*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


------------------------------------------------------------
Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 
------------------------------------------------------------
Time/Date    : 11:34:22 AM 3/5/2001 Thu 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode         : plain/text 
------------------------------------------------------------

  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 2/5/2001 am 

Mana Mungkin Serigala Bersimpati Dengan Mangsanya!
by CDB   
 
[Mahathir mengumumkan keputusan untuk tidak membenarkan Anwar  
mendapat rawatan di luar negara adalah muktamad walaupun dirayu 
oleh 108 individu. Beliau juga menuduh Anwar berbohong dengan  
sakitnya itu. Ini bermakna beliau telah berkonfrontasi dengan 
beberapa sasterawan negara yang terbilang didalam kelompok individu  
itu. Sekaligus ini mungkin akan mencetus babak ketiga perjuangan  
reformasi yang lebih  bertenaga lagi. Kehadiran internet beserta  
sasterawan negara mungkin akan melebamkan Mahathir kerana mata pena 
itu lebih tajam dari hujung mata pedang. Bersedialah Mahathir untuk 
menggelepar tertikam. 
 
Dengan mengatakan Anwar berbohong, Mahathir sendiri telah memperlekehkan 
seorang pakar saraf antarabangsa yang dihormati dunia. Bukan itu sahaja, 
dia telah memperbodohkan semua doktor pakar dalam negara yang sependapat 
sakit Anwar memang kritikal kerana mungkin membawa risiko lumpuh jika  
tidak dibedah segera dengan seteliti-telitinya - bukan sakit pinggang  
biasa atau tulang belakang sahaja sebagaimana tuduhan Mahathir. Suharto 
dan Sukarno pun membenarkan rawatan ke luar negara kepada musuh politik 
mereka, tetapi Mahathir yang mengaku Malaysia negara Islam tidak mahu 
berlembut langsung padahal Anwar sudahpun terhukum 15 tahun. Nyatalah  
Mahathir sudah tidak berperi manusia sebagimana yang dituntut oleh ugama. 
Dia sudah menjadi binatang seganas serigala agaknya? 
- Editor] 
 
 
 
MANA MUNGKIN SERIGALA BERSIMPATI DENGAN MANGSANYA! 
 
Serigala merupakan sejenis binatang yang buas, ganas dan kejam terhadap  
mangsanya. Mungkin kita beranggapan bahawa singa yang menjadi raja di rimba  
itu lebih ganas dan buas, tetapi sebenarnya binatang yang bernama serigala  
sebenarnya terlebih buas dan kejam lagi terhadap mangsanya. Apabila seekor  
serigala menyeringaikan gigi dan taringnya, dia pasti akan menerkam  
mangsanya dengan buas dan ganas. Agak sukar sama sekali untuk mengelakkan  
serangan seekor serigala yang berada di depan kita apabila dia telah  
menerkam ke arah mangsanya. 
 
Mengapa saya membawakan kisah seekor serigala dalam tulisan saya kali ini?  
Ya, ini kerana untuk memberikan pembaca suatu gambaran betapa manusia yang  
bernama Mahathir Mohamad yang sedang berkuasa mutlak sebagai Perdana Menteri  
itu sebenarnya tidak jauh bezanya dengan seekor serigala yang maha buas dan  
kejam itu.  Jika serigala hanyalah seekor binatang yang tidak berakal, tetapi  
manusia bernama Mahathir itu adalah manusia yang mempunyai akal fikiran  
tetapi hati nuraninya tidak langsung berbeza dengan seekor serigala yang  
dipanggil binatang itu!  Apabila saya menyifatkan Mahathir itu sebagai  
orang yang wajahnya adalah manusia tetapi hatinya adalah serigala pada dua  
tahun lepas, Ustaz Fadzil Noor dalam satu ceramahnya di Taman Melewar (kalau  
tak silap saya) terus 'bersetuju'  dengan 'terminologi' yang saya gunakan  
itu, lalu beliau menggunakan ungkapan yang saya sebutkan itu dalam  
ceramahnya. Memang tepat pun ! 
 
Saya ingin menggambarkan betapa manusia bernama Mahathir itu adalah  
sebenar-benarnya berhati serigala berwajah manusia dalam sikapnya yang zalim  
dan tidak berperikemanusiaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang  
menderita kesakitan tulang belakang sekarang ini. Sebelum itu saya ingin  
mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada 108 individu dari pelbagai  
kelompok masyarakat yang menghantar petisyen meminta rayuan agar Mahathir   
membenarkan Anwar dirawat di luar negeri. Meskipun rayuan tersebut telah  
ditolak mentah-mentah oleh 'manusia berhati serigala' itu, namun  
sekurang-kurangnya dapat menggambarkan betapa majoriti rakyat Malaysia masih  
lagi mempunyai sifat belas kasihan dan simpati dengan penderitaan orang lain  
tanpa mengira fahaman politik dan agama mereka. Hanya manusia  berhati  
kering seperti serigala sahajalah yang akan melihat penderitaan orang lain  
itu sebagai helah, lakonan dan pura-pura semata-mata. 
 
Sudahlah menolak mentah-mentah rayuan tersebut, tetapi menuduh Anwar sebagai  
pembohong dan berpura-pura sakit ataupun cuma sebagai sakit pinggang sahaja  
merupakan suatu  ungkapan yang lahir dari seorang manusia yang hatinya   
hitam legam dan dipenuhi dendam kesumat yang tebal.  Jika ada dihatinya  
sedikit 'nur' iman dan ingatkan balasan Allah s.w.t. di akhirat kelak,  
nescaya tidak akan terkeluar ucapan sedemikian dari mulut seorang yang  
mengaku sebagai seorang Islam. Sudahlah melakukan fitnah durjana yang tidak  
dapat dibuktikan secebis pun di mahkamah, kini nampaknya beliau masih belum  
berpuas hati dengan 15 tahun penjara yang dikenakan ke atas musuh politiknya  
itu.  Melihat kepada besarnya kemarahan dan dendam Mahathir kepada Anwar,  
seolah-olah Anwar itu telah melakukan suatu dosa yang maha besar ke atas  
beliau. Seolah-olah Anwar itu telah membunuh seluruh ahli keluarganya tanpa  
belas kasihan. Seolah-olah Anwar telah melakukan dosa yang Tuhan sendiripun  
tak akan ampunkannya. Demikianlah seolah-olahnya dosa Anwar terhadap  
Mahathir sehingga tidak sedikit pun mengundang rasa simpati dari dalam  
dirinya. Walhal, jika adapun dosa Anwar terhadap Mahathir ialah kerana  
keengganannya menyelamatkan syarikat anak-anaknya yang hampir bangkrap dalam  
tahun 1998 dahulu dengan menggunakan duit rakyat. Itu sahaja dosanya. Sampai  
begitu sekali dendamnya manusia berhati serigala itu! 
 
Meskipun begitu, tidaklah sukar untuk saya memahami kemuncak dendam dan  
kemarahannya ke atas Anwar itu - iaitu berpunca dari slogan  'undur Mahathir  
undur' (yang mencetuskan penentangannya yang berterusan selepas itu) yang  
dicetuskan oleh Anwar sebelum tragedi penangkapannya 20 September 1998  
dahulu. Inilah puncanya sehingga melahirkan dendam hitam itu ! 
 
Berbalik kepada isu Anwar yang sedang menderita kesakitan itu, saya melihat  
sikap berdolak dalik yang dimainkan oleh kerajaan Mahathir sehingga  
membiarkan Anwar menderita begitu lama itu sebagai suatu 'percubaan terbuka'  
untuk memusnahkan Anwar secara 'legal' iaitu untuk membiarkan Anwar  
menanggung kesakitan sehingga akhirnya akan menyebabkan beliau lumpuh  
kalaupun tidak menghabiskan riwayatnya.  Anwar yang lumpuh dan tidak  
berupaya untuk berbuat apa-apa adalah suatu keseronokan dan kredit yang  
cukup besar untuk kesinambungan hayat kekuasaan bagi seorang diktator yang  
tidak mengaku dirinya diktator itu. [Buat masa ini Anwar yang sedang  
bergelut dengan kesakitannya itu sudah pun tak mampu untuk melontarkan  
kata-kata perangsang dan penentangan terhadap diktator itu] .   Saya percaya  
selepas kegagalan 'misi arsenik' dalam Tahun 1999 dahulu, misi kali ini  
tidak menampakkan dengan ketara akan 'perancangan' yang disengajakan itu.  
Dengan membuat sejuta dalih dan helah, dengan bantuan mereka-mereka yang  
boleh dijualbeli maruahnya, dengan pertolongan mereka-mereka yang sanggup  
menjadi pelacur dan dilacurkan, akan nampak lebih realistik lagi percubaan  
untuk memusnahkan Anwar pada kali ini.  Kalau tidak masakan perkara kecil  
seperti itu pun begitu sukar diselesaikan. 
 
Saya ingin bertanya - siapa Dr Abdul Razak Kechik sebelum ini? Siapa Omar  
Mohd Dan sebelum ini? Adakah mereka ini orang tersohor seantero alam  
sehingga begitu gah melontarkan kata-kata amaran dan ultimatum meminta Anwar  
memilih satu antara dua - bedah atau balik ke penjara?  Siapa Omar Mohd Dan  
yang begitu heboh memperkatakan tentang kos penjagaan Anwar yang sudah  
mencecah RM65,000 kerana begitu lama berada di hospital? Kenapa tiba-tiba  
sahaja heboh dikatakan yang duit pembayar cukai sebanyak itu telah  
dihabiskan untuk menjaga seorang banduan walhal tidak  pernah berlaku  
sebelum itu hal yang seumpama itu? Baiklah, kalau begitu, kita ingin  
bertanya dengan barua-barua yang sanggup menjual maruahnya ini - siapa yang  
meminta Anwar jadi begitu?  Siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Anwar  
terlantar sebegitu? Siapa yang  bertanggungjawab menyumbatkan Anwar ke  
dalam penjara begitu? Sejak bila pula saudara begitu prihatin dengan nasib  
pembayar cukai hinggakan RM65,000 itu terlalu besar sangatkah ? Bagaimana  
dengan orang yang merompak dan menyamun duit Tabung Haji dan KWSP untuk  
menyelamatkan syarikat anak-anaknya yang nak bangkrap itu? Bagaimana pula  
dengan orang yang membeli saham MAS dengan harga lebih RM8.00 walhal harga  
sebenarnya cuma RM3.40 sahaja? Ini bukan duit pembayar cukaikah? Ini bukan  
duit rakyatkah? Apa pandangan saudara tentang hal ini? Kalau anda selesa  
menjadi barua, persilakanlah, tak ada orang yang nak melarang,  tetapi  
jangan lupa yang perhitungan hari akhirat nanti  bakal menanti anda dengan  
penuh pasti! 
 
Seperkara yang terlintas di fikiran saya mengapa beriya-riya sangat Mahathir  
tidak mahu membenarkan Anwar dirawat di luar negeri ialah kemungkinan Anwar  
akan diziarahi oleh pemimpin-pemimpin asing ketika sedang mendapat rawatan  
nanti.  Pemimpin-pemimpin seperti Tony Blair, Chirac, Helmut Kohl dan  
lain-lain sudah tentu akan menziarahi Anwar ketika beliau sedang dirawat.  
Apabila ini berlaku, mungkin Anwar akan dapat menjelaskan sendiri dari mulut  
ke mulut kepada mereka dan kesannya, pemimpin-pemimpin tersebut akan  
meningkatkan tekanan ke atas Mahathir.  Inilah yang sebenarnya amat ditakuti  
oleh Mahathir.  Bukankah Tony Blair sendiri pernah memberikan amaran ketika  
Mahathir mengunjunginya tidak lama dahulu ? 
 
Saya tertarik dengan satu rencana yang disiarkan dalam Harakah keluaran  
terbaru, yang pada saya telah menyindir penuh sinis kepada Mahathir sendiri  
iaitu artikel bertajuk, 'Di tengah-tengah jahatnya Sukarno dan Suharto,  
Masih Ada Timbangrasa Dan Kemanusiaan'.  Saya kira rencana ini sudah cukup  
untuk menggambarkan betapa Mahathir adalah terlebih teruk dan buruk daripada  
bekas dua diktator Indonesia itu. Jelas menggambarkan betapa di sebalik  
kezaliman dan kerasnya sikap Sukarno dan Suharto  itu terhadap lawan  
politiknya, tetapi apabila berdepan dengan musibah kesakitan dan penderitaan  
yang dihidapi oleh  musuh politiknya , mereka masih boleh bertolak ansur dan  
melahirkan simpati. Bukan sekadar itu sahaja, malah membenarkan musuh  
politiknya itu mendapatkan rawatan yang sewajarnya sehingga sembuh. Masih  
ada nilai kemanusiaan dan sifat insan dalam diri mereka. 
 
Misalnya, diceritakan bagaimana ketika Hamka ditahan, beliau telah diberikan  
pelbagai kemudahan yang selayaknya untuk manusia. Bukan sahaja isteri dan  
keluarga boleh berjumpa dengan tahanan, malahan pihak keluarga juga  
dibenarkan membawa makanan dan diberikan langsung oleh isteri atau anak-anak  
kepada tahanan berkenaan. Sutan Syahrir, Ketua Parti Sosialis Indonesia,  
perdana menteri termuda Indonesia  berumur 29 tahun pada awal merdeka, dia  
sakit dan dibenarkan berubat ke Switzerland, yang belanja perubatannya  
sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan Sukarno. 
 
Meskipun Sukarno zalim dan jahat ketika berkuasa, namun dia masih ada  
sedikit rasa kemanusiaan dan dia tetap menghormati bekas pemimpin-pemimpin  
Masyumi dan PSI meskipun tetap dipenjarakannya. Namun keluarga  tahanan  
dapat melihat suami dan ayahnya dengan selesa, sedangkan yang sakit dihantar  
ke hospital malahan dibenarkan berubat ke luar negara tanpa halangan dan  
sekatan. Dalam kes Jeneral (B) A.H. Nasution yang tidak ditahan tetapi tidak  
dibenarkan keluar negara, tetapi apabila isterinya sakit dan ingin berubat  
ke Amerika Syarikat, beliau dibenarkan menemani isterinya berubat ke sana  
tanpa sekatan. Begitu juga dengan lain-lain tahanan dan musuh politik yang  
lain. Mereka telah diberikan layanan dan rawatan yang selayaknya untuk  
manusia, meskipun Sukarno dan Suharto bukanlah manusia  yang baik orangnya.  
Tetapi di dalam hatinya masih ada lagi rasa simpati dan sifat insan terhadap  
sesama agama dan bangsa. 
 
Adakah Mahathir masih layak dipanggil insan? Adakah Mahathir masih layak  
dipanggil manusia? Adakah Mahathir masih layak dipanggil muslim? Inilah  
persoalan yang menuntut rasa tanggungjawab untuk setiap orang yang waras dan  
sihat akal fikirannya memberikan jawapan. Namun sikap dan dendam yang  
ditunjukkannya terhadap Anwar dalam mana kesakitan dan penyakit yang  
dihidapi oleh Anwar begitu kritikal dapat menjelaskan kepada kita bahawa  
manusia bernama Mahathir itu sudah tidak memiliki walau secebis pun nilai  
insan dan sifat manusianya.  Kalau haiwan pun masih mempunyai perasaan ihsan  
terhadap sesama haiwan, namun ianya tidak pada Mahathir. Baginya, dendam  
yang hitam terhadap Anwar tidak akan berampun. Sikap buruk sangka dan  
kebenciannya terhadap makhluk yang bernama Anwar Ibrahim sudah tidak dapat  
dilukiskan dengan kata-kata. Mimik wajahnya ketika memperkatakan tentang  
Anwar sudah dapat menjelaskan tahap kebenciannya itu.  Apa sahaja yang  
bersangkut paut dengan batang tubuh Anwar tidak harus sama sekali diberikan  
simpati dan belas kasihan. Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar atau  
'body gesture'nya  sekalipun akan tetap dianggap sebagai 'bohong' dan  
muslihat politik semata-mata. 
 
Bagi saya, selagi Mahathir masih berada dalam ilusi dendam dan kebenciannya  
yang tebal terhadap Anwar beliau sama sekali tidak akan kembali menjadi  
manusia dan insan. Selagi beliau memiliki hati kering serigalanya , jangan  
diharap Anwar akan mendapat sebarang belas simpati untuk mengurangkan  
kesakitan dan deritanya itu. Selagi Mahathir masih bersalut hitam hati yang  
gersang dari nilai iman dan takwa serta takutkan hari akhirat, usah diharap  
apa-apa harapan daripadanya. Jauh sekali untuk pergi berubat keluar negara.  
Manusia berhati serigala yang kejam dan bengis seperti itu tidak akan  
meletakkan apa-apa simpati yang boleh diharapkan oleh mereka-mereka yang  
masih menaruh harapan akan ihsannya. Pada saya, mana mungkin untuk  
mengharapkan simpati dari seekor serigala terhadap mangsanya walhal  
kerakusan dan lahapnya mengeronyok mangsanya tidak sedikit pun membayangkan  
akan perasaan itu. Jika tidak, masakan Anwar mendapat 15 tahun penjara  !! 
 
Orang yang tidak mengasihani makhluk yang di bumi, tak akan dikasihani oleh  
makhluk yang di langit. Orang yang terputus dari rahmat Allah tidak akan  
memiliki hati yang bening dan simpati dengan musibah yang menimpa orang lain!  
Apakah hanya maut sahaja bahasa yang sebaik-baiknya untuk melembutkan hati  
manusia Mahathir ini? Atau cuma apabila malaikat maut datang dan nyawanya  
tinggal di halkum maka baru terpekik terlolong memanggil-manggil nama Anwar?  
Kalau begitu, pergi mamposss lah dengan manusia jahannam bernama Mahathir  
itu! 
 
Cucu Datuk Bahaman 
2 Mei 2001 
 
 
 





Ref URL: https://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=4360

Code: (c) at http://webantu.cjb.net/ 
(c) KM2 and original author(s). You may distribute for non commercial purposes. 
The author(s)/translator(s)/editor(s)/source(s) should be retained. 
Time/Date Generated : 11:34:22 AM 3/5/2001 Thu



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke