Sikap "tidak boleh" juga perlu dirubah pada diri PM sendiri... tak gitu?
Oleh itu PM juga mesti "boleh" melaksanakan hukum Allah sepenuhnya...
 
daripada sikap suka memberi alasan untuk tidak melaksanakan yang berdasarkan logik akal dan nafsu semata...

Sikap `Tidak Boleh' perlu dirubah - PM

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad optimis orang Melayu boleh maju setanding dengan kaum-kaum lain jika mereka sanggup mengubah sikap ``tidak boleh'' dalam melakukan sesuatu perkara.

Tegasnya, orang Melayu hanya perlu berusaha untuk melakukan sesuatu secara berulang kali bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran dalam bidang tertentu.

``Saya sudah kaji dari kecerdasan otak, saya dapati orang Melayu sama sahaja seperti orang Cina.

``Saya berpendapat kegagalan kita ialah kerana sikap kita tidak berpegang kepada nilai hidup murni iaitu disiplin,'' katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan 500 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di sini, hari ini.

...

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Kirim email ke