Subject: [ADIL-Net] ''Siapa Suruh Kamu Jadi Penoreh Getah" , Tanya MB Negeri Sembilan
http://members.tripod.com/~mahazalimtwo/300401zaf.html
Yahoo! Groups Sponsor |
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
''Siapa Suruh Kamu Jadi Penoreh Getah" , Tanya MB Negeri Sembilan
Seremban, 25hb. April 2001
Hari ini seramai 15 orang yang terdiri dari Jawatankuasa Ladang Terentang, Negeri Sembilan telah mengadakan satu perjumpaan selama dua puluh minit dengan YAB Menteri Besar.. Pekerja telah meminta satu temujanji untuk berjumpa dengan Menteri Besar setelah semua saluran berbincang dengan Majikan Ladang Terentang di bawah Syarikat Golden Hope gagal .
Pekerja Ladang Terentang menghadapi masalah pengusiran paksa sejak ladang mereka menukar tanaman dari getah ke kelapa sawit. Majikan juga tidak mahu memberikan mereka tempat ganti mahupun pampasan yang adil.
Pekerja yang datang hari ini kebanyaknya bekas penoreh getah dan mereka amat gembira dapat bertemu dengan Ketua Menteri mereka. Apabila ditanya masalah mereka, merekapun telah meluahkan masalah mereka seperti pekerja menerima notis berhenti kerja dan diminta keluar dari ladang. Hilang kerja . Wang pampasan kurang. Tak mampu beli rumah dan sebagainya. Namun mereka amat terkejut dengan reaksi Menteri Besar. Menteri Besar dengan senang-senang berkata, " Kalau suruh keluar, keluarlah Kan rumah banyak di Seremban . Belilah ". Apabila beliau diberitahu bahawa para pekerja tidak mampun membeli rumah, maka MB dengan sindir berkata , " Saya tak suruh awak toreh getah ".
Apabila Menteri Besar diingatkan mengenai titik peluh dan jasa penoreh getah kepada ekonomi negara dan pengorbanan penoreh getah. MB terus mengatakan, " Jangan cakap pasal pengorbanan pekerja. Bukan penoreh getah saja yang berkorban. Saya juga berkorban"
Pekerja cuba menceritakan masalah mereka, tetapi MB nampaknya mempunyai pandangan sendiri mengenai pekerja ladang. Akhirnya MB hanya berkata, " Awak pandai cakap, Cakaplah. Saya dengar."
Pekerja pun terus meluahkan fikiran, " Wang Pampasan yang diberi sangat sedikit. Mengikut Akta pekerja, tak boleh bayar kurang dari gaji 20 hari kerja untuk setahun kerja. Akta tak kata tak boleh beri lebih. Sekarang kos tinggi. Kita mahu pampasan sewajar."
Seperti rekod rosak, MB hanya berkata , "OK, you cakaplah, saya dengar."
Akhirnya MB bertanya , "Apa tuntutan kamu , saya akan bincang dengan Golden Hope, dengan Jabatan Buruh, dan dengan UPEN.Tapi masalahnya bukan kerajaan punyai tanah Sekali lagi penduduk harus mengingatkan MB bahawa kerjaan bertanggungjawab kepada rakyat. YB mengakhiri kunjungan hormat ini secara tiba-tiba. Saya akan bincang tengok. Cakap dengan kamu memang tak habis sampai besuk pun.
Apabila keluar dari bilik MB, para pekerja Ladang Terentang amat teekejut sekali. Tidak mereka sangka MB yang mereka kenali yang begitu mesra semasa kempen pilihanraya dan semasa mereka lihat di kaca TV mempunyai sikap yang berlainan. Nampaknya MB langsung tidak memahami masalah rakyat. Namun lawatan ini memberi mereka satu pengajaran mengenai pucuk pimpinan kerajaan negeri.
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices