Gugur Baki Tuduhan Terhadap DSAI

Pertama sekali sudah tentu kami gembira dengan berita ini. Tetapi seperti yang saya ramalkan baki lima tuduhan terhadap DSAI akan digugurkan menjadi kenyataan. Meneruskan lima tuduhan palsu tidak berasas ini bermakna mereka sengaja mencari susah.

Tetapi dalam pada itu saya juga rasa kesal, kerana saya sangat berharap DSAI akan mendedahkan banyak lagi konspirasi-konspirasi manusia laknat ini di mahkamah. Saya berasa cukup yakin jika kes-kes ini dibicarakan maka segala penipuan dan fitnah kerajaan terhadap DSAI dan rakyat Malaysia akan ditelanjangkan di mahkamah. Lebih-lebih lagi kelihatan suasana di mahkamah sekarang nampaknya ada sedikit 'pemulihan'.

Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Korup Augustine Pol di Penjara Sungai Buloh, pihak pendakwa telah menyatakan bahawa mereka menggugurkan semua baki lima pertuduhan terhadap DSAI tanpa sebarang sebab. Regim AMENO telah merasakan penjara 15 tahun terhadap DSAI adalah mencukupi. Sekiranya mereka meneruskan baki lima tuduhan ini, konspirasi mereka akan menjadi kelam kabut. Pertamanya, banyak wang yang akan digunakan untuk membayar rasuah kepada hakim dan saksi palsu. Sedangkan kita semua tahu pembiaya utama konspirasi ini, Daim Zainuddin sedang berkonfontasi dengan Ketua Konspirator Mahadey Lakantullah. Kedua, beberapa hakim korup seperti Wahab Petai dan Akhtar Tahi khabarnya akan 'dikeluarkan' dari Kuala Lumpur. Terima Kasih kepada Ketua Hakim Dzaidin. Ketiga, dalam kes rasuah mereka tidak mempunyai walaupun satu bukti yang boleh disabitkan. Buktinya semasa kempen pilihanraya tidak ada satu pun bukti yang mereka gunakan untuk mengaitkan DSAI dengan rasuah sebaliknya Barisan Alternatif yang banyak membuat laporan berkaitan rasuah pemimpin-pemimpin tertinggi AMENO. Namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kerana mereka juga korup. Keempat, dalam kes sodomi, saksi palsu mereka mungkin sudah berubah fikiran. Ataupun 'mangsa' liwat ini juga sudah kena 'tangkap' berzina. Ataupun Kerajaan tidak lagi boleh merasuah jawatan pengarah kepada 'mangsa' liwat kerana banyak syarikat kroni dah lingkup, lebih-lebih lagi Mokhzani pun dah jual syarikatnya. Kalau benar DSAI meliwat kamu, silakan buat pertuduhan. Kami juga tidak suka kaki liwat tetapi kami lebih tidak suka orang yang buat fitnah. Keenam, mereka sudah tidak memiliki DUGONG di pejabat peguam negara.

InsyaAllah ini tanda-tanda awal ALLAH mahu membersihkan maruah seorang hambanya yang tidak berdosa dan ALLAH akan menghina hamba-hambanya yang menjatuhkan maruah orang lain.

Kirim email ke