*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sekarang sibuk pula soal Penyangak Matawang yang membuat spekulasi untuk menjatuhkan matawang kita. Dihebohkan oleh Mahathir dan Mustapa Mohamad. Apa yang kita dapat firasat dan dari pengalaman yang sudah-sudah , tentulah matawang kita akan merudum sekali lagi kerana kita rakyat Malaysia telah di peringatkan awal-awal lagi akan kesilapan dan kejahilan Mahathir dan Menteri-menterinya mengawal ekonomi negara. Tetapi bentuk peringatan itu bukanlah dalam bentuk menyalahkan diri sendiri tetapi seperti biasalah mereka ini akan menyalahkan orang lain terutama penyangak matawang antarabangsa. Rakyat negara ini sudah siang-siang lagi di beritahu akan kejatuhan matawang negara ini oleh Mahathir dan menteri-menteri duit. Apakah dengan pemansuhan Levi yang dibuat oleh mereka tempoh hari masih tidak dapat menarik minat pelabur-pelabur luar negara untuk kembali melabur di negara ini? Maka menteri-menteri duit ini dengan si Tua nyanyok itu mengambil langkah kedua, iaitu dengan menurunkan nilai matawang negara pula? Dengan harapan ini akan membuka mata pelabur asing untuk melabur di negara Mahathir dan keluarga ini (Mahathir & Co). Inilah sebab utama Syarikat Nestle dan beberapa buah syarikat gergasi seperti Seagate telah cabut ke negara-negara lain seperti Thailand dan Vietnam serta India. Kerana apa? Kerana mereka sudah lama tahu akan rancangan Mahathir tua ini untuk menurunkan nilai matawang Malaysia. Tambahan mereka-mereka ini sedar, masalah utama negara ini bukanlah masalah ekonomi, akan tetapi masalah Mahathir itu sendiri. Sekiranya si Tua kutuk ini letak jawatan begitu juga dengan Abdullah Badawi maka ekonomi negara sudah tentu 100% akan kembali pulih, malah pelabur-pelabur asing akan mula kembali berniaga di negara ini. Untuk Kakitangan Kerajaan pula, kita tunggu dan lihat akan perkembangan bulan September ini, apakah ada sebarang gangguan dengan pembayaran gaji kakitangan awam pada ketika itu? Maklumat telah di terima dari berbagai Jabatan yang berkaitan dengan Gaji Kakitangan Awam bahawa kemaskini gaji hanya setakat bulan September sahaja dan tiada sebarang arahan atau petunjuk untuk bulan-bulan seterusnya. Apakah Mahathir hendak menaikkan gaji minimun RM1,200 atau tiada gaji langsung. Kalau nak naikkan gaji minimum..agak kurang munasabah kerana matawang negara akan merudum, oleh itu tiada bergaji atau kelewatan gaji adalah kemungkinan besar. Maksud penurunan nilai matawang adalah nilai wang negara semakin kecil berbanding dengan negara lain..tidak mungkin nilai matawang negara Malaysia akan sama nilai dengan Rupiah Indonesia sekiranya Mahathir terus ingin memerintah negara. Tetapi apakah tindakan rakyat negara ini pada Mahathir? Negara-negara luar sekiranya Perdana Menteri nya gagal memulihkan ekonomi negara malah semasa pemerintahan Perdana Menteri itu nilai matawang turun, sudah tentulah Perdana Menteri tersebut akan di singkirkan kerana gagal mentadbir negara dengan baik dan bijaksana. Tambahan pula negara ini mempunyai seorang Perdana Menteri yang nyata sekali hendak menggadaikan negara ini setelah menggadaikan hak-hak Melayu. Masa kan mungkin anak perempuan si Tua kutuk itu Marina Mahathir berkata Daddyyou are to old for this country, your mentally is unstable..everytime you open your mouth, something terrible will happen. Dengar khabar telah perang besar juga keluarga si Tua kutuk itu hingga bengkak-bengkak mata si Marina itu. Akan tetapi apa nak jadi dengan keluarga dia kita biarkanlahmereka sudah kaya raya dan punyai wang berbilion ringgit, tetapi bagaimana dengan rakyat lain negara ini? Itulah Mahathir, tidak pernah menyalahkan dirinya mahupun menteri-menteri kesayangannya dalam melaksanakan tugas pada negara tetapi asyik menyalahkan orang lain. Ini di canangkan dalam Radio, Suratkhabar dan TV supaya rakyat di tanamkan dalam kepala otak mereka bahawa ekonomi negara hancur akibat sabotaj dan penyagak-penyangak luar. Satu renungan untuk aku pada para pembaca..apakah yang ada di negara ini yang para penyangak matawang hendak menjajah negara ini begitu juga dengan usaha sabotaj ke atas negara ini dengan tujuan untuk di jajah. Bukankah lebih baik penyangak-penyangak ini memberi tumpuan kepada negara-negara yang lebih kaya dan lebih mantap seperti Singapura misalnya? Mahathir amat pantang sekali bila kita memuji Singapura.maklumlah Singapura lebih Kaya dan Nilai Matawangnya lebih tinggi dari Malaysia. Singapura lebih terkenal di mata dunia dari Malaysia. Dengan sebab itulah Mahathir hendak membina semuanya yang tertinggi dan terbesar di Dunia di negara ini dengan harapan supaya dunia luar akan lebih mengenali Malaysia. Maklumlah Singapura tak mampu nak buat itu semua kerana tak cukup tanah dan itulah satu-satunya yang hanya mampu Mahathir menandingi Singapura. Bila tak mampu hendak menandingi kecerdikan Perdana Menteri dan menteri-menteri Singapura maka Mahathir dan menteri-menteri Malaysia menyalahkan orang lain pula. seterujabat == LAWAN TETAP LAWAN BEBASKAN ANWAR ! [EMAIL PROTECTED] Melayu+Siam = MeSiam Get 250 color business cards for FREE! http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>