*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IJTIMA' HAFIZ MALAYSIA

Persatuan Hafiz Malaysia (PAHAM) akan menganjurkan Ijtima' Hafiz Malaysia pada 2 
hingga 3 hb. Jun 2001 di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

Sehubung dengan itu PAHAM menjemput semua ahli berdaftar serta para hafiz dan hafizah 
di seluruh negara untuk menyertai ijtima' ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai 
kenderaan, PAHAM akan menyediakan bas yang akan bertolak dari Masjid Negara, Kuala 
Lumpur bersama dengan semua kenderaan persendirian.

Ijtima' ini akan dirasmikan oleh penasihat PAHAM, Dato' Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz 
dan akan menghimpunkan Generasi Penghafaz Al-Quran pertama sehinggalah kepada para 
penghafaz Al-Quran penghujung abad ke 20 termasuklah mereka yang menamatkan hafalan 
dalam alaf yang baru.

Ijtima' ini adalah merupakan perhimpunan tahunan para penghafaz Al-Quran seluruh 
negara  yang julung kali diadakan diluar Lembah Kelang. Selain bermesyuarat, Ijtima' 
tahun ini juga akan dipenuhi dengan beberapa pengisian seperti muzakarah, dialog dan 
kulliah. Ijtima' ini pasti lebih menarik dengan adanya sesi jejak Hafiz yang akan 
mengimbau kisah pahit maung generasi awal penghafaz Al-Quran  dinegara ini.

Para hafiz dan hafizah yang berminat untuk menyertai ijtima' boleh menghantar borang 
penyertaan yang diterima sebelum 20 Mei 2001 kepada Setiausaha PAHAM, No.. 115 Jalan 
Medang Serai, Bukit Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur atau Fax bernombor 03-2522370 atau 
menghubungi talian 03-2540895 / 012-6657827 (Mukhlis) / 019-3851759 (Ashri) untuk 
keterangan lanjut.

__________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape Webmail account today at 
http://webmail.netscape.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke