*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang pelancung rasa terkejut bila mendapati harga makanan bagi dua
pinggan nasi berlauk ikan kembong, sayur sawi dan dua gelas air sirap
bernilai RM21.00 (Ringgit Malaysia dua puluh satu) semasa dia singgah
makan di salah satu kedai makan di Bandar Hilir Melaka Bandaraya
Bersejarah.

Ini bukan salah kira kerana pelancung tersebut telah meminta pelayan
kedai itu mengira sekali lagi harga makanan yang mereka makan itu untuk
memastikan pelayan itu tidak tersalah kira.

Siapa saja akan terkejut bila mengalami perkara sedemikian kerana setahu
kita tidak ada kedai makan di mana-mana pun di Malaysia (kecuali
restoran di Hotel) mengenakan harga makanan yang sebegitu mahal.

Bila ditanya kepada En. Jantan salah seorang pengusaha kedai makan di
kawasan tersebut, kenapa harga makanan di kawasan itu terlalu mahal. En.
Jantan memberi penjelasan, pelancung yang datang melawat ke tempat
bersejarah tidak seperti pelancung yang datang melawat ke pantai
peranginan atau pelancung yang berkelah ke kawasan air terjun atau rimba
rekreasi. Mereka yang datang melawat ke tempat-tempat sejarah tidak akan
melawat ke tempat yang sama kerap kali dalam masa satu tahun. Mungkin
ada pelancung yang melawat ke tempat sejarah hanya sekali atau dua kali
untuk seumur hidupnya.

Tambah En. Jantan lagi, kalau kita letak harga makanan rendah pun
sebagai daya tarikan, pelancung yang sama tidak akan datang lagi ke
Melaka kerana seperti yang dikatakannya tadi pelancung yang melawat
tempat sejarah biasanya hanya datang sekali untuk seumur hidupnya. Oleh
itu lebih baik pengusaha kedai makan di situ mengenakan harga yang mahal
kerana beranggapan orang yang makan di situ hanya makan sekali saja
seumur hidupnya.

Oleh itu adalah di nasihatkan kepada pelancung yang mahu melawat
tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir Melaka supaya membawa bekal
dari rumah atau tidak makan di  kedai makan kawasan Bandar Hilir kalau
mereka tidak mhu membayar harga makanan yang tinggi.

Kalau tidak, pastinya bukan saja anda dapat melawat tempat-tempat
bersejarah di Melaka, silap langkah kejutan harga makanan yang terlalu
tinggi di Bandar Hilir Melaka ini akan pula menjadi satu sejarah dalam
kehidupan anda sendiri.

http://www.geocities.com/aliasof2/islam.htm



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke