang menjalankan tugas


Puan Eliza Zainuddin
Pengurus Jenama

Yeo Hiap Seng (M) Berhad

Nota : E-mail ini dihantar oleh 
Lenny Lim, 
Pegawai Perhubungan Awam  
[EMAIL PROTECTED]

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak Njang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke