*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wt.
Saya ada membeli sebuah rumah teres dikawasan Bukit Beruntung pada bulan 
January 2001. Setelah siap membuat surat perjanjian jual beli(SAP) maka 
terpaksalah saya mencari Institusi Kewangan untuk mendapatkan pinjaman 
perumahan,setelah berjaya mendapat pinjaman maka seperti biasa kita akan 
membuat satu perjanjian pinjaman yang terpaksa kita membayar kepada pihak 
guaman.

Tapi yang menjadi kemuskilan saya ialah baru sebulan membuat perjanjian 
pinjaman perumahan, saya terpaksa membuat sekali lagi perjanjian pinjaman 
kerana rumah yang dibeli telah berubah dari Master Title kepada Individual 
Title dan dengan ini saya terpaksa membayar lagi sekali kepada pihak guaman. 
Sedangkan saya diberitahu bahawa Individual Title telah dikeluarkan kepada 
pemaju semenjak bulan September 2000 (sebelum saya beli lagi).

Pihak pemaju telah menyuruh saya untuk membuat perjanjian baru secepat 
mungkin kerana alasannya untuk mempecepatkan proses pinjaman agar tidak 
terganggu, tetapi saya rasa hal ini terjadi disebabkan kesilapan pihak 
pemaju dan saya tidak sepatutnya menanggung kerugian akibat kesalahan orang 
lain.
Saya harap ada pembaca yang ada cara atau penggalaman yang dapat menolong 
saya untuk menggatasi masaalah yang saya alami ini, saya amat berterima 
kasih diatas segala jasa baik tuan/puan.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibundaku Tercinta" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke