*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tugu Peringatan dan Perlis

Assalamualaikum sahabat2ku...

Aku tulih email ini untuk menyampaikan pesanan Ust. Harun Din... Aku amat 
berharap kawan2 dapat bersabar dan membace sehingga habis email ini supaya 
selesai tanggungjawab aku untuk menyampaikan maklumat ini.

Begini cerita dia...
Pada 22 oktober 1999 jam 8.00 malam, aku, azli,nnin dan nitham telah 
bertolak ke kg. air baloi, pontian untuk mengikuti ceramah ust. harun din ( 
kire2 sejam dari utm ). Beliau mengupas soal syirik.. Dan aku rasa
kawan2 semua patut tahu apa kupasan tersebut..

Terlebih dahulu aku nak katakan disini bahawa aku bukannya memandai mandai 
dalam soal agama yang aku nak sampaikan ini tetapi cuma untuk menyampaikan 
apa yang aku dengar... jelas.. siap dok baris depan lagi, depan speakar...

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang 
famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan
sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah 
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta 
pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala... dan 
melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 
boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi 
sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak 
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang...Mufti tersebut tidak 
mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet 
tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2 
yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau 
berkata..." bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah 
mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat
walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan 
mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak 
pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan
apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa 
syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah 
nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus
dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud 
tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat 
tuhan hindu bersemayam.."

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara 
terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa 
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan 
dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan
termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya... Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan 
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM (BERMAKNA ALLAH JUGA 
ADALAH ZALIM)!

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala maklumat 
diatas kepada kawan2 sekalian.... Aku berterima kasih kepada kawan2 semua 
kerana sudi membaca email ini sehingga habis.. Semoga
nasihat2 daripada Ust. Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil 
iktibar.

Wassalam..



______________________________________________________
Get Paid... With Your Free Email at
http://www.zwallet.com/index.html?user=awangsaifeluddin


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Awang Saifeluddin b Awangku Karim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke