Date: Fri, 4 May 2001 15:19:04 +0800

Patung hanya dilarang di kalangan penganut Islam - Idris Omar
KUANTAN, 3 Mei (Hrkh)-Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pahang,
Ustaz Idris Omar menjelaskan, Islam hanya melarang umat atau penganutnya
sahaja menyimpan patung.
"Adapun bagi penganut agama lain, terserahlah kepada mereka kerana hak
kebebasan beragama dan mengamalkan ajarannya dijamin oleh Islam,"katanya
dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Beliau membuat kenyataan itu ekoran kekeliruan yang timbul tadi kenyataan
beliau dalam Dewan Undangan Negeri Pahang semalam.
Semalam, ketika dalam persidangan DUN Pahang, beliau dilaporkan berkata,
jika PAS memerintah negeri itu, semua patung akan dibuang.
Ia telah disiarkan secara meluas oleh hampir kesemua akhbar berbahasa
Mandarin di negara ini.
Laporan ini juga telah mendapat perhatian berat! dari media antarabangsa yang
membuat laporan susulan mengenai kenyataannya ini.
Ustaz Idris yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menjelaskan, yang
dimaksudkan patung di sini adalah patung yang dimiliki oleh umat Islam dan
tidak berbangkit patung untuk agama lain kerana "Islam menjamin kebebasan
agama."
Sehubungan itu, katanya, jika BA memerintah Pahang, kebebasan beragama
samada dengan cara menggunakan patung atau lainnya tidaklah dilarang.
"Ini telah diamalkan di negeri Kelantan dan Terengganu sekarang," katanya
dalam sidang akhbar jam 11.30 pagi tadi di Bilik Urusetia DUN Pahang.
Turut serta dalam sidang akhbar itu adalah Adun DAP dari Triang, Leong Ngah
Ngah, Adun Kuala Pahang, Mohd Iqbal Hamdy Mohd Rushdi dan Adun Tahan, Abdul
Malik Yusof.


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices

Kirim email ke