*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Tahanan politik dikurung keseorangan dalam bilik
kecil yang buruk aliran udaranya selama tiga hingga
lima bulan, malah setahun lamanya tanpa dibenarkan
lawatan peguam atau ahli keluarga dan bahan bacaan.
Segala seksaan mental dan siasatan siang malam yang
berterusan selama beberapa hari tanpa dibenarkan tidur
dan rehat telah menyebabkan ramai tahanan menghidap
penyakit jiwa, malah ada yang menjadi tidak waras; 

2. Semasa siasatan, tahanan politik digari dan
diseksa: perut ditumbuk atau ditendang, rambut ditarik
dan kepala dihentak ke tembok bilik siasat dan
sebagainya. Ada tahanan terpaksa menjalani pembedahan
di hospital kerana berdarah dalam perut; 

3. Kesepuluh-sepuluh jari tahanan politik dicucuk
dengan jarum atau celah-celah jari dilapis dengan
pensil lalu digenggam dengan sekuat tenaga, supaya
tahanan politik yang diseksa itu mengalami kesakitan
yang tidak terperi; 

4. Kemaluan tahanan politik dibakar dengan pemetik api
atau dijentik dengan gelang getah, atau lebih dahsyat
lagi, dicucuk dan masuki dengan batang besi yang
halus; 

5. Tahanan politik dipaksa melucutkan seluar dan duduk
di atas botol minuman ringan supaya duburnya ditembusi
leher botol (bottleneck); 

6. Tahanan politik dipaksa melucutkan segala pakaian,
supaya kesejukan dalam bilik berhawa dingin atau
berkipas, sehingga ia jatuh sakit atau pengsan kerana
terlalu sejuk; 

Massa revolusioner 

7. Banyak tahanan politik yang dibuang negeri di bawah
Akta Pembuangan Negeri, mereka yang enggan dibuang
negeri dipenjarakan tanpa jangka masa yang ditetapkan
di penjara jenayah di merata tempat di seluruh negeri.
Di penjara Seremban saja, ada tahanan politik yang
patriotik telah dipenjarakan selama 10 hingga 20
tahun, dan masih dipenjarakan terus-menerus; 

8. Ramai tahanan politik yang telah ditahan selama
empat hingga lapan tahun dan ke atas, kini masih terus
ditahan secara sewenang-wenangnya; 

9. Pasukan antirusuhan sering dihantar ke tempat
tahanan untuk menindas tahanan politik secara
kekerasan, termasuk mereka yang enggan digari apabila
hendak dihantar keluar dari tempat tahanan, dan
mengakibatkan kecederaan; 

10. Layanan, kebajikan dan kesihatan tahanan politik
masih belum diperbaiki. Misalnya tahanan yang sakit
digari apabila dihantar ke hospital; selepas pukul 9
malam, semua tahanan politik dikurung dalam bilik
kecil yang panas dan kotor serta basah udaranya; harga
pembelian barang harian lebih mahal daripada harga di
pasaran luar sebanyak 20 peratus hingga sekali ganda. 

Fakta-fakta tersebut telah membuktikan secara tegas
bahawa regim reaksioner Perikatan menggunakan
perdamaian dan demokrasi sebagai tipu helah, untuk
melaksanakan dasar-dasar yang lebih biadab dan zalim
daripada keganasan fasis yang dilaksanakan oleh
imperialis tentera Jepun ketika pencerobohan dan
pemerintahannya. Rakyat jelata telah mendapat didikan
politik yang mendalam melalui penderitaan-penderitaan
yang menyayat hati dan dosa-dosa yang mendedahkan
sifat fasis dan wajah hodoh regim reaksioner! 


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke