*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UMNO Terjebak Perangkap Sendiri
(MGG Pillai: UMNO zugzwangs itself)

Sudah wujud satu permainan politik yang baru di ibukota. Para pemimpin UMNO 
sedang menuduh satu sama lain dengan pedasnya tentang wang politik sebagai 
punca segala musibah dalam parti.. Mereka mengakui betapa seriusnya perkara 
ini, dan telah melantik satu jawatankuasa khas di kalangan pemimpin kanan 
parti untuk menyiasat segala tohmahan. Tetapi, mereka tidak pula berapa 
berminat untuk membiarkan jawatankuasa itu menjalankan peranannya. Semakin 
kerap presiden UMNO, timbalannya ataupun salah seorang naib presiden parti 
berkhutbah betapa politik wang itu boleh menghancurkan UMNO dan juga dunia 
politik, sedangkan mereka tidak sedar setiap kali mereka berkhutbah setiap 
kali itu juga pendengarnya ketawa berdekah-dekah.
Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, yang juga merupakan presiden UMNO, 
mahu mereka yang terlalu kaya raya dihalang daripada menjawat sebarang 
kedudukan dalam parti; dia tidak lagi mahu memberikan kontrak kepada 
pemimpin UMNO, sekaligus memperakukan selama ini merekalah yang membalunnya. 
Timbalan perdana menteri merangkap timbalan presiden UMNO, Ahmad Abdullah 
Badawi, bercakap betapa seriusnya politik wang, seolah-olah kedudukannya itu 
tergugat kalau dia tidak menyentuh perkara itu setiap kali diberi peluang 
untuk bercakap.
Seorang naib presiden, Mahyuddin Yassin, menyalahkan cara pemilihan calon 
untuk jawatan dalam parti.
Inilah caranya mereka menggelupur cuba meragut apa sahaja untuk mengelak 
daripada kelemasan. Politik wang sudah menjadi darah daging UMNO. Projek 
kerajaan diagihkan kepada ahli UMNO ataupun syarikat di mana mereka 
mempunyai sahamnya. Malahan syarikat asing memerlukan seorang rakan niaga 
daripada UMNO untuk berjaya.
Setiap projek penswastaan, yang sudah pun lingkup tertangkup, diberikan 
kepada para kroni dan juak UMNO, kalau projek itu tidak lagi diingini oleh 
para pemimpin terkanan dalam parti. Tetapi sebahagian daripada keuntungan 
projek tersebut mesti dicurahkan sedikit (atau sebahagiannya mengikut 
peraturan)secara terus ataupun sebaliknya. Perkara ini tidak boleh 
dikecualikan. Tidak sesiapapun yang bercakap mengenainya, tetapi itulah 
hakikatnya.

Perkara Biasa
Tidak ada yang peliknya perkara ini. Ia merupakan satu perkara biasa di mana 
semua parti politik di dunia ini mengutip derma, terutama ketika masih 
berkuasa. Jadi, kenapa pula digembar-gemburkan kisah pemberian wang yang 
lumayan daripada mereka yang telah membalun banyak faedah daripada system 
UMNO ini? Menyisihkan mereka yang kaya raya seperti yang dicadangkan oleh 
Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah parti. Yang sudah kaya raya memang 
telah meraih naungan politik. Para kroni, anak-pinak, juak dan jongos adalah 
mereka yang kini sudah menjadi kaya raya itu. Empayar perniagaan Daim 
Zainuddin yang besar dan merata dan yang kini diawasi oleh para kroninya dan 
juaknya adalah penyebab kenapa orang Melayu menendang UMNO. Mahathir 
terpaksa bertindak, Cuma caranya itu yang tidak bertepatan dengan yang 
sepatutnya. Rungutan mengenai korupsi dalam parti bukanlah satu perkara 
baru. Kenapakah Abdullah sengaja tidak pedulikan jawatankuasa khas yang 
menyiasat perkara itu? Apakah dia dan UMNO sengaja tidak serius akan perkara 
ini pada pemilu yang lalu?
Kenapa pula perkara ini menjadi penting sekarang? Ada seorang pemimpin yang 
telah dipecat daripada UMNO lebih satu dekad dulu kerana dikatakan 
membelanjakan RM6 juta untuk menjadi pengerusi bahagian. Tetapi seperti yang 
diberitakan perkara ini sudah membarah, kenapa pula mereka yang terbabit 
seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, tidak dikenakan tindakan? 
Mahyuddin memang ternyata tidak ikhlas apabila menyebut bahawa politik wang 
muncul dalam pemilihan jawatan parti disebabkan keperluan melepasi pelbagai 
halangan yang memerangkap para calon, termasuklah menentukan adanya sokongan 
kuat daripada cawangan dan bahagian untuk setakat memenangi jawatan di 
peringkat bahagian.
Tetapi, bukankah Dr. Mahathir yang mencipta peraturan baru supaya 
membolehkan beliau menang tanpa dicabar, terutama sekali setelah UMNO 
berpecah-belah pada 1988? Apabila jawatankuasa khas UMNO yang dipelopori 
oleh Mahyuddin mengsyorkan sekatan ini dibatalkan, persidangan luar biasa 
UMNO pada November lalu telah enggan mempersetujuinya. Tindakan seperti itu 
bukannya boleh dilakukan dengan mudah lagi dalam persidangan UMNO yang akan 
datang.

UMNO Yang Terjebak
UMNO terjebak dalam perangkap bikinannya sendiri. Para pemimpin yang sedang 
memegang tampuk kuasa mahukan satu system yang menyekat kemunculan pemimpin 
yang baru. Kerana itu, menteri baru dan timbalan menteri dipilih daripada 
mereka yang tidak memenangi pemilihan kerusi parlimen, menyebabkan akar umbi 
parti menjerit kerana melanggar peraturan. Akar umbi parti memang meluat 
dengan semua perkara ini. Ia sudah melihat betapa UMNO sudah menjadi satu 
parti politik di mana para pemimpinnya mahu terus berkuasa sampai tidak lagi 
bernyawa. Sudah wujud dua pendapat dalam UMNO. Para pemimpin yakin bahawa 
hanya mereka sahaja yang boleh memimpin dan menyokong orang Melayu dan 
menentukan kewujudan masyarakat demokratik yang multi-kaum. Satu pendapat 
lagi merakamkan betapa orang Melayu sudah melihat UMNO itu tidak lagi untuk 
kepentingan orang Melayu, kerana ia sudah wujud sebagai sebuah parti politik 
Melayu dan bukan untuk kesinambungan budayanya. Orang Melayu pada dasarnya 
amat marah terhadap cara dan tindak-tanduk kerajaan yang menguasai UMNO 
mengaibkan Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang sudah pun 
terpenjara. Sudah tidak ada titik penyelesaian kepada dua pandangan yang 
bercanggah ini, dan pemimpin UMO sudah beranggapan perkara ini hanya akan 
dapat diselesaikan dengan menangkap sesiapa juga yang tidak bersetuju 
dengannya di bawah akta keselamatan dalaman (ISA). Cara penyelesaian seperti 
itu adalah satu cara lama. Ahli UMNO sudah pun lari menendang UMNO untuk 
memasukki PAS dan Keadilan.  Ahli UMNO yang ada sengaja enggan menghadiri 
mesyuarat UMNO. Seorang ahli seumur hidup UMNO, baru-baru ini menubuhkan 
satu cawangan PAS di pinggir Kuala Lumpur. Inilah gambaran penyakit dalaman 
yang tidak mahu dibincangkan oleh para pemimpin UMNO.

Dendam Berdendam
Kalau UMNO masih mahukan satu lagi alasan yang mencetuskan masalah, ia 
muncul kerana keputusan kerajaan mengemukakan lima lagi tuduhan berbaki 
terhadap UMNO minggu ini. Pejabat Ketua Peguam Negara, sedang mencelaru 
apakah tuduhan itu akan ditarik balik atau pun diteruskan sahaja. 
Melaksanakannya dalam tempoh dua bulan sebelum menjelangnya persidangan UMNO 
tentu sekali mencetuskan tuduhan menggila.
Keadaan tidak lagi mengambil kira sama ada kes itu ditarik balik ataupun 
diteruskan. Kerajaan sudah semakin terdesak sekarang. Adalah lebih baik 
kalau semua tuduhan itu diperlekehkan sahaja. Tetapi, UMNO tidak mahu lain 
lagi selain melepaskan geram dendam lama terhadap Anwar kerana segala 
kebobrokan ini.
Seperti masalah layanan perubatannya, kerajaan dan tentunya UMNO telah 
terjebak, apapun tindakan yang akan ditetapkan. Salah urusan beginilah, dan 
bukannya korupsi, politik wang, ataupun perundangan mengenai pilihanraya , 
yang telah menjerit UMNO. Tidak kiralah kalau-kalau para pemimpin UMNO itu 
meletakkan jawatan dan menyerahkan penerajuan parti kepada pemimpin 
reformasi yang baru.Kalaulah Tengku Razaleigh Hamzah dibawa semula 
menganggotai puak penasihat presiden, dia mungkin berjaya mengekalkan 
sokongan itu untuk satu ketika.
Untuk itu tidak menjadi penting lagi kalau wujudnya 3,000 ataupun 30,000 
rungutan tentang pemilihan jawatankuasa bahagian yang telah dikemukakan. 
Ataupun kalau-kalau peraturan sudah pun berubah. Lagipun UMNO sudah 
merupakan sebuah parti politik yang tidak akan berjaya mendapatkan sokongan 
yang sudah pun lari darinya. Inilah yang berada di tahap paling corot dalam 
Dilemma UMNO.
MGG Pillai-
24 April,2001. Khamis.


DR. MAHATHIR MOHAMAD – MANUSIA YANG TIDAK TAU BERSYUKUR DAN BERTERIMA 
KASIH.
Amin Sapiro (semakin nampak cahaya dihujung sana)
SEBAGAI umat beragama Islam, orang Melayu cukup cepat menilai nikmat yang 
dilimpahkan Allah swt. Kepada orang yang menghulurkan pertolongan kepadanya, 
sudah menjadi kebiasaan bagi mereka akan berterima kasih dan berikrar dalam 
diri untuk membalas jasa dan petolongan itu di suatu ketika kelak sekiranya 
ia termampu.

Semangat Yang Memuncak
Nenek-moyang orang Melayu bermati-matian mewujudkan UMNO dalam tahun 1946. 
Bukan pula UMNO itu satu parti yang pertama mempelopori perjuangan untuk 
menuntut kemerdekaan tanahair, tetapi UMNO merupakan gabungan beberapa 
anggota dan parti-parti politk yang kecil-kecil sebelumnya. Kerana orang 
Melayu bervisi jauh, maka mereka membenamkan semua perbedaan dan perasaan 
ego yang tersembunyi selama ini. Mereka bersatu dengan niat luhur untuk 
menunjukkan kekuatan yang ampuh kepada penjajah Inggeris.
Waktu itu, ramai diantara kita masih "entah dimana". Jika sudah lahir 
sekalipun, masih mengopek puting susu dari botol kicap yang dipadankan 
sebagai botol susu. Mungkin majoriti kita masih menggantungi kaki seluar 
ayah waktu mereka berarak menunjukkan sokongan kepada parti politik yang 
memperjuangkan kemerdekaan negara. Perasaan itu mungkin samar-samar. Jika 
belum lahir, mungkin setakat mendengar cerita saja.

Orang Melayu Masyarakat Prihatin
Pemimpin Melayu silih berganti menerajui UMNO. Dalam semua mesyuarat dan 
perhimpunan ahli-ahli parti, mereka tidak pernah "cabut" pistol atau baling 
kerusi kepada kawan se majlis. Tidak pernah terdengar kesah cerita "undi 
seri" hingga tertangguh mesyuarat kerana kacau-bilau. Mereka ‘saling 
dengar mendengar’ dalam suasana muafakat yang amat menyenangkan. Yang 
menang bertanding selalunya orang yang paling enggan ke hadapan untuk 
menjadi Ketua. Tetapi kerana namanya dikemukakan oleh seorang pencadang; 
tanpa disedarinya pencalunannya telah disokong sebulat suara oleh 
teman-teman di mesyuarat itu. Akhirnya, orang itu akan menjadi Ketua yang 
baik dan boleh diharap.
Ini berpunca dari sikap dan cara orang Melayu memilih ketua. Mereka 
mendasarkan kritirier yang unik, iaitu berasaskan kepada ilmu di dada, 
kejujuran dan keikhlasan serta kesungguhan bekerja tanpa ganjaran. Kebolehan 
memimpin datang dengan sendiri jika elemen-elemen itu sedia wujud.
Malangnya, senario itu sudah lupus dan tidak wujud lagi dalam UMNO sekarang. 
Tak usahlah kita ungkit satu per satu apa insiden yang berlaku yang 
memualkan. Mesyuarat UMNO di mana-mana sekarang sudah jadi "bangsal Keling 
karam".
Wakil WANITA akan ‘berceridau’ dengan "mulut murai ala Rafidah". Yang 
lelaki akan mencuangkan penumbuk ke muka kawan kayak ego "Pendekar Gilo". 
Keadaan menjadi hingar-bingar hingga "rocket launcher" Ezam meledakpun 
mungkin tak terdengar..!! Begitu sekali hebatnya pemimpin UMNO 
"memperjuangkan" kepentingan "tembolok" mereka. Ihhh…Kacauuuuu…!!

Episod Lakunan Orang-orang Dungu
Selepas sesi episod saling "lempar taik" dan "bercakaran" itu selesai; maka 
bermati-matianlah pihak yang menang dan yang kalah memulakan kempen buruk 
memburukkan lawan. Seolah, keputusan mesyuarat tadi bukan hujung cerita 
pemilihan; sebaliknya suatu permulaan kepada pelbagai episod "SHIT slinging" 
yang paling mengaibkan. Saraf masing-masing makin terganggu. Dengan nawaitu 
yang salah dan karenah serta perancangan yang jahat, semua pihak akan melobi 
sana sini dengan nista berbagai-bagai versi. Matlamat masing-masing ialah 
untuk menjadi calun wakil rakyat pula dalam pilihanraya yang akan tiba.

Gejala Politik Wang
Sebenarnya, disinilah isu politik wang bermula. Dengan kepakaran yang tinggi 
dan terlatih, juak-juak mereka akan menggunakan wang simpanan yang 
diperuntukkan oleh "orang atas" yang berkepentingan. Mereka yang tidak ada 
reputasi baik sebagai pemimpin yang direstui rakyat akan mencurahkan wang 
dengan banyak. Jangan tanya dari mana mereka "korek" sumber dana brjuta itu. 
Semua orang tau. Sudah jadi kebiasaan, pemimpin UMNO mempunyai koporat Cina 
sebagai sandaran yang dilantik sebagai kroni. Mereka tidak ragu-ragu 
menlakukan rasuah dan penyelewengan tanpa memikirkan bahawa yang parah ialah 
banga sendiri dan rakyat. Politik wang dalam UMNO (dan parti komponen BN 
juga) berpunca dari wujudnya "politiking" untuk menjatuhkan kawan yang 
semakin membudaya. Ini berpunca dari faktor asas yang wujud – yang memberi 
sebab mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dikonspirasikan oleh Dr.  
Mahathir..!! Kekuatan politik Dr. Mahathir dan sekongkolnya berpunca dari 
wang, kuasa yang ada dan karenah amalan beliau sebagai seorang pembohong dan 
kaki "torak". Muka selambanya bila berhadapan dengan rakyat kadangkala 
"boleh pakai" juga.

Pertembungan Dua Falsafah
Tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim punya KARISMA yang diasaskan kepada 
perjuangan beliau yang selari dengan kemahuan dan tuntutan rakyat. Bagi 
beliau, orang Melayu bukan bodoh menilai dan menentukan antara yang betul 
dengan yang salah, antara yang rakus dengan bersih, antara yang tamak dengan 
berhemat, dan antara DIKTATOR dengan DEMOKRAT, antara yang bersolat 5 waktu 
sehari dengan yang cuma 7 hari sekali..!!
Pertembungan falsafah kedua-dua ahli politik ini menyebabkan Dr. Mahathir 
semakin dipinggirkan orang Melayu dan rakyat. Tambahan pula Dr. Mahathir 
terbukti rakus dan licik, tidak punya nawaitu "setiakawan" yang bersih 
terhadap lawan dan kawan.
Dari segi dasar politik, Dr. Mahathir terbukti sebagai seorang pemimpin UMNO 
yang tidak mengenang budi orang Melayu yang memberi beliau peluang 
menganggotai dan berjaya pemimpin UMNO. Walaupun pemimin UMNO terdahulu 
telah membuang beliau (sebagai sindiran tajam membuka ruang beliau 
menganggotai MIC), namun beliau tidak membalas budi orang yang memberi 
beliau peluang kali ke dua itu.
Hari ini, apa yang sangat ditakuti oleh majoriti orang Melayu akan berlaku, 
telahpun berlaku. UMNO sudah kehilangan wadah perjuangan untuk mengisi 
kemerdekaan yang diaspirasi dan diamanahkan nenek-moyang orang Melayu untuk 
rakyat.

"Top Priority" Pemimpin UMNO
Rasuah dan penyelewengan, gejala gila kuasa, gejala "belodok" yang licik 
merancang mengisi tembolok dan konspirasi mega yang menjijikkan tekak, 
aib-mengaib dan peperangan saraf antara pemimpin UMNO dan agenda "teamster"; 
telah mendapat keistimewaan dan "top priority".
Pemimpin UMNO di peringkat tinggi itulah yang menjadi punca segala 
perpecahan dikalangan ahli-ahli dan penyokong UMNO. Kerana itu, orang Melayu 
sudah semakin lemas. Sebagai sebuah masyarakat yang tenang dan membudayakan 
amalan Islam yang perihatin kepada silaturrahim (seperti yang jelaskan 
diawal tadi), orang Melayu tidak ada pilihan selain dari meninggalkan UMNO. 
Bermakna, perpecahan orang Melayu bukan dimulakan oleh Pembangkang. Orang 
Melayu "cabut" meninggal UMNO kerana parti sudah "rotten" dan tidak dapat 
diubat dari luar. Ia berpunca dari "CANCER" yang sedang membarah dalam UMNO 
sendiri. Oleh itu, usul Dr. Mahathir untuk berbincang dengan PAS dan 
KeADILan itu diibaratkan seperti menampal "koyok Salon-PAS" kepada pesakit 
yang menghidap "Aids HIV". Tak ada guna dan buang masa saja. Boleh dikira 
"it won’t happen" saja..!! Orang Melayu tak peduli lagi.

BARISAN ALTERNATIF Pilihan Rakyat
PAS yang tidak pernah menunjukkan sikap "pelampau" seperti yang menjadi 
amalan UMNO versi Mahathir Mohamad selama menerajui UMNO, dan KeADILan yang 
menitip falsafah politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan hak 
rakyat; adalah antara dua parti yang berjaya memberi orang Melayu pilihan 
"alternatif" yang amat sesuai dan tepat dan sepadan dengan citarasa politik 
orang Melayu.
Wujudnya BARISAN ALTERNATIF dan sokongan orang Melayu (dan rakyat umum) yang 
semakin hebat adalah manifestasi yang membuktikan bahawa UMNO dan komponen 
BN tidak berjaya memberi apa-apa yang diuntut oleh rakyat semua kaum.
UMNO/BN tidak nampak berkemampuan lagi memperbetulkan semula segala 
kerosakan yang mencederakan kewibawaan parti itu.  Buktinya terlalu banyak 
hingga kedaulatan tanahair, keterampilan semua kaum dan bangsa serta agama 
orang Melayu, ie. Islam; sudah terhakis dan rosak – hancur berkecai..!

Tindakan "Orang Lemah Yang Terdesak"
Siri penangkapan beberapa pemimpin dan penyokong KeADILan (BA) telah 
"mematahkan" selera orang Melayu untuk menyukai UMNO/BN.
Orang Melayu menganggap UMNO seperti "betina tua" keputusan haid. Mereka 
sudah sekian lama melihat kesan ISA yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar 
Ibrahim semasa dalam tahanan di Bkt. Aman.  Sekaligus semua rakyat dan dunia 
langsung tidak menyakini bahawa Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu "samseng" yang 
menerajui negara dan UMNO/BN sekarang layak diberi mandat seterusnya.
Lihat saja: Nasib satu juta rakyat Terengganu yang nafikan hak Royalti 
Minyak, sejumlah Rm7.0 bllion royalti yang disapu bersih oleh kejaan BN Wan 
Mokhtar, segala rasuah dan penyelewengan, hutang lapok Rm700 juta yang 
ditinggalkan untuk dibaya PAS, adalah satu dari 1000 contoh yang ada. 
Pemenrentahan UMNO/BN yang diterasjui Dr. Mahathir tidak memberi kesan 
sebarang faedah kepada rakyat negeri itu.

Bailout Menampung Kerakusan
Berbagai jenis BAILOUT berbillion-billion yang dihamburkan bagi mengapung 
korporat milik anak-anak Dr. Majathir-Daim dan Kroni mereka; diketahui umum 
telah menghakiskan dana KWSP dan Tabung Haji, PETRONAS dan PNB, dll. Hutang 
negara berjumlah ratusan billion dan semakin meningkat (Dr. Mahathir takut 
memaklumkan jumlah sebenar kepada rakyat), perdagangan antarabangsa Malaysia 
yang semakin merosot demi bulan, jumlah pengangguran dan inflasi yang 
semakin meningkat; amat menggerunkan. Sementara negara lain sedang meningkat 
stabil.
Tahap keyakinan pelabur asing yang semakin hilang dan kepercayaan kepada 
Kerajaan pimpinan Dr. Mahathir yang semakin pudar; telah dimanifestasikan 
dengan jumlah kilang-kilang besar-besar milik syarikat asing semakin ramai 
memindahkan operasi mereka ke Vietanam, Kampuchea dan tanah besar negeri 
China. Tidakkah itu petanda bahawa negara ini sudah dipencilkan dari arus 
pembangunan serantau?
Soalnya: Apakah pemimpin UMNO masih bergelut dengan politik menabur fitnah, 
mendokong "Biawak Hidup" yang seekor itu, berpolitik mencari kedudukan di 
peringkat Bahagian hingga mencakar muka kawan hingga calar-balas? Itu 
politik apa?
Sementara mereka tidak langsung nampak menumpukan minda dan kesungguhan 
untuk membangunkan negara dan rakyat yang semakin mundur ke belakang dari 
arus perdana dunia sejagat; mereka berlagak seolah-olak apa yang berlaku 
tidak "mengejutkan" mereka!!

Dr. Mahathir Menipu Orang Melayu
Orang Melayu (Dr. Mahathir tak tau sebab beliau bukan orang Melayu – dia 
Malbari), wajib sedar sekarang bahawa Mahathir sedang melekakan UMNO dengan 
1001 unsur "foya-foya" yang melengahkan. Sekarang sudah diwujudkan pula 
"Puteri UMNO" yang terdiri dari Artis-artis penglipur hati yang lara sebagai 
tambahan kepada "Rakan Muda" yang semakin merosakkan sosial orang Melayu. Di 
zaman pemerentahan Diktator Hitler dan Mussolini, perkara seperti ini memang 
sengaja dilakukan sebagai cara melalaikan rakyat dan meraih minat anak-anak 
muda supaya menyokong pergerakan pemuda disebut Nazi. Rakyat dilalaikan 
dengan pelbagai kenyataan dan janji manis-madu seperti dalam ucapan beliau 
di Parlimen semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-8 sedikit hari dulu. 
Cuma teliti serangan Pembangkang keatas ucapan itu. Mahathir terkebil-kebil 
menjawab tergagap-gagap merapu-rapu. Puncanya, Mahathir berbohong dan cuma 
"jual borak", kununnya Pembangkang tak tau apa-apa!! Nampak sangat Mahathir 
meludah muka sendiri!!

Masjid Jadi Saluran Kempen Dakyah UMNO
Mahathir telah menggunakan masjid-masjid untuk menabur fitnah dan menutup 
segala "pekung busuk" dalam pentadbiran beliau. Melalui J/K Masjid dan 
Khutbah yang diolah oleh jabatan agama Islam di negeri-negeri atas arahan 
general dan leutenan "pengkhianat Islam" di JAKIM dan IKIM. (perhatikan 
khutbah Jumaat hari ini 4 Mei 01), rakyat semakin loya.
Penggunaan media cetak dan letronik arus perdana semakin berbau "menghasut" 
dan mengadu-domba. Seekor "anak biawak baka Krala" sengaja ditempatkan oleh 
Mahathir di Kementerian Penerangan untuk memberi garis penduan "propaganda" 
busuk semakin memburukan keadaan. Biawak ini mencakar belakang orang Melayu. 
Dr. Mahathir semakin nampak berkarenah berlebih-lebihan hingga sudah nampak 
"melampau" dalam sebarang urusan beliau menangani isu berbangkit dari kerja 
busuk bikinan tangan beliau sendiri.
Soalan Terbuka:
Apakah kita, sebagai orang Melayu yang diamanahkan menyambung wadah dan 
aspirasi Kemerdekaan yang mereka serahkan untuk menjaganya sanggup 
ditempelak di Akhirat nanti semata-mata kerana mengkhianati NEGARA, BANGSA 
dan AGAMA? Apakah Dr.  Mahathir sebaik-baik pemimpin UMNO, atau apakah UMNO 
yang dimamak-malbarikan ini akan mampu mengisi kemerdekaan orang Melayu?
Fikir-fikirlah. Gerakkan tulang empat kerat untuk membebaskan diri dari 
belenggu ini, setelah berdoa selepas solat Jumaat hari ini. Allah swt. sudah 
mengurniakan petunjukNya kepada kita. Bacalah. bernawaitu dan 
beritiqamahlah!!
Amin Ya Rab….!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke