Mungkin ada benarnya juga pandangan saudara itu.
Jarang sekali kita dengar polis Singapura makan rasuah, malah kita selalu dengar mereka begitu tegas dan profesional dalam menjalankan tugas.

Di Singapura bukan sahaja gaji polisnya tinggi tetapi gaji kakitangannya sektor awam mereka memang tinggi. Malah gaji kakitangan sektor awam mereka lebih tinggi dari gaji rakan-rakan mereka di sektor swasta. Oleh itu tidak hairanlah kalau sektor awam mereka mendapat pekerja yang terbaik, dedikasi dan cekap. Bebanding di Malaysia hanya orang kelas kedua sahaja yang mahu bekerja di sektor awam.

Oleh itu tidak hairanlah kalau perkhidmatan yang diberikan oleh sektor awam di Malaysia hanya setakat tahap kelas kedua saja.

Mungkin kerajaan kita tidak mampu dan kita tidak pula hendak menuntut gaji polis dan pekerja sektor awam kita sama tinggi dengan gaji polis dan sektor awam di Singapura. Tetapi yang kita mahu ialah supaya gaji polis dan pekerja sektor awam kita mestilah lebih baik atau setanding dengan rakan-rakan mereka disektor swasta. Dengan cara ini sahaja kita dapat menjamin gaji mereka cukup untuk menyara kehidupan mereka di samping dapat menarik pekerja kelas satu ke dalam sektor awam dan sekaligus dapat memberikan pekhidmatan bertaraf kelas satu juga.

pisang kelatkeling wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kalau soal rasuah, semua orang sudah tahu bagaimana rasuahnya
sesetengah anggota polis malaysia. Sapa2 yg pernah terlibat dengan
kesalahan trafik & kemalangan jln raya tentu tahu dgn karenah polis
malaysia yg tak cukup makan ni. Dengan duit lebih tulah mereka beri
makan anak isteri - kalau pemimpin negara boleh rasuah, apasalahnya
mereka rasuah juga.

Kalau soal menjawab talipun kecemasan seperti pasal jenayah yg sedang
berlaku, punyalah lembatnya cakap pun tak guna. Kemuncak contohnya
ialah kes panggilan 999 baru2 ni di PJ.

Yg terbaru, ada Inspektor pun dah pandai cari duit lebih dengan
merompak, alih2 geng mamak yg kena tuduh sampai 40 lebih kes.

Bukan setakat prebet atau Inspektor, ketua dia orang pun samseng
nak mampus - macam yg masuk penjara 2 bulan tu.

Sekarang sorang lagi ketua diaorang, yg mungkin terlupa bahawa setiap
yg hidup pasti mati. Setiap penderitaan yg ditanggung oleh mangsa2 ISA,
setiap tangisan ahli keluarga mereka, pasti tak lenyap begitu saja.
Silap hari, musibah tu akan balik ke keluarga polis tu pulak.

Sayang seribu kali sayang, semakin maju dunia ini, polis Malaysia
semakin kebelakang arahtujunya - dari segi profesionalism dan
perikemanusian.  Inilah akibat menyokong kezaliman & tolak hukum
Tuhan, keberkatan pun hilang.
 
 

____________________________________________________________________
Free Web Based Email Served From a Mac at http://www.MacsRbetter.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke